Kumpul Seberapa Banyak Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Tuesday, 13 August 2019

Kumpul Seberapa Banyak Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun

Kumpul Seberapa Banyak Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun
shopee coins malaysia

Jika anda kaki shopping online dan juga pengguna Shopee Malaysia pasti anda biasa guna ataupun pernah nampak berkaitan dengan Shopee Coins.

Ada yang tak endahkan berkaitan Shopee Coins tersebut dan ada juga yang sungguh-sungguh untuk kumpul coins tersebut setiap hari. Jadi benda apa Shopee Coins ni? Kenapa ada yang sungguh-sungguh nak kumpul coins tersebut?

Secara ringkasnya, Shopee Coins Malaysia ini adalah mata wang maya yang hanya wujud di dalam Shopee sahaja. Ia akan memberi ganjaran kepada pengguna seperti dapat penjimatan dengan potongan diskaun dan boleh juga untuk menebus voucer. 

Jadi lebih banyak anda kumpul Shopee Coins, lebih banyak potongan diskaun yang anda perolehi. Tetapi coins ini tidak boleh ditebus dengan wang tunai. Anda kene guna sepenuhnya di dalam Shopee.


Aku akan tunjukkan cara bagaimana nak kumpul Shopee Coins ni dan juga bagaimana nak guna coins yang kita perolehi tersebut.


Cara Nak Kumpul Shopee Coins

Anda sudah tahu apa itu Shopee Coins, tetapi bagaimana nak kumpul coins tersebut? Terdapat banyak cara yang anda boleh buat untuk kumpul coins tersebut.

1. Melalui Daily Coins Rewards

Cara ini anda boleh buat setiap hari di aplikasi dan juga website Shopee. Anda boleh tebus coins tersebut mengikut jumlah hari. 

Contohnya, anda mula tebus pada hari Selasa, anda dapat 1 coins. Esoknya hari Rabu, anda tebus, anda dapat 2 coins. Kemudian hari Khamis, anda dapat 3 coins sehingga lah hari Isnin, anda dapat 7 coins. Dalam masa seminggu atau 7 hari, anda peroleh, 1,2,3,4,5,6,7 coins = 28 coins seminggu.

Caranya:

1. Buka aplikasi Shopee (Android dan iOS)
2. Pilih Tab Me
3. Tekan pada My Shopee Coins
4. Anda boleh mula tebus disitu setiap hari

kumpul shopee coins malaysia


2. Melalui Pesanan atau Pembelian di Shopee

Setiap pembelian anda yang telah berjaya, anda juga dihadiahkan Shopee Coins sebagai ganjaran. Setiap pembelian bernilai RM1 akan dihadiahkan 1 coins jika anda berbelanja di Shopee Preferred dan juga Shopee Mall sellers.

Anda akan terima Shopee Coins anda sejurus selepas anda tekan Order Received.

Tetapi tawaran coins ini hanya limit sehingga 100 coins bagi setiap pembelian, 150 coins setiap hari dan juga 300 coins bagi setiap minggu.

Anda membeli sesuatu barangan di Shopee sekali gus anda dapat sesuatu daripadanya iaitu Shopee Coins. Sebagai contoh di dalam gambar, harga barangan RM1400 dan anda akan peroleh 100 coins jika membuat pembelian (iaitu coins maksimum yang anda akan peroleh)

kumpul shopee coins malaysia


3. Melalui Beberapa Permainan atau Game Yang Disediakan

Permainan atau game yang disediakan di Shopee kadang kalanya ianya diadakan mengikut musim. Jadi anda kene perhatikan setiap notifikasi yang dihantar daripada pihak Shopee yang memberi tahu akan diadakan game untuk masa terdekat.

Anda boleh dapat permainan ini di:

1. Aplikasi Shopee
2. Tekan bahagian Me
3. Pilih My Shopee Coins
4. Dibahagian Earn Shopee Coins pilih Shopee Game
5. Pilih Game anda yang mahu main

kumpul shopee coins malaysia


Kebiasaanya, game yang diadakan berbentuk Question and Answer Game yang dipanggil Shopee Quiz. Jadi anda perlu jawab soalan secara langsung dengan beberapa soalan yang diberi oleh hos rancangan. 


Sebagai contoh, hari tersebut 100,000 coins dipertandingkan dan jika pemenang adalah 100 orang, setiap orang dibahagikan dan akan dapat 1000 coins. Tetapi jangan risau, jika tidak berjaya, anda masih dapat beberapa coins tetapi tak banyak la.

kumpul shopee coins malaysia


Selain Shopee Quiz, juga disediakan Shopee Slice. Disini anda perlu slice beberapa gambar untuk mengumpul point dan ditebus dengan Shopee Coins. Lagi banyak anda slice, lagi banyak dapat point, lagi banyak coins yang anda peroleh. 

