Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Pelik Tak Masuk Akal

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

Kita sedia maklum bahawa terdapat 2 negara Korea yang pernah kita dengar iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Katanya ada fakta tentang Korea Utara yang tak masuk akal?

Rakyat Malaysia pastinya sangat kenal dengan Korea Selatan, kenal dengan orangnya atas fakto muzik seperti Kpop, kenal dengan budayanya atas faktor drama yang diterbitkan. Senang cerita, rakyat Malaysia khususnya sudah biasa dengan Korea Selatan.

Tetapi selain Korea Selatan, anda tahu tak apa-apa informasi berkaitan dengan Korea Utara? Budaya dieorang? Masyarakat dieorang? Muzik dieorang? Sudah pastinya sangat limited pengetahuan terhadap negara ini.

Mungkin kalau tanya pun pasal Korea Utara ni, anda hanya boleh jawab Kim Jong Un iaitu pemimpin mereka. Kalau keluar media massa hanya menggunakan pakaian yang sama setiap masa iaitu pakaian hitam lengkapnya.

Jadi kat sini, aku nak kongsikan serba sedikit berkaitan dengan Korea Utara (North Korea) yang pastinya anda rasa bersyukur lahir dan hidup di negara Malaysia. Jom teruskan bacaan 10 Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

1.  Gaya Rambut

Kalau bercerita berkaitan dengan gaya rambut, sudah pastinya kita terbayang gaya rambut supreme leader mereka, Kim Jong Un. Unik? Pelik? Stylish? Anda tentukan. Tetapi sebenarnya, rakyat Korea Utara, mereka hanya diberi untuk memilih 28 jenis gaya rambut sahaja bagi lelaki dan perempuan.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

Antara gaya rambut semua, paling penting anda tidak dibernarkan untuk mengikut gaya rambut Kim Jong Un tu sendiri. Anda nak ke gaya rambut macam tu?

Selain itu, kepada wanita yang sudah berkahwin perlu memotong rambut sehingga paras leher sahaja dan yang belum berkahwin dibenarkan berambut panjang.

2.  Rakyat Biasa Tidak Dibenarkan Untuk Tinggal Di Ibu Kota, Pyeongyang

Jika anda rakyat biasa Korea Utara, anda tidak dibenarkan untuk menetap di Ibu Negara Korea Utara iaitu Pyeongyang. Selain rakyat biasa, hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan menetap di Ibu Kota seperti orang-orang atasan, askar, yang berjawatan tinggi yang setia kepada kepimpinan KJU.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

3.  Semua Rakyat Wajib Mengundi

Semua rakyat Korea Utara diwajibkan mengundi, kalau tidak keluar mengundi akan dibunuh, dipenjara atau apa-apa sahaja hukuman. Didalam pengundian tersebut, pilihan mereka untuk mengundi hanya seorang iaitu antara adik beradik Kim jong Un. Tiada pilihan lain selain hanya keluarga tersebut.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

4.  Undang-Undang Tv Dikawal

Rakyat Korea uUtara hanya dapat melihat siaran dari dalam negara sahaja, tiada siaran dari luar negara lain. Netflix? HBO? ESPN? Mungkin tiada disana.

Apa yang dilihat di TV di Korea Utara hanya lah propaganda yang dicipta sendiri dan perkara-perkara yang mengagungkan supreme leader mereka sahaja iaitu Kim jong Un

 Sekali gus rakyat mereka di brainwash bahawa negara mereka adalah negara terhebat berbanding  negara-negara lain.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

Sebagai contoh anda boleh lihat sendiri bagaimana Korea Utara mereka cerita dimana mereka telah memenangi Piala Dunia 2010 dengan menerbitkan video kemenangan.

Mungkin ini adalah salah satu contoh. Yang lain kita tidak pasti macam mana kan

5.  Tiada Agama, No Religion

Di Korea Utara jika anda sebagai rakyat yang mempunyai atau simpan kitab seperti Bible, atau kitab agama lain, jika diketahui oleh pihak kerajaan Kim Jong Un, anda akan dihukum mati.

