Trivia Awesome Tentang Youtube

Trivia Awesome Tentang Youtube | Aku pasti hampir daripada kita rakyat Malaysia khususnya mengenali 1 platfom perkongsian video terkenal dunia iaitu Youtube. Youtube bukan sahaja terkenal dan dikenali di Malaysia malahan digunakan hampir seluruh dunia. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab ada fakta yang akan aku kongsikan nanti yang mungkin anda tak tahu.

Trivia Awesome Tentang Youtube

Bagi yang belum mengenali, Youtube merupakan platfom perkongsian video sama seperti Dailymotion, Twitch, Vimeo dan banyak lagi. Jadi di sini anda boleh muat naik segala video-video anda dan berkongsi kepada pengunjung atau rakat-rakan lain untuk menonton video anda. Youtube dicipta pada pada 14 februari 2005 yang berpengkalan di Amarika Syarikat. Jadi hampir 14 tahun Youtube sudah dibangunkan di Internet. Masih baru lagi kan.

Jadi jom kita tengok trivia-trivia menarik tentang video platfom terkenal Youtube

Trivia Awesome

  1. Pada awalnya Founder Youtube, Jawed Karim mendapat ilham untuk mencipta website video, Youtube kerana beliau sukar untuk mencari incident Janet Jackson 'Wardrobe Malfunction' di capaian Internet. Incident ini berlaku di mana Justine Timberlake secara tidak sengaja melondehkan baju Janet Jackson.
  2. Video pertama yang dimuat-naik ke Youtube adalah berjudul 'Me At The Zoo'. Video ini dimuat naik sendiri oleh Jawek Karim pada 2005.
  3. Pada awal penubuhan Youtube sedikit sebanyak menjadi platfom mencari jodoh di mana pengguna memuat naik video sendiri bercakap di hadapan camera dan memberi tahu ciri-ciri pasangan yang diingini. Youtube juga di daftarkan pada Valentines Day iaitu 14 Februari 2005.
  4. Tahukah anda, berbilion pengguna di dunia telah menggunakan Youtube iaitu hampir 1/3 daripada jumlah penduduk dunia adalah bangsa Youtube.
  5. Anda perlu mengambil hampi 10,000 tahun untuk menonton kesemua video yang wujud di Youtube. 
  6. Setiap minit lebih kurang 100 minit jumlah durasi video yang dimuat-naik laman Youtube.
  7. Video Clip lagu Gangnam Style daripada PSY merupakan video pertama yang mencecah 1 billion tontonan yang pada masa itu Youtube terpaksa menaiktaraf platfom itu. Kejadian ini berlaku pada 2012.
  8. Setakat ini, video clip Despacito menjadi video tontonan tertinggi iaitu sebanyak 5.7 billion tontonan
  9. Video yang paling banyak 'dislike' di Youtube adalah video yang berjudul Youtube Rewind 2018 iaitu sebanyak 12.35 juta dislike


3/Post a Comment/Comments

  1. Fakta-fakta menarik :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post