Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 | Sebentar tadi secara rasmi telah tamat acara sukan terbesar peringkat Asia iaitu iaitu Sukan Asia yang mana tahun ini telah diadakan di Indonesia di bandar Jakarta dan Palembang. Jadi tahun ini, merupakan Sukan Asia Jakerta Palembang 2018. Acaranya telah bermula pada 18 Ogos yang lepas dan secara rasminya ditutup sebentar tadi pada 2 September yang di adakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018
Sumber gambar: SinarOnline

Upacara penutup telah diadakan tanpa Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo kerana beliau bersama dengan mangsa tragedi gempa bumi di Lombok tetapi acara tetap dijalankan dengan meriah iaitu dengan tarian, nyanyian dan sudah tentunya acara bunga api. Upacara ini juga telah memperkenalkan tuan rumah acara Sukan Asia bagi tahun 2022 iaitu Hangzhou, China.

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


Acara Sukan Asia Jakarta Palembang pada tahun ini disertai oleh 45 buah negara di seluruh benua Asia termasuklah Malaysia. Sebanyak 465 acara daripada 40 jenis sukan telah dipertandingkan pada kali ini seperti Bola Sepak, Hoki, Badminton, Extreme Sport, E-Sport, Kapal Layar, Wushu dan sebagainya. 

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Kontinjen Malaysia

Pada 2018 ini, pihak KBS telah mensasarkan 7 buah pingat emas yang ingin dirangkul dalam 35 daripada 40 acara sukan yang dipertandingkan dengan hampir 426 orang atlet. Jadi dengan acara terakhir yang disertai Malaysia pada 2 September dibelah pagi iaitu Triathlon, secara rasminya Malaysia telah berjaya memperoleh misi mencari 7 emas dengan mengutip secara seluruhnya adalah 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa dan secara total adalah buah pingat. Tahniah kontinjen Malaysia. Jom kita tengok kontinjen Malaysia yang telah memenangi emas di acara sukan masing-masing

1.   Mohd Azizulhasni Awang (Berbasikal Sprint Lelaki)

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


2.   Muhammad Fauzi Kaman Shah (Pelayaran Open Laser 4.7

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


3.   Datuk Nicol Ann David (Skuasy Perseorangan Wanita)

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


4.   Pasukan Tenpin Bowling Wanita (Esther Cheah, Siti Safiyah dan Syaidatul Afifah) (Women' Trio)

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


5.   Muhammad Rafiq Ismail (Bowling Masters Lelaki)

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


6.   Pasukan Sepaktakraw (Antara Regu Lelaki)

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


7.   Pasukan Skuasy Lelaki (Skuasy Berpasukan Lelaki)

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018


Sedikit ulasan berkaitan Sukan Asia pada tahun ini, atlet Malaysia banyak melalukan kejutan sama ada dari segi negatif dan juga positif. Inilah acara sukan, mesti ada yang kalah dan menang. Ada sebagahagian acara yang di atas kertas sepatutnya kita boleh peroleh emas tetapi rezeki tidak menyebelahi seperti Skuasy Berpasukan Perempuan, Hoki Lelaki, Taekwando dan mungkin untuk pingat-pingat lain juga. Tetapi banyak juga acara yang luar jangka kita peroleh seperti selepas 24 tahun akhirnya Malaysia peroleh emas dalam Antara Regu Lelaki. Bukan acara kesukaan The Pocket Rocket Man iaitu Sprint, hasil usaha keras, beliau peroleh emas tetapi tidak dalam acara kesukaannya Kierin. Pasukan Hoki Malaysia The Speedy Tigers, siapa sangka berjaya kalahkan penyandang juara India diperingkat separuh akhir, tetapi kecundang di tangan Jepun di peringkat akhir. Dan banyak lagi drama yang ada bagi kontinjen Malaysia sebenarnya. Bagi aku, drama yang paling best bagi temasya kali ini adalah bagi pasukan Sepaktakraw Lelaki ketika berjaya kalahkan tuan rumah Indonesia dan peroleh emas.

Tahniah Pasukan Malaysia

Malaysia Capai Target 7 Emas Di Temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post