Review Filem Super 30 - Kisah Seorang Pakar Matematik Dan 30 Pelajarnya

Review Filem Super 30
Kini heboh diperkatakan di Twitter dimana ada filem yang mampu bersaing dengan filem yang pernah viral di Malaysia pada Ogos yang lepas, Raatchasi. Filem yang diperkatakan tersebut adalah Super 30 yang berkisarkan tentang Mathematician dan 30 pelajar. Anda kene tengok filem ini!


Filem : Super 30
Negara : India (Bollywood)
Pengarah : Vikas Bahl
Genre : Drama, Biografi
Pelakon : Hrithik Roshan, Mrunal Thakur, Nandish Singh
Tarikh Tayangan : Julai 2019 (Malaysia)
IMDB : 8.2 / 10
Penilaian : 8.0 / 10

Review Filem Super 30

Sinopsis


Berdasarkan kisah kehidupan seorang pakar Matematik Anand Kumar dan program Super 30, di mana setiap tahun dia akan memilih 30 orang pelajar berbakat dan pintar dari keluarga tidak berkemampuan dan melatih mereka untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke Institut Teknologi India (IIT). Terdapat pelbagai liku dan cabaran bagi meneruskan sesi pembelajaran bagi 30 orang pelajarnya. Pelajarnya pula diajar dengan kos secara percuma kerana pelajar tersebut adalah daripada kalangan keluarga miskin yang tidak mampu meneruskan pembelajaran di sekolah. Jadi akhirnya berjayakah mereka semua memasuki ke Institut Teknologi India (IIT)?

Review Filem Super 30

Ulasan Filem Super 30


Filem ini berkisarkan kejadian di sebuah daerah di timur India, Bihar yang mana kehidupan disana tidak la semewah di bandar-bandar besar India yang lain. Tetapi disinilah terdapat seorang remaja genius matematik yang hampir berjaya memasuki University of Cambridge iaitu Anand Kumar (watak daripada Hrithik Roshan) tetapi atas sebab faktor kewangan, harapan tersebut terpaksa dilupakan.

Filem ini adalah sebuar narator daripada salah seorang muridnya, Fuggar Kumar yang disampaikan diatas pentas ketika menyampaikan deligasi yang juga merupakan seorang aerospace engineer.  


Super 30 ini pada asasnya berkisarkan konflik pendidikan yang berlaku di India sama seperti pada filem yang telah aku review sebelum ini, Raatchasi tetapi ia tidak sepenuhnya berkisarkan tentang sistem pendidikan itu sendiri seperti Raatchasi. Cerita ini lebih mengisahkan kisah hidup seseorang pendidik yang berjaya mendidik anak muridnya sehingga berjaya memasuki Institut Teknologi India (IIT).

Review Filem Super 30
Lakonan yang di bawa oleh Hrithik Roshan sebagai cikgu Anand Kumar sangat power. Watak yang dibawa sangat baik dan sampai kepada aku sebagai penonton. Watak antogonis daripada Menteri dan CEO Akademi Excellence juga cukup jahat sehingga sanggu membunuh demi survival kewangan mereka sendiri. Bagi aku ada 2 babak yang sampai dan puas ketika dilakonkan oleh Hrithik Roshan iaitu ketika beliau diberitahu berjaya memasuki University of Cambridge dan juga diberitahu dimana kesemua pelajarnya berjaya memasuki Indian Institute of Technology Delhi (IIT). Memang berbakat la dia ni

Dalam kisah ini juga diselit dengan unsur kekeluargaan antara Anand Kumar bersama ayah dan ibunya serta adik lelakinya. Ayahnya sanggup berbuat apa sahaj bagi mencari duit untuk hantar anaknya belajar ke Cambridge tanpa mengiraukan masalah kesihatannya sendiri dan akhirnya ayahnya meninggal dunia. Selain itu, kisah percintaan juga diceritakan disini antara Anand Kumar bersama pilihan hatinya Mrunal Thakur sebagai Supriya. Akhirnya juga dengan berita yang tidak baik dimana Supriya menikahi orang lain.

