Recent Posts

Adakah Instagram Akan Menutup Jumlah Likes Dan View Selepas Ini?

Adakah Instagram Akan Menutup Jumlah Likes Dan View Selepas Ini?

Sebelum ini, pihak Instagram melalui laman akaun rasmi Twitter telah mengeluarkan 1 tweet mengenai sedang melakukan ujian untuk menutup jumlah 'likes' dan 'video views' di aplikasi Instagram.

Didalam tweet tersebut juga, ujian bukanlah dilakukan diseluruh dunia tetapi beberapa negara terlebih antaranya adalah Australia, Brazil, Canada, Ireland, Italy, Japan dan New Zealand.

Mungkin di negara-negara ini ada beberapa pengguna telah menerima dan melalui ujian yang dilakukan oleh pihak Instagram ini dengan menutup jumlah likes dan video views.

Adakah Instagram Akan Menutup Jumlah Likes Dan View Selepas Ini?


Instagram juga memberi tahu melalui twitter dimana mereka mahukan pengguna Instagram iaitu kawan-kawan anda untuk fokus pada gambar dan video yang dikongsikan bukannya pada jumlah likes yang diterima.

[Sudah Baca?] Gambar Telur Pemegang Rekod Likes Terbanyak Di Instagram

Ianya menambah lagi, butang likes masih disediakan dan anda boleh melihat jumlah likes yang diterima oleh rakan-rakan tetapi rakan-rakan anda tidak boleh melihat jumlah likes tersebut.

Adakah Instagram Akan Menutup Jumlah Likes Dan View Selepas Ini?


Bagaimana Rupa Dan Keadaan Instagram Jika Ciri-Ciri Ini Dilaksanakan Kelak

Menurut later.com yang berkongsikan informasi berkaitan perkara ini, mereka telah berkongsikan keadaan Instagram pengguna yang menjadi bahan ujian.


Sepertinya hanya nama akaun Instagram sahaja yang dipaparkan dibawah gambar tidak seperti jumlah likes yang diterima.

Akan ada 1 butang yang boleh akses untuk anda melihat jumlah likes yang diterima.

Adakah Instagram Akan Menutup Jumlah Likes Dan View Selepas Ini?
sumber : later.com

Adakah Instagram Akan Menutup Jumlah Likes Dan View Selepas Ini?


Jika anda pergi ke tweet tersebut, pelbagai reaksi yang diterima; ada yang setuju, ada yang tidak setuju mengatakan mereka tidak minta pun ciri ini dan ada juga meminta susunan feed mengikut kronologi diperkenalkan semula.

Ya, sebenarnya ciri chronology itu lebih baik diperkenalkan semula daripada tutup jumlah likes dan video views ini. Mana tidaknya, anda akan lihat gambar yang sama sahaja untuk 4-5 hari selagi gambar itu tidak di double tap atau likes.


Ciri ini juga sudah pastinya tidak dipersetujui bagi akaun Instagram yang membuat servis 'paid review'. Mereka membuat servis berdasarkan jumlah likes dan view mereka. Jika ini dipadamkan sudah pastinya memberi kesan kepada mereka.

Untuk keputusan akhir, ianya masih dalam peringkat ujian sahaja. Tiada lagi kata putus muktamad daripada pihak Instagram.

Bagi aku, aku ok je nak padam atau nak biarkan sahaja. Ya, mungkin sebab likes sendu hahaha Jika perkara ini berlaku juga kelak, bertabah la semua.


Jemputlah Follow
Instagram : aimanabdullah
Facebook Page : Aiman Channel


sumber: later.com, twitter @instagram

Post a Comment

4 Comments

  1. jumlah like di IG abe kie sikit je jadi abe kie sokong jika jumlah like tu disembunyikan..

    ReplyDelete
  2. haha.. bagus juga dorg buat ujian nie.. hari tu terkejut juga nampak bahagian followers dah takda (disembunyikan).. ada pro dan kontra juga.. mungkin kalau akaun peribadi sy suka lagi takda likes tu.. tp kalau misalnya ada bisnes, paid review & sebagainya mungkin akan mempengaruhi juga..

    ReplyDelete
  3. Like sy sikit je tu yg segan hehe

    ReplyDelete
  4. instagram semakin maju.. busyra punya like sikit ja. hehe

    ReplyDelete