Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Friday, 9 August 2019

Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran

Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran
Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran
sumber : eh.com.my

Antara individu usahawan yang disegani dan telah berjaya di Malaysia sehingga ke antarabangsa, Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan kali ini.

Jika sebelum ini Neelofa dengan produk hijabnya Naelofar bekerjasama dengan pihak Starbucks Malaysia mengeluarkan Scarve Limited Edition yang hanya dijual di toko-toko Starbucks seluruh Malaysia.

Neelofa melalui akaun twitter rasmi beliau telah berkongsi bersama peminat beliau dimana, Neelofa sekali lagi bekerjasama, tetapi kali ini sedikit berbeza.


Kali ini bukanlah lebih kepada penjualan tetapi lebih kepada sumbangan. Neelofa telah menyumbangkan suara beliau bagi aplikasi Muslim Pro.

#MaknaByLofa Di Dalam Aplikasi Muslim Pro

Aplikasi Muslim Pro ini tertumpu kepada perkara asas sebagai seorang muslim seperti ketahui masa solat, contoh doa, arab qiblat, senarai masjid yang boleh dibaca dan juga disediakan bacaan Al-Quran didalamnya.

Jadi Neelofa melalui #MaknaByLofa menyumbangkan suaranya sendiri bagi membaca makna atau terjemahan al-quran yang ada di dalam aplikasi Muslim Pro. Anda boleh dengar bacaan makna Al-Quran yang dibaca oleh Neelofa di dalam bahasa Melayu.

Bagi bacaan Al-Quran ianya dibaca oleh Imam ABdullah Muhammad Basmeih dan diikuti bacaan makna surah daripada Neelofa.


Setakat ini, hanya beberapa surah yang dipilih untuk anda memperdengarkan bacaan terjemahan daripada Neelofa. Antaranya adalah surah daripada Juzuk Amma.

Cara Aktifkan #MaknaByLofa Di Aplikasi Muslim Pro

Anda boleh muat turun aplikasi Muslim Pro di Android dan iPhone anda

Android : Play Store
iOS : Apps Store

Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran

Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran


Bagi kepada peminat Neelofa, kini anda boleh mendengar suara beliau membaca makna ayat Al-Quran di Muslim Pro terus di telefon pintar anda.

Semoga sumbangan ini, sedikit sebanyak memberi kebaikkan kepada beliau dan juga kepada pendengar dan pembaca Al-Quran di dalam aplikasi ini.

Nice Move Neelofa!


Kongsikan Artikel Ini

6 comments

  1. menarik. ada suara orang lain jugak tak selain neelofa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk malaysia, terjemahan ada neelofa je

      Delete
  2. Alhamdulillah, nanti nak try dengar jugalah

    ReplyDelete
  3. bagus aplikasi ni.. boleh kita sesama dngar maknanya sekali.

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done