Tetapi di Shopee Slice ini, selain Shopee Coins anda juga berpeluang untuk menangi voucher. Jadi jangan lupa terjah. Shopee Slice ni boleh dimain sehari sekali sahaja.

kumpul shopee coins malaysia


Permainan seterusnya adalah Spin & Win. Permainan ini, anda hanya perlu menekan butang Go dan tunggu sehingga jarum berhenti dimana-mana bahagian. Ikut nasib anda juga.

Anda diberi peluang 1 kali sehari untuk spin dan berpeluang memenagi Coins dan juga voucher. 

kumpul shopee coins malaysia


Untuk semua permainan ini, jika anda mahu main lebih dariapda sekali dalam sehari, anda perlu kongsikan permainan tersebut kepada rakan-rakan anda di mana-mana platfom media sosial. Jika ada rakan anda yang bermain juga, anda dapat 1 lagi peluang.

Anda boleh bermain permain-permainan tersebut terus di telefon bimbit anda di pautan dibawah. Klik sahaja


Jadi perhatikanlah bila Shopee akan adakan permainan seperti ini lagi. 



4. Tinggalkan Review Disetiap Pembelian Anda di Shopee

Dengan memberi review dan rate setiap barang yang anda pesan juga akan dihadiahkan coins. Anda akan diberi coins sebanyak 5 Shopee Coins.

Syaratnya anda perlu tinggalkan review dan rate di barang tersebut dengan meletakkan gambar dan juga sedikit komen. Anda sudah dapat 5 coins.

kumpul shopee coins malaysia


5. Ajak Kawan-Kawan Anda Shopping Di Shopee

Ini merupakan cara ke 5 dimana anda boleh dapatkan Shopee Coins dan seterusnya memperoleh lebih penjimatan setiap kali anda membuat pembelian.

Anda boleh ajak kenalan anda untuk daftar akaun di Shopee secara percuma. Setiap orang yang daftar anda akan peroleh 1000 coins dan kawan anda memperoleh RM8 voucer untuk pembelian pertama di Shopee. 

Jika anda masih tidak mempunyai akaun Shopee, daftar segera dan masukkan kod AIMANM94 untuk anda perolehi RM8 voucer.

kumpul shopee coins malaysia


Cara Nak Guna Shopee Coins

Setelah anda kumpul banyak-banyak Shopee Coins ni, bagaimana anda nak gunakan untuk dapatkan potongan harga? Ianya sangat mudah.

Jika anda mahu membeli di Shopee terutamanya, pasti anda mahukan penjual yang selamat untuk mengelak daripada ditipu dan salah satu caranya adalah penjual tersebut mendapat gelaran Shopee Preferred dan juga Shopee Mall sellers.

Ini bermakna seller tersebut diiktiraf selamat sendiri daripada pihak Shopee. Jadi nak berbelanja pun lebih selamat. Kalau saya pastinya, tagging ini yang saya cari dahulu bagi mengelakkan kita ditipu.

Disini juga anda boleh gunakan Shopee Coins yang anda kumpul tersebut. 

Sebagai contoh seperti dibawah, harga sebenar adalah RM5.69 tetapi diberi pilihan untuk gunakan Shopee Coins sebanyak 143 coins untuk ditolak sebanyak RM1.43 akan menjadi RM4.26 disamping akan peroleh 6 coins juga.

kumpul shopee coins malaysia


Anda boleh gunakan maksimum 3000 coins untuk setiap pembelian dengan 100 coins mewakili potongan sebanyak RM1. Jika anda ada 3000 coins anda dah boleh dapat potongan sebanyak RM30 tanpa menggunakan mana-mana voucer. Sangat berbaloi bukan.

Selain itu, setiap coins yang anda kumpul akan tamat tempoh selepas 3 bulan jika tidak digunakan. Jadi kalau anda tidak berbelanja selamat 3 bulan tetapi Shopee Coins anda banyak, tebuslah voucer yang disediakan.

Kalau tak guna, daripada hilang begitu sahaja, baik tebus voucer kan.



Selain itu, jika anda ingin mula berniaga di platfom Shopee ini, anda boleh dapatkan ebook lengkap Bisness Shopee dibawah. Anda akan diajar daripada zero to hero. Bagaimana nak set up kedai Shopee, nak buat jualan dan kalau nak buat dropship pun ada disediakan pautan-pautan yang boleh digunakan. Jom mula bisness di Shopee

bisness shopee

Kongsikan Artikel Ini

3 comments

  1. bagus jg, dapat diskaun tapi kena mmbeli supaya voucher x lupus..

    ReplyDelete
  2. Mama suka shopee coin dpt jimat lagi

    ReplyDelete
  3. ms shoppee baru ditubuhkan rajin juga laa sy membeli kt sini skrg dah kureng hehehe

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done