Hal ini sekali gus mereka akan membesar-besarkan supreme leader mereka dan katanya sebagai tuhan. Ada juga diberitahu, mereka pernah diceritakakan bahawa pemimpin mereka tidak pernah membuang air besar.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

6.  Keluarga Anda Akan Dihukum Jika Ada Seorang Dalam Keluarga Anda Melakukan Kesalahan Jenayah

Hanya di Korea Utara, anda buat kesalahan jenayah, ahli keluarga anda juga berpeluang dihukum sekali. Mungkin itu salah satu cara kerajaan di sana untuk mengawal rakyatnya dari membuat kesalahan dan melakukan jenayah.

Jika undang-undang biasa, anda buat jenayah, anda dihukum, tetapi di sana pelik sikit. Jika anaknya membuat kesalahan, ibu bapanya juga akan dihukum.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

7.  No Driving

Rakyat biasa Korea Utara tidak dibenarkan memandu kereta. Jadi seperti biasa, anda bekerja bersama kerajaan atau anda bekerja di dalam tentera atau berjawatan tinggi, hanya anda sahaja layak mempunyai dan memandu kereta.

Katanya ratio sehingga 1-10 kereta per 1000 penduduk. Sekali gus jalan raya di sana tidak sesak disebabkan undang undang seperti ini. Kurang kereta, kurang pencemaran udara bukan. Mungkin ada baiknya disitu.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

8.  No International Call

Sekali lagi, jika anda sebagai rakyat biasa, anda tidak dibenarkan untuk menghubungi atau membuat panggilan sesiapa yang berada di luar luar negara.

Ia merupakan salah satu kesalahan di Korea Utara. Jika ditangkap, pastinya dihukum atau lebih kejam, dibunuh. Tindakana ini adalah langkah untuk menjaga rakyat dan negara Korea Utara.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

9.  Pendapat Adalah Satu Jenayah

Jika di Malaysia hatta di seluruh dunia sekali pun, kita pasti perlukan buah fikiran atau pendapat daripada orang lain bagi membuat sesebuah keputusan.

Tetapi ianya tidak di Korea Utara dimana rakyat biasa tidak dibenarkan untuk memberi apa-apa pendapat tentang hal negara. Jika memberi pendapat, anda akan dihukum dan dipenjara.

Anda ada pendapat, anda simpan la baik-baik pendapat anda tersebut sehingga kepam. Jangan sebarkan kepada orang lain terutamanya orang kerajaan. Kalau tidak ada hukuman menanti anda.

Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Tak Masuk Akal

10.  Tidak Dibenarkan Untuk Keluar Dari Negara Walaupun Hanya Untuk Travel

Bersyukurlah sebagai rakyat Malaysia dimana anda bebas untuk bercuti kemana sahaja hatta ke luar negara sekali pun kecuali yang disenarai hitam atas sebab-sebab tertentu.

Tahukah anda, Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan untuk keluar ke mana-mana negara. Anda nak bercuti hanya di dalam negara. Setakat saya ke luar negara, tak pernah lagi jumpa rakyat Korea Utara.

Kecuali jika anda adalah atlet yang akan bertanding di negara lain, anda dibenarkan untuk keluar. Mungkin hanya sekadar pergi bersukan dan terus balik.

trivia pelik tentang korea utara


sumber: marjans tv

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Trivia Berkaitan Korea Utara Yang Pelik Tak Masuk Akal"

Comment Author Avatar
sy penah bc catatan seorg pengembara yg melawat NK. selama semggu dia kat sana, dia ckp, apa yg digembar gemburkan oleh media hakikatnya tak sama dgn apa yg dia jumpa di NK. mungkin sebahagian ada yg betul. sebahagian lg lbh kpd 'permainan media'
Comment Author Avatar
eh eh memang nda masuk akal.. hmmm
Comment Author Avatar
dasatnya korea utara ni.. mmg dasar tertutup dan pelik
Comment Author Avatar
28 style potongan rambut , ok juga.