Recent Posts

Cara Munculkan Tarikh Hijrah Di iPhone



Apabila kita memasuki bulan Ramadan, tidak boleh tidak kita akan menghitung hari sudah berapa lama kita berpuasa. Berbeza dengan dengan bulan yang lain, kadang kita tak tahu sudah hari ke berapa bila dihitung dalam Kalender Hijrah.

Hitungan ini kadang ianya perlu supaya kita alert atau cakna sudah fasa berapa dalam bulan Ramadan, bila berlaku Nuzul Quran (17 Ramadan) dan sudah pastinya tahu bila berlaku malam ganjil di 10 hari terakhir di bulan Ramadan demi mencari Lailatul Qadar.

munculkan tarikh hijrah di iphone


Jadi cara bagaimana kita boleh tahu hitungan hari ini? Sudah tentu melalui kalender yang mempunyai tarikh Hijriah. Ianya boleh diperoleh sama ada secara kalender hard copy ataupun melalui aplikasi di telefon pintar kita.

Kalender hard copy sedemikian pasti sukar kalau kita mahu bawa ke mana-mana berbanding aplikasi di telefon pintar kita. Tetapi di aplikasi juga kadang-kadang ribut (bahasan Indonesia) dengan iklan yang tersedia di aplikasi tersebut.

Jika anda pengguna iOS (iPhone, iPad, iPod), anda tidak memerlukan aplikasi tambahan pun untuk ketahui tarikh bagi kalender Hijrah, ini kerana ianya sudah terbina yang membolehkan tarikh  Hijrah muncul di peranti iOS anda.

Jadi disini, saya ingin tunjukkan cara munculkan tarikh Hijrah di peranti iOS anda:

  1. Pergi Setting
  2. Cari Calendar dan tekan
  3. Masuk ke bahagian Alternative Calendars
  4. Disini anda diberi pilihan maka pilih dan tik Islamic
  5. Selesai
Dengan simple step di bahagian aplikasi Calendar akan dipaparkan tarikh tambahan yang menunjukkan tarikh Kalender Hijrah dan juga di bahagian Lock Screen juga terpapar tarikh Hijrah bersama-sama tarikh semasa.

Disertakan juga alternatif dalam bentuk gambar supaya lebih difahami dan mudah diikui cara menculkan tarikh Hijrah di iPhone

munculkan tarikh hijrah di iphone


Dengan ini, anda kini lebih mudah mengetahui tarikh bagi Kalender Islam dengan hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja. Semoga bermanfaat kepada pengguna iPhone khususnya dan peranti iOS amnya. Salam Ramadan Kareem


Post a Comment

1 Comments

  1. thank you for sharing. i've been wondering on how to do this for a while now

    ReplyDelete