Siaran TV Digital Secara Sepenuhnya Pada Oktober 2019

Siaran TV Digital myFreeview

Siaran TV Digital akan digunapakai secara penuh bermula pada 31 Oktober 2019 yang akan datang. Jadi bermula pada itu, tiada lagi siaran TV percuma yang menggunakan teknologi lama iaitu Analog yang rata-rata diguna pakai oleh rakyat Malaysia sebelum ini.

Siaran TV Digital myFreeview akan diguna pakai bagi seluruh negara bagi menggantikan siaran Analog yang lama adalah berikutan hasil kejayaan ujian rintis yang telah dijalankan di Pulau Langkawi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pihak industri penyiaran sejak Julai 2019 yang lalu.


Perkhidmatan TV Digital secara percuma ini adalah antara usaha Kerajaan untuk merapatkan jurang digital merangkumi penduduk di kawasan bandar dan luar bandar. Ianya boleh diguna pakai secara percuma yang juga berkualiti daripada sistem Analog yang lama dan paling best iainya tanpa langganan bulanan.

Tarikh-Tarikh Peralihan Kepada Siaran TV Digital myFreeview

Pihak uruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan tarikh-tarikh mengikut kawasan dimana siaran TV Analog beralih kepada siaran TV Digital myFreeview

Wilayah Tengah dan Selatan - 30 September 2019
Wilayah Utara dan Timur - 14 Oktober 2019
Sabah dan Sarawak - 31 Oktober 2019

Siaran TV Digital myFreeview

Saluran Yang Ditawarkan Oleh Siaran TV Digital myFreeview

Secara asasnya TV Digital myFreeview adalah sama seperti TV Analog tetapi menggunakan sistem yang baru dan lebih terkehadapan. Jadi kualiti siaran yang diperoleh oleh pengguna menjadikannya lebih baik. Siaran kualiti yang lebih terang berbanding siaran sebelum ini. 

Setakat ini, sebanyak 15 saluran TV dan 6 saluran radio boleh didapati pada platform TV Digital myFreeview yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, TV AlHijrah dan Bernama News Channel (BNC).


Dengan tanpa yuran bulanan, anda dapat beberapa saluran seperti : TV1, TV2, TV3, TVAlHijrah, TV9, TV8, BNC, NTV7, TVOkey, CJWOWShop dan banyak lagi.

MCMC juga memberi tahu akan ada pertambahan lagi beberapa saluran TV baharu dalam tempoh terdekat.

Siaran TV Digital myFreeview

Kelebihan Siaran  TV Digital myFreeview

Jadi apa sebenarnya kelebih TV Digital myFreeview berbanding TV Analog yang kita guna di rumah sebelum ini? Antara kelebihan yang ada pada TV Digital adalah:
  1. Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi (High-Definition, HD)
  2. Audio yang dilontarkan lebih jelas dan berkualiti tinggi
  3. Penambahan perkhidmatan dan saluran TV berbanding sistem yang lama
  4. Paling menarik, ianya tanpa bayaran bulanan. Anda boleh guna secara percuma sahaja.
  5. Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.
  6. Kelebihan merakam program pada masa akan datang.

Cara Beralih Kepada Siaran TV Digital myFreeview

Untuk dapatkan siaran TV Digital myfreeview ada 2 cara iaitu:
  1. Dapatkan dekoder dan aerial Ultra High Frequency (UHF) dan memasang kepada set TV yang sedia ada; atau
  2. Dapatkan Integrated Digital TV (IDTV) yang telah dilengkapi dengan dekoder dan memasang kepada aerial UHF
penerangan secara ringkas:

Set TV biasa sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder DVB-T2 menggunakan kabel AV/HDMI.

IDTV. Set TV baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder DVB-T2. Set IDTV telah mula dijual di pasaran.

Dekoder DVB-T2. Ia juga dikenali sebagai alat penerima DVB-T2 yang perlu digunakan untuk menerima siaran digital myFreeview. Dekoder DVB-T2 boleh didapati di kedai elektronik di seluruh negara mulai November 2016.

Aerial UHF perlu dipasang dan disambung kepada terminal aerial dekoder/IDTV. 

Siaran TV Digital myFreeview
2 cara dapatkan siaran TV Digital myFreeview

Jika anda penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) anda boleh dapatkan dekoder TV Digital myFreeview secara percuma. Anda boleh semak jika anda salah seorang penerima BSH dan layak mendapatkan dekoder percuma myFreeview disini

Jika anda bukan penerima BSH, anda boleh dapatkan dekoder tersebut melalui 2 cara iaitu secara atas talian atau menerusi wakil penjual. Anda boleh semak melalui pautan ini untuk anda dapatkan wakil penjual yang berdekat dengan kawasan anda.


Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA (tanpa bayaran bulanan) dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan.

Maklumat Lanjut Berkaitan Siaran TV Digital myFreeview

Jadi jika anda ingit ketahui lebih lanjut berkaitan TV Digital yang beralih sepenuhnya pada 31 Oktober 2019 ini, anda boleh layari laman web atau hubungi pusat khidmat pelanggan.


1800-18-1088

2/Post a Comment/Comments

  1. ada nampak iklan ni dlm TV...zaman berubah, teknologi semakin maju..

    ReplyDelete
  2. bagus sebenarnya myfreeview nie.. sbb kami pun mmg guna myfreeview.. lama dah..
    hangan lupa singga di blog sy ya ^^ sy newbie blogger..
    https://jovie1995.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended