Khat Kufi #89 | Khabib Nurmagomedov

Khabib Nurmagomedov

Khabib Nurmagomedov

Khabib Nurmagomedov antara martial artist yang terulung setakat ini di dalam dunia Mixed Martial Arts, MMA iaitu dalam kategori Ultimate Fighting Championship, UFC. UFC kini sudah mula meningkat naik terutamanya di Malaysia. Ramai sudah mengenali dan mengikuti acara ini melalui kaca tv dan pautan-pautan Internet.

Secara jujur aku pun baru mengenali beliau ketika pertarungan besar berlaku pada 2018 antara beliau dan Conor McGregor yang akhirnya telah dimenangi oleh Khabib sendiri dalam perlawanan tersebut. 

Baru-baru ini sekali lagi, nama beliau melonjak dimana telah berjaya mengekalkan gelaran UFC Lightweight Championship dengan menumpaskan Dustin Poirier dengan cara Submission. Jadi erti kata lain, dalam UFC, dia champion la.


Selain terkenal dengan kemahiran berlawan di gelangan UFC, beliau juga terkenal atas tingkah lakunya sendiri. Beliau menjadi antara individu yang disayangi oleh peminat UFC dan juga orang Islam. Ya! beliau merupakan seorang Muslim yang datang daripada negara Rusia. 

Walaupun dia sudah berada di circle seperti MMA ini tetapi ajaran Islam tetap diamalkan. Jika anda lihat pada badan beliau, tiadak tatu yang dilukis seperti badan-badang fighter lain. Dalam sambutan kemenangan pun, tiada arak yang digunakan tetapi sujud syukur dilakukan selepas peroleh kemenangan. Beliau tidak janggal pun walaupun seorang fighter muslim dalam dunia UFC tersebut.

Ejaan seperti yang ditulis di poster diatas adalah cadangan sendiri daripada masyarakat arab yang lebih tahu akan Bahasa Arab. Orang ramai banyak menyebut nama dengan sebutan K, tetapi dalam arab katanya tiada maksud untuk Khabib. Jadi yang terdekat adalah Habib bermaksud kasih sayang. Jadi terjadilah tulisan Khat Kufi Habib seperti diatas. Itulah Khabib Nurmagomedov.

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post