Cara-Cara Untuk Link Kad ATM Bank Anda Ke Akaun Tabung Haji



Di sini saya akan tunjukkan kepada anda, cara-cara bagaimana untuk hubungkan atau link Kad ATM Bank anda ke akaun Tabung Haji (TH). Di sini saya akan sertakan cara bagi 4 buah jenis Bank iaitu Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat

cara link kan kad atm bank anda ke akaun th


Melalui perhubungan dengan Bank utama anda, pendeposit Tabung Haji dapat melaksanakan transaksi berkaitan TH seperti pengeluaran wang tunai, simpanan wang tunai, pindahan wang dari akaun TH ke akaun bank anda dan sebaliknya, pendaftaran dan pembatalan link kad ATM bank ke akaun TH serta pertanyaa baki simpanan. Jadi anda tidak perlu beratur lagi di kaunter TH untuk berbuat demikian kecuali untuk update buku Tabung Haji anda; kene berbuat demikian di kaunter TH.

Cara Link kan kad ATM Maybank Ke Akaun Tabung Haji

  1. Masukkan kad ATM Maybank anda beserta Nombor Pin
  2. Pilih menu 'Tabung Haji'
  3. Pilih menu 'Daftar Akaun TH Ke ATM Kad'
  4. Masukkan Nombor Akaun TH anda
  5. Masukkan Nombor Siri buku akaun TH anda
  6. Nombor Akaun dan Nombor Siri buku Akaun TH anda akan dipaparkan. Klik Ya

cara link kad atm maybank ke akaun th


Cara Link kan kad ATM CIMB Ke Akaun Tabung Haji

  1. Masukkan Kad ATM CIMB Bank anda beserta Nombor Pin
  2. Pilih menu 'Lain-lain'
  3. Pilih menu 'Tabung Haji (TH)'
  4. Masukkan nombor akaun TH anda
  5. Masukkan nombor siri buku akaun TH anda
cara link kad atm cimb ke akaun th


Cara Link kan kad ATM Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji

  1. Masukkan Kad ATM Bank Islam anda beserta Nombor Pin
  2. Pilih menu 'Tabung Haji'
  3. Pilih menu 'Daftar Akaun TH-Sendiri'
  4. Masukkan Nombor IC anda
  5. Masukkan No Akaun TH anda
  6. Masukkan No. Siri Buku TH anda
cara link kad atm bank islam ke akaun th


Cara Link kan kad ATM Bank Rakyat Ke Akaun Tabung Haji

  1. Masukkan Kad ATM Bank Rakyat anda beserta Nombor Pin
  2. Pilih menu 'Lain-lain'
  3. Pilih menu 'Teruskan'
  4. Pilih menu 'Link Akaun Tabung/Pendaftaran Haji'
  5. Pilih menu 'Link Akaun Sendiri'
  6. Masukkan Nombor Akaun TH anda
  7. Masukkan Nombor Siri Buku Akaun TH anda
  8. Maklumat pemegang akan dipaparkan. Klik sahkan
cara link kad atm bank rakyat ke akaun th


Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:

Tabung Haji Contact Centre: 03-62071919
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/TabungHaji/

1/Post a Comment/Comments

  1. Sangat bermanfaat. Thanks for sharing. Jemputlah join GA di blog abam kie skrg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post