Cara Memohon ePerumahan DBKL Dengan Bayaran Sewa RM100 Sahaja
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan beberapa bulan yang lepas dimana mereka akan menyediakan Perumahan Bandar (Micro Housing) kepada golongan muda yang memasuki alam pekerjaan untuk pertama kali. Maka penginapan bandar ini adalah satu program penempatan dan penjagaan yang selamat serta dilengkapi dengan kemudahan asas untuk satu jangka masa yang ditetapkan.
Baca Juga : Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine
Baca Juga : Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine
Konsep pelaksanaan Perumahan Bandar ini adalah penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja. Pihak DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama ini manakala 135 penyewa lagi untuk fasa kedua pada penggal pertama 2020.
Perumahan Bandar (Micro Housing) Daripada DBKL
Di bawah program ini, penghuni akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100 sahaja sebulan termasuk air dan elektrik.
Kategori sewaan bilik adalah mengikut bilangan katil yang disediakan disetiap bilik mengikut tingkat di dalam bangunan tersebut. Bilangan katil yang disediakan di setiap bilik adalah seperti berikut :
- 1 Bilik (4 katil)
- 1 Bilik (6 katil)
Syarat Permohonan Kemasukan Perumahan Bandar
- Warganegara Malaysia
- Berstatus Bujang (Belum Berkahwin)
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Pendapatan tidak melibihi Rm2000 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019)
- Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5 km radius dari Perumahan Bandar
- Tidak memiliki rumah
- Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi dariapda 25 Km radius dari Perumahan Bandar
- Tidak mempunyai kereta
- Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak)
Cara Memohon
Jadi kepada mereka yang berminat untuk memohon. Permohonan penyewaan perumahan bandar ini telah dibuka mulai 20 Ogos 2019 dan permohonan boleh dilakukan melalui laman pautan di bawah
Mula Kemasukan
Kepada mereka yang menyewa, tolong sangat jagalah kebersihan dan fasiliti yang disediakan dalam keadaan baik supaya ianya dapat digunakan oleh orang lain lagi selepas ini.
sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
3 comments for "Cara Memohon ePerumahan DBKL Dengan Bayaran Sewa RM100 Sahaja"