Recent Posts

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Kategori Bujang Sudah Mula Di Bayar




Mungkin rata-rata golongan bujang telah menerima surat rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia di mana memberitahu dimana anda layak untuk menerima pembayaran RM100 yang lulus di bawah kategori bujang Bantuan Sara Hidup (BSH) seperti diumumkan sebelum ini

bsh rm100 2019

Kerajaan telah mengumumkan pembayaran RM100 kepada individu yang lulus di bawah kategori bujang Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 berdasarkan kepada kriteria pembayaran seperti di nyatakan di (A), anda tidak perlu membuat permohonan BSH 2019 bagi mendapatkan bayaran RM100 ini. Anda sudah boleh membuat semakan penerima di https://bsh.hasil.gov.my

Pembayaran ini akan dilalukan mulai 28 Mac 2019 berdasarkan mekanisme pembayaran seperti yang dinyatakan di (B)


A Kriteria Pembayaran

  1. Penerima bujang (termasuk ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda tiada tanggungan) berumur 58 tahun dan ke bawah semasa BSH 2018
  2. Pembayaran ini tidak terpakai jika:
    1. Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun ke atas semasa BSH 2019 kerana warga emas ini telah dibayar pada fasa 1 BSH 2019.
    2. Permohonan bujang dan ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang berstatus Tidak Lulus semasa BSH 2018
    3. Pemohon yang telah meninggal dunia sehingga tarikh semasa berdasarkan semakan pihak Jabatan pendaftaran Negara

B Mekanisme Pembayaran

  1. Pemabayaran BSH 2019 sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan pada BSH 2018.
  2. Semakan boleh dibuat pada penyata bank untuk pengesahan status pembayaran

Post a Comment

4 Comments

  1. Harap dimanfaatkan sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. sesiapa yang berkelayakan kenalah apply cecepat ni

    ReplyDelete
  3. hehe,, orang bagi kita amik. pada pru 15 pilih yang lebih baik. hehe

    ReplyDelete