Recent Posts

Betul Ke Serbuk Kunyit Boleh Di Jadikan Bahan Perubatan Untuk Haiwan?



Semalam sementara aku baca dan scroll timeline Twitter aku ada nampak 1 bebenang atau thread yang dibuat oleh 1 akaun rasmi pengeluar makanan iaitu Adabi. Jika tweet yang keluar daripada akaun pengeluar makanan sudah tentu tidak boleh tidak, mereka ingin mempromosikan produk mereka. Yang lebih pelik dan menjadi menarik, promosinya bersama seekor haiwan iaitu seekor gajah.

gajah bersama serbuk kunyit
Gajah sekarang tak mandi pakai carry junior, pakai kunyit hehe

Selepas aku baca thread tersebut, ianya bukanlah sekadar promosikan prodak mereka bersama seekor gajah tetapi katanya melakukan suatu perubatan terhadap haiwan tersebut. Kalau Adabi ni terkenal dengan serbuk kunyit, jadi mereka mengubatkan haiwan dengan serbuk kunyi ke? Nak goreng gajah ke? hahaha

Jadi jom aku kongsikan intipati thread tweet yang dikongsikan oleh akaun rasmi Adabi Consumer iaitu Menjadikan Serbuk Kunyit Sebagai Bahan Perubatan Terhadap Gajah.

Siapa sangka Serbuk Kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan? Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pada pagi Isnin iaitu 18 Mac 2019 jam 9 pagi.

gajah bersama serbuk kunyit
Pekerja mula melumur kulit gajah dengan serbuk kunyit


Kerja ini telah dilakukan oleh beberapa pekerja dengan gajah tersebut dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah. Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah tersebut.

gajah bersama serbuk kunyit
Gajah dibaringkan supaya lebih mudah dilumukan serbuk kunyit


Jadi dengan lumuran kunyit yang dibuat oleh pihak Adabi ini, apa kebaikan dan kelebihan yang diperoleh daripada serbuk kunyit ini? Menurut perkongsian tersebut antara kebaikannya adalah :
  1.  Merawat luka kecil yang terdapat pada gajah tersebut
  2. Merawat gigitan serangga
  3. Bertindak sebagai anti septic pada kulit
  4. Yang paling penting adalah sebagai agen pemulih kulit
gajah bersama serbuk kunyit
Kulit gajah sudah siap dilumurkan dengan serbuk kunyit


Menurutnya lagi, kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap Zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

gajah bersama serbuk kunyit
Sudah siap, gajah bersama kunyit


sumber asal : tweet thread adabi consumer

Post a Comment

3 Comments