Review Filem Shoplifter Daripada Jepun

review shoplifter

Jika sebelum ini ada berkongsi ulasan dengan pemenang Palme d'Or 2019 iaitu Parasite, kini aku nak berkongsi review filem bagi pemenang Palme d'Or 2018, juga daripada Asia iaitu Jepun. Filem yang dimaksudkan adalah Shoplifter.

Pada tahun 2018 tersebut, filem Shoplifter merupakan filem Japan yang ke-4 mendapat kutipan tertinggi iaitu sebanyak ¥45.5 billion. Jepun biasanya kutipan tertinggi ni, anime la tiap-tiap tahun. Adakah filem ini sangat menarik sehingga berjaya merangkup anugerah di Palme d'Or 2018 yang lepas.


Filem : Shoplifter
Negara : Jepun
Pengarah : Hirokazu Koreeda
Genre : Drama, Jenayah
Pelakon :  Lily Franky, Sakura Andô, Kirin Kiki
Tarikh Tayangan : Jun 2018 (Jepun) Julai 2018 (Malaysia)
Penilaian : 8/10

review shoplifter


Sinopsis


Filem ini berkisarkan sebuah keluarga yang sebahagian daripadanya selalu melakukan aktiviti mencuri barangan keperluan harian di kedai dan pasaraya. Ini kerana, bagi mengurangkan sedikit bebanan tanggungan sebuah keluarga. Mereka yang biasa melakukan perkara ini adalah 'sang ayah dan anak' (Osamu dan Shota) nya sahaja, manakala ahli keluarga lain, keluar bekerja seperti orang lain juga.

Kisah ini bermula bila mereka membawa balik seorang kanak-kanak yang telah telah didera oleh kedua orang tuanya. Pada akhirnya, mereka membawa dan menyara budak itu terus di rumah mereka bagi mengelakkan kejadian dera dari terus berlaku kepada budak itu.

review shoplifter

Lama-kelamaan kanak-kanak tersebut (Yuri) menjadi lebih selesa ketika tinggal bersama keluarga tersebut dan mereka juga sanggup menerima kedatangan Yuri ke dalam keluarga mereka dan menganggap seperti anak sendiri. Osamu yang juga bekerja sebagai buruh binaan telah menimpa kemalangan dan terpaksa berhenti kerja. Jadi Osamu hanya berada di rumah bersama anak-anak lain dan juga telah mengajar Yuri bagaimana melakukan pencurian di pasaraya supaya tidak tertangkap. 

Selepas kematian 'nenek' (Hatsue) mereka yang bersama-sama di dalam keluarga tersebut, mereka sekeluarga seperti sedikit hilang arah terutamanya Aki yang sentiasa bersama neneknya apabila berada di rumah.

review shoplifter

Pengakhiran cerita ini berlaku apabila, Shota dan Yuri keluar bersama-sama bagi melakukan 'Shoplifting' di sebuah pasaraya dan akhirnya mereka tertangkap. Dalam kejadian ini lah terbongkar segalanya apabila sebenarnya mereka sekeluarga tidak mempunyai apa-apa pertalian darah pun. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri dan akhirnya mereka bersatu sebagai keluarga. 

Selepas terbongkarnya segala rahsia mereka, mereka terus kembali kepada kehidupan asal dan ada diantara mereka dimasukkan ke dalam penjara kerana pernah terlibat dengan kes bunuh dan sebagainya. 

Ulasan Filem Shoplifter


Dengan tajuk Shoplifter atau dalam bahasa melayu pencuri di kedai-kedai. Jadi filem ini tidak lari dengan jenayah. Bermula sahaja filem dimainkan, penonton dipertunjukkan bagaimana Osamu dan Shota melakukan proses mencuri di pasaraya sehingga selesai tanpa disedari oleh mana-mana pihak pun.

Antara ulasan yang aku boleh bagi berkaitan filem ini :

1.  Filem ini tiada watak antogonis atau watak jahat. Sepertinya sifat jahat yang ada pada segelintir watak seperti Nobuyo yang pernah membunuh bekas suaminya dahulu adalah kerana ingin membela diri selepas kantoi menjalankan hubungan sulit dengan Osamu. Jadi Nobuyo tekad membunuh bekas suaminya dan hidup bersama keluarga baru yang mereka pilih.

