Blogger Memperlihatkan Antaramuka Yang Baru Bagi 2019

antaramuka baru blogger 2019

Blogger terutamanya, pastinya sudah sedar akan kehadiran antaramuka dashboard Blogger 2019 yang baru kan. Atau masih ada lagi blogger yang tidak sedar akan kehadiran update terbaru ini? Sebenarnya ianya bukan sahaja dalam versi web tetapi juga pada aplikasi Blogger di telefon pintar.


Selain daripada Wordpress yang sudah ramai digunapakai bagi seorang pemula untuk berkecimpung di dalam dunia Blogging, Blogger atau Blogspot juga masih lagi diterima ramai juga bagi seorang pemula yang baru bermula. Manakan tidak, anda mahukan trafik daripada Google, pastinya anda gunakan produk Google terlebih dahulu. Blogger ni, Google la yang buat.
antaramuka baru blogger 2019

Secara ringkas, aku menggunakan 2 platform iaitu Blogger dan juga Wordpress dan semuanya diatur diri sendiri. Bagi pengguna yang tidak arif tentang dunia IT, aku tak mampu mengoptimisikan penggunaan Wordpress sebaliknya Blogger lebih mudah tanpa perlu tweak yang lebih kompleks.

Berbalik kepada interface atau antaramuka baru yang diperkenalkan boleh pihak Blogger, ianya seperti memberi nafas baru kepada pengguna blogger. Sejak aku menggunakan khidmat Blogger pada 2017 tiada apa-apa update pun dibuat oleh pihak mereka.


Menurut digitalinformationworld.com, kali terakhir penerimaan update adalah pada 2003. Manakala bagi aplikasi Blogger pula, ianya diberi nafas baru buat kali pertama sejak 2016.

Jadi apa yang terbaru diberi oleh pihak Blogger kepada pengguna?

Antaramuka Terbaru Daripada Blogger


Blogger memberikan nafas baru kepada dashboard Blogger melalui versi web dan juga aplikasi Blogger di Android.

Aplikasi Blogger


Antaramuka dashboard Blogger di aplikasi lebih nampak menarik dan simple jika dibandingkan dengan antaramuka yang sebelum ini. Ianya memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap setiap post yang telah kita buat.

antaramuka baru blogger 2019

Jika anda masih lagi tidak menerima kemaskini terbaru, anda harus update aplikasi Blogger di Google Play Store terlebih dahulu untuk versi 3.0.1


Blogger Versi Web


Di web, Blogger juga telahpun membuat sedikit perubahan antaramuka. Menurut apa yang diberitahu dan dipertontonkan, kemaskini antaramuka hanya melibatkan Stats, Comments dan Theme sahaja buat masa ini. Sepertinya Blogger akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Selain itu, ianya seperti sudah mobile friendly, anda boleh buka dashboard anda terus menggunakan chrome di telefon pintar anda. Lebih mudah kalau nak menulis di telefon selepas ini.

Oh sepertinya, logo menggunakan sepenuhnya berbentuk petak dan warga oren sedikit pudar jika anda masuk bahagian Stats, Comment dan Theme.

antaramuka baru blogger 2019

Anda boleh cuba antaramuka terbaru yang lebih segar dan lebih mudah dilihat. Anda boleh cuba antaramuka terbaru ini dengan skroll ke bahagian bawah sekali dashboard Blogger anda dan klik Try The New Blogger!


 Bahagian Comments 

Disini lebih menarik daripada versi lama, di mana akan ditunjukkan avatar bagi pengguna yang komen pada post kita. Lebih mudah untuk dikenali nampaknya.

antaramuka baru blogger 2019


 Bahagian Stats 

Disini, anda akan nampak Live Views lebih menarik. Ada juga jumlah komen, followers, jumlah post dan macam-macam lagi. Setiap post juga dipertontonkan jumlah views dan komen.


Jika anda mahu lihat lebih terperinci seperti lihat Keywords, Traffic Sources dan Audience anda boleh tekan pada bahagian More About This Blog

antaramuka baru blogger 2019


antaramuka baru blogger 2019


antaramuka baru blogger 2019


 Bahagian Theme 

Di sini juga turut diberi nafas baru. Jika anda mahu Edit HTML, anda perlu klik bahagian kanan atas dan akan diberi pilihan sama seperti versi lama tetapi dengan antaramuka yang baru.

antaramuka baru blogger 2019

Bagi aku, antaramuka yang diperkenalkan oleh pihak Blogger setakat ini sangat baik dan lebih menarik daripada yang lama. Bagi anda yang ingin cuba, anda boleh berbuat demikian dan jika anda ingin kembalik kepada versi yang lama pun boleh tetapi selepas beberapa jam akan dikeluarkan pilihan kembali ke versi lama (classic version).

Jadi anda dah cuba belum antaramuka Blogger yang baru ni?

17/Post a Comment/Comments

  1. menarik.. ekin pun baru je tukar ke new interface.. hehee

    ReplyDelete
  2. Menarik juga versi baru ni, tp kak pip tak try lagi.

    ReplyDelete
  3. Naim masih guna yang 'old school' dulu. haha. Memang menarik interface baru blogger bawah kepada user. :)

    ReplyDelete
  4. Baru je dapat update tadi huhu rasa mcm menyesal pulak kikiki takpe lah try dulu sementara nak sesuaikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa. Selepas tu dia bagi semula pilihan untuk tukar yang lama semula

      Delete
  5. Dashboard baru ni nampak best dan mesra blogger terutamanya bahagian statistik.

    ReplyDelete
  6. Kalau tukar ada efek apa2 tak?

    ReplyDelete
  7. Takda apa pun. Tapi kalau tukar, nanti beberapa jam dia bagi tukar semula yang lama

    ReplyDelete
  8. dah try..menarik juga interface yg baru ni.

    ReplyDelete
  9. Ada muncul button untuk cuba blogger terbaharu. tapi tak berani takut tak selesa. Bila baca post nie, mcm best pulak. Harap2 boleh cepat adapt dengan ciri2 baru nie..

    ReplyDelete
  10. masih selesa dgn yg lama😆

    ReplyDelete
  11. Sdg menyesuaikan diri dgn antaramuka baharu ni. X byk sgt perubahannya.

    ReplyDelete
  12. menarik nih...belum tukar lg..

    ReplyDelete
  13. ammi rasa selesa juga dengan new interface ni..

    ReplyDelete
  14. dah cuba yang baru. tapi kadang2 masih kekok haha. maybe sebab dah terbiasa dengan yang lama ;)

    ReplyDelete
  15. Ada antaramuka baru ker tak perasan pun hehehe hari2 update juga...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post