Unifi Lite : Pelanggan Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps Dengan RM69 Sebulan

Pelanggan Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps

Kepada semua pelanggan streamyx upgrade ke 8 Mbps daripada speed lama anda. Pihak TM telah melancarkan Unifi Lite pada bulan Ogos 2019 yang lepas dengan menawarkan harga yang lebih murah khusus kepada pelanggan Streamyx.


Mungkin ramai tertanya-tanya apa itu Unifi Lite? Secara bahasa mudahnya, Unifi Lite diberikan kepada pelanggan yang tidak mempunyai akses kepada Unifi Fiber seperti di bandar-bandar besar seluruh Malaysia.


Jadi TM mengeluarkan inisiatif lain untuk mereka yang hanya mempunyai akses sambungan Optik Fiber atau Streamyx untuk mendapatkan kelajuan yang lebih baik dan juga dengan harga berpatutan. Jika sebelum ini, dengan kelajuan 8 Mbps anda perlu membayar sehingga RM140 sebulan padahal dengan harga tersebut, anda boleh dapatkan sambungan Unifi sehingga 100 Mbps. Ianya sangat tidak adil.

Jadi TM mungkin mendengar keluhan pengguna setia Streamyx dengan memberi tawaran yang berpatutan kepada mereka walaupun tidaklah sehebat tawaran daripada Unifi.

Pelanggan Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps

Melalui kampen #khabarbaik daripada TM pada bulan lalu dengan mengumumkan upgrade kelajuan bagi pengguna Streamyx sehingga 8mbps akan bermula pada September dan bill langganan baru akan dikeluarkan pada bulan berikutnya.

Tawaran Unifi Lite ini dengan harga RM69 sebulan hanya diberi kepada pengguna sedia ada sahaja tetapi bagi pengguna baru anda hanya perlu bayar RM89 sebulan sahaja. Ya! ianya jauh lebih murah daripada RM140 sebelum ini dengan kelajuan yang sama.

Pelanggan Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps

Kalau tak silap melalui soal jawab community di laman portal Unifi, semua pelanggan Streamyx sedia ada yang membayar lebih RM69 sebulan sebelum ini secara automatik bill bulanan anda RM69 sebulan dengan kelajuan sehingga 8 Mbps.

Contoh kalau ada kelajua asal 8 Mbps dengan bayaran RM140, tetapi selepas upgrade Unifi Lite, anda hanya perlu membayar RM69 dengan kelajuan 8 Mbps yang sama. Berikut juga dengan pakej yang lain. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari pautan community Unifi di  https://community.unifi.com.my/

Cara Pengguna Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps : Unifi Lite

Tetapi melalui ciapan beberapa pengguna di Twitter memberitahu dimana bukan semua kawasan mempunyai kelajua sehingga 8 Mbps, jadi anda hanya akan tersekat pada kelajuan tersebut sahaja. 

Jadi sebelum anda pengguna Streamyx mahukan upgrade ke 8 Mbps, pertamanya anda perlu pastikan kawasan anda menerima sehingga kelajuan tersebut dengan cara anda hubungi pihak TM (melalui pautan disini) dengan pelbagai cara seperti:
  1. Live Chat
  2. Melalui aplikasi Unifi
  3. Ask Community
  4. Contact Form
  5. Melalui Twitter Unifi Care
  6. Laman rasmi Facebook Unifi
Pelanggan Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps

Setiap pelanggan Streamyx upgrade ke 8 Mbps dengan melanggan Unifi Lite mestilah dibuat di TM Point berdekatan anda. Pihak TM sendiri memberi tahu proses permohonan upgrade ke Unifi Lite hanya boleh di buat di TM Point sahaja. Tidak boleh melalui online.

Jadi di TM Point anda hanya perlu membawa kad pengenalan asal bagi pemilik akaun Streamyx tersebut. Ini kerana ada proses thumb print di buat ketika permohonan. Pastikan tuan pemilik Streamyx itu ada bersama anda ketikan membuat permohonan.


Selepas selesai proses pendaftar upgrade Unifi Lite, anda hanya perlu menunggu selama 7 hari selepas proses upgrade itu selesai. Jika ada sebarang permasaalahan terus sahaja hubungi pihak TM bagi menyelesaikan masalah anda seperti yang disediakan di atas.

Pelanggan Streamyx Upgrade Ke 8 Mbps

Dalam kes ini, aku berjaya upgrade daripada langganan Streamyx 2 Mbps dengan RM68 sebulan kepada Unifi Lite 8 Mbps dengan RM69 sebulan selepas 10 hari permohonan kerana ada sedikit masalah pada proses pendaftaran. Tetapi dapat diselesaikan selepas 3 hari.

*boleh tak cadangkan router yang ok selain router TM kelabu yang diberi. Terima kasih

3/Post a Comment/Comments

  1. ingat nak cuba untuk rumah parent dkt kedah. tpi masalah kecurian kabel pulak dkt kawasan tu. bila dah report, dh pasang baru, kena curi lgi..

    ReplyDelete
  2. yes..harga RM69 tu utk harga internet je. mcm abe kie ni kena bayar extra rm30 utk aneka plus unifiTV. Huhuhu... less rm30 je total semua sekali.

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan harga tu kalau unlimited dan laju

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post