2.  Filem ini mengisahkan bagaimana kita tidak mampu untuk memilih ibu bapa bermula daripada lahir lagi. Jadi bila orang tua kita suka bertengkar dan akhirnya anak mereka didera, anak tersebut terpaksa menerima takdir. Jadi dalam cerita ini, Nobuyo seolah-olah memberi harapan baru kepada Yuri yang didera oleh orang tuanya dengan memberinya pilihan untuk bersama orang tuanya atau bersama keluarga Nobuyo dan akhirnya pilih bersama Nobuyo.

review shoplifter

3.  Sifat kasih sayang juga kuat dalam filem Shoplifter ini. Walaupun baru sahaja kenali Yuri, tetapi beliau dilayan seperti anak sendiri. 'Curi' baju baru untuk Yuri, bawa sekeluarga pergi ke pantai. Main dan mandi bersama di pantai dan sanggup mengubah penampilan Yuri supaya tidak di kesan oleh orang sekeliling yang mereka sebenarnya simpan Yuri.

4.  Ada 1 kisah terpencil yang menarik iaitu bila Shotu memberitahu pada polis selepas kejadian ditangkap pada hujung cerita. Polis tanya kepada Shotu, kenapa tidak bersekolah? Dia menjawab, 'hanya orang yang tidak pandai sahaja hanya akan belajar di sekolah.' Shotu pandai, jadi dia tidak perlu pergi ke sekolah. Dalam filem ini, Shotu rajin membaca ketika berada di dalam bilik kecilnya dan pengetahuanya sepertinya lebih pandai daripada Osamu.


5.  Yang paling menarik sebenarnya dalam cerita ini adalah, bagaimana pengarah olah penceritaan supaya ianya kekal menjadi tanda tanya sehingga akhir cerita. Sepertinya masih ada beberapa persoalan yang masih timbul.

  • Mereka berlima + Yuri sebenarnya datang daripada asal usul yang berbeza. Bagaimana mereka boleh bersatu di bawah bumbung yang dikelilingi oleh apartment tinggi? Pada pemahaman aku, mereka hanya berjumpa sekadar kebetulan sahaja
  • Aki daripada keluarga yang kaya tetapi sepertinya tidak mahu kembali kepada keluarganya.
  • Shota dijumpai di dalam kereta oleh Osamu ketika sedang memecahkan kaca kereta untuk mencuri
  • Nobuyo membunuh bekas suaminya dan melarikan diri bersama Osamu dan hidup bersama.
  • Hatsue merupakan tuan rumah tersebut yang mana tidak mahu pindah ke rumah apartmen yang lebih selesa.
6.  Akhirnya mereka semua kembali ke tempat asal seperti Yuri kembali kepada kedua orang tuanya dan kini sudah insaf. Shotu tinggal bersama kanak-kanak lain disebuah pusat penjagaan dan sudah pun bersekolah. Aki mungkin kembalik kepada keluarganya. Osamu menyewa dan tinggal bersendirian.  

review shoplifter

Shoplifter sangat menarik jika anda hayati penceritaan sehingga babak akhir. Osamu yang bersungguh-sungguh mahu Shota memanggilnya ayah dan akhirnya menyebut 'Ayah' ketika mereka berpisah buat selamanya.

Aku takpastilah ulasan aku ni betul ke tidak dengan penceritaan dalam Shoplifter. Ianya adalah segala-galanya tentang pemahaman aku sendiri ketika menonton cerita ini. Ya, mungkin kalau anda mahukan cerita aksi, tiada di dalamnya. Jika anda mahukan sebuah cerita dengan jalan cerita, ada disini. Korang wajib tengok Sholifter

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Review Filem Shoplifter Daripada Jepun"

Comment Author Avatar
menarik juga, lama xtengok movie jepun..
Comment Author Avatar
anime jepun mmg semuanya best2 kan