Review Filem Super 30

Walaupun telah mendapat tawaran ke Cambridge dan tidak mampu untuk memulakan pengajiannya, minat terhadap matematik masih tidak pudar dan akhirnya Anand Kumar ditawarkan untuk mengajar di sebuah akademi bagi menyediakan pelajar-pelajar disana memasuki IIT yang tersohor ketika itu.

Bermula disinilah watak utama hampir hilang arah kerana duit. Akademi ini juga memberikan makna buruk dimana hanya orang yang kaya sahaja yang boleh belajar disini dan ianya tidak memberikan apa-apa biasiswa kepada pelajar susah yang ingin memasuki akademi ini. Disinilah Anand Kumar mula sedar dimana, pendidikan adalah untuk semua dan barulah ditubuhkan persis akademi sendiri iaitu Super 30.

Sehingga saat penubuhan ini kita dapat lihat ada pihak menjadikan pendidikan ini sebagai perniagaan dan bukan suatu kewajipan. Campur tangan politik, luar cakap lain, dalam cakap lain. Sehingga sanggup membunuh seorang pendidik bagi menghalagnya mengajar secara percuma kepada pelajar miskin.

Kisah ini diinspirasikan daripada kisah benar berkaitan Super 30. Setiap tahun akan diambil 30 pelajar sahaja bagi persediaan mengahadapi ujian kemasukan ke Institut Teknologi India. Dan menjawab persoalan diatas, daripada 30 pelajar yang terlebih, akhirnya 30 pelajar itu juga berjaya sambung pelajaran di IIT. hehe

Jika beliau adalah pakar matematik, di dalam filem ini juga diselitkan dengan proses pembelajaran matematik, ada teori relativity, relfection theory, reduction theory dan macam-macam lagi. Dan ada 1 persoalan yang ditimbulkan oleh Anand Kumar kepada pelajar-pelajarnya berkaitan berapa kali jabat tangan berlaku di dalam 30 orang? Dalam filem ni, anda hanya tahu jawapan sahaja iaitu 435 kali.
Kalau nak tahu jawapan, anda kena guna formula arithmetic iaitu reduction n(n-1)/2 
Selain matematik juga, English juga diperkatakan di dalam filem ini. Mereka menekankan terdapat banyak sangkaan dimana anda nak jadi bijak kena pandai English sedangkan ianya hanya sebuah bahasa perantaraan sahaja. Jadi jangan jadikan ianya sebuah batu besar penghalang bagi meneruskan minat kita.

Review Filem Super 30

Review Filem Super 30

Walaupun keadaan sekolah yang daif, tempat tinggal yang serba kekurangan, bahan bacaan yang tidak cukup demi kecekalan untuk mencari ilmu, 30 pelajar tersebut terus cekal belajar. Dalam cerita ini juga menunjukkan, ilmu itu perlu di praktiskan sehingga mereka mampu mencipta projektor sendiri, mampu menghidupkan lampu sendiri dan paling best mampu mengalahkan gangster yang ingin membunuh mereka

Dalam filem ini juga memberi tahu kisah benar akan Super 30 ini antaranya adalah :
  • Super 30 dinobatkan sebagai sekolah terbaik di Asia tahun 2010 oleh Time Megazine
  • President Obama mengiktiraf Super 30 antara pusat pengajian terbadik di India
  • Super 30 dijulan antara 4 sekolah paling inovatif oleh World by Newsweek
  • Anand menerima anugerah Rashtriya Baal Kalyan daripada president India pada 2011
Ayat terakhir daripada narattor Fuggar Kumar yang disampaikan oleh cikgunya Anand Kumar iaitu 'Mencipta 30 orang genius secara serentak, sebenarnya telah mengubah 1000 kehidupan' itulah pentingnya pendidikan. 

5/Post a Comment/Comments

  1. tentu best cerita ini kan, dah tengok promosinya kt youtube tapi belum tengok full lagi huhuhuhu

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    Saya dah follow blog awak. