Monday, 15 October 2018

, ,

Review Ringkas Paskal The Movie

Review Ringkas Paskal The Movie

Review Ringkas Paskal The Movie | Pada 27 September yang lepas, telah rasminya 1 lagi tayangan filem tempatan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia iaitu sebuah filem bergenrekan aksi iaitu Paskal The Movie. Jika sebelum tayangan filem Paskal, Malaysia telah menerima fenomena terbaru daripada filem tempatan iaitu 2 filem telah mengumpul kutipan tayangan lebih 30 juta sepanjang tayangan iaitu Hantu Kak Limah dan juga Munafik 2. Susulan dengan filem-filem tersebut, maka keluarlah filem seterusnya ini, Paskal The Movie. Berapa kutipannya? Biarkan jadi persoalan di sini sebabnya aku hanya nak review ringkas berkaitan filem ini sahaja.

Review Ringkas Paskal The Movie

Sinopsis 


Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Ngeri
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufik Hanafi
Pengarah: Adrian Teh

Filem aksi arahan Adrian Teh ini mengisahkan tentang sepasukan anggota unit elit Pasukan Khas Laut atau PASKAL, yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Review Ringkas


Pada minggu lepas aku berkesempatan untuk menonton filem Paskal The Movie di GSC Kuantan. Jika korang mengikuti perkembangan pemasaran filem Paskal ini, mereka betul-betul ingin rakyat ketahui tentang filem ini dengan membuat pemasaran di setiap media dan mungkin juga anda pernah dengar spekulasi berkaitan katanya salah seorang pelakon pernah hampir di tangkap lanun sebenar ketika berlakon dan pihak berkuasa ingin memanggil pelakon tersebut untuk menerangkan kejadian sebenar. Jadi dengan isu ini, aku sendiri rasakan filem ini akan tiada sambutan dengan tercalitya isu ini. Ternyata ianya meleset sebab selepas 10 hari ia berjaya mengutip RM16 juta. Jadi best ke filem ni?

Review Ringkas Paskal The Movie

Review Ringkas Paskal The Movie


Filem ini telah diinspirasikan oleh kisah benar iaitu dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011. Jadi mereka melakonkan semula situasi seperti situasi sebenar. Bagi aku filem ini berjaya kerana jalan ceritanya yang menarik, penuh aksi, ada emosi, diselitkan dengan lawak bersahaja dan cukup serta sinemagrafik yang menarik.

Paskal iaitu singkatan daripada Pasukan Khas Laut, jadi secara amnya mereka harus menguasai 3 medium iaitu darat, udara dan laut. Jadi di dalam filem ini, pelakon yang menyertai anggota Paskal telah berjaya memegang watak dengan berkesan sekali sebagai anggota Paskal. Dari segi aksi, di sini korang boleh dapat dengan cukupnya. Adegan tembak menembak nampak lebih real daripada filem-filem tempatan lain seolah-olah ianya betul. Aksi berlawan juga cukup mantap, for me hampir sempurna.

Review Ringkas Paskal The Movie

Review Ringkas Paskal The Movie

Setiap watak yang ada, masing-masing memainkan peranan masing-masing dengan jayanya. Antara watak yang ada di dalam filem ini adalah Arman @ Jerung, Mohd Zariff @ Jeb, Joshua @ Girang, Khairil Fikri @ Ustat, Adam Ashraf @ Gagak, Imran Tamrin @ Yan, Shailesh @ Misi dan ramai lagi. Dalam cerita ini, Arman sebagai komander, jadi wataknya begitu penting. Bagi aku, Hairul berjaya membawa watak tersebut dengan tenang dan jayanya.

Di dalam cerita ini juga anda akan jumpa scene sedih dan juga scene lucu. Betullah ianya datang dengan tanpa kita sedar. Tiba-tiba kita ketawa dengan dialognya. Tetapi scene sedih dan lucu inilah menjadi nilai tambah yang baik bagi filem aksi ini.

Bagi aku filem ini begitu menunjukkan bagaimana anggota pertahanan kita yang begitu jitu dan ikhlas menjaga keamanan negara. Sanggup menggadaikan nyawa tanpa meminta balasan. Pelakon memikul tanggungjawab menjadi anggota pertahanan negara dengan jayanya. Aku boleh bagi review yang tinggi kepada filem tempatan ini. Filem ini juga merupakan filem Melayu yang aku boleh tengok 2 kali. Jadi mana-mana yang nak sponser aku tengok, boleh contact atau nak teman aku jom lah. hahaha Paskal The Movie lagi baik daripada Jonny English, sebab aku tengok kedua filem ini. Korang tengok Paskal lagi bagus. Di Youtube, pihak produksi melepaskan tayangan lebih kurang 20 minit petikan daripada filem Paskal The Movie, jadi korang boleh tonton teaser tersebut dahulu sebelum tengok di wayang. Yang pastinya yang penuh lebih menarik!!


Aiman Rating : 9/10


sumber: cinema.com.my
Share:

8 comments:

  1. sy suka jalan ceritanya sebab laju... aksi2 yg dipamerkan wajar dipuji. no wonder ramai yg tgk berkali2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sampai rasa macam tak puas tengok.

      Delete
  2. Terbaik belum tengok lagi ni.. Nanti nak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa dan kos boleh la pergi tengok

      Delete
  3. Best.. Sy dah tgk. No wonder lah ramai yang kata best. Sbb jalan cerita mmg menarik dan pelakon pun hebat2 belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita tu sangat penting sebenarnya kan.

      Delete
  4. Hai,jom join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. insya allah. terima kasih atas jemputan

      Delete