Recent Posts

Jersi Rasmi Pahang FA Tajaan Umbro Diperkenalkan


Musim baru bagi Liga Malaysia 2019 akan bermula pada 1 Februari 2019 ini. Setiap pasukan yang berada sama ada di Liga Super mahupun Liga Perdana sibuk menyiapkan persiapa terakhir menjelang perlawanan pembukaan hujung minggu ini.

Terdapat 12 pasukan di dalam Liga Super dan 12 pasukan di Liga Perdana bagi merebut juara di liga masing-masing bagi tahun 2019. Pahang FA antara pasukan yang bertanding di dalam Liga Super 2019. 

Jersi Rasmi Pahang FA Tajaan Umbro Diperkenalkan

Semalam (27 Januari 2019) secara rasminya di mana Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) memperkenalkan jersi terbaru buat pemain Pahang FA. Pada tahun ini, kit telah ditaja oleh pihak UMBRO. UMBRO uk ni bro. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pahang FA mengekalkan identiti warna kuning sebagai warna rasmi sekali gus menjadi warna jersi Home ditambah dengan jalur biru manakala warna hitam bagi jersi AWAY

Jersi Rasmi Pahang FA Tajaan Umbro Diperkenalkan
Kit HOME Pahang FA

Jersi Rasmi Pahang FA Tajaan Umbro Diperkenalkan
Kit AWAY Pahang FA
Jadi kepada rodong-rodong dan penyokong Pahang FA dapat jersi yang original di outlet Al-Ikhsan dan juga Football Republic Kuantan dengan harga RM119 sehelai. Percayalah, anda akan menjadi hensem secara automatik jika pakai jersi Pahang FA. Tak mudoh budok!

Sebagai bekas Juara Piala FA 2018, sasaran tahun ini yang diburu bagi pasukan Tok Gajah bersama Jurulatih Dolah Salleh sekurang-kurangnya 1-2 piala. Harap menjadi la yakk. Selamat berjaya kepada semua pasukan yang bertanding.

p/s : share la juga blog post Jersi pasukan anda tahun 2019 ni

Post a Comment

0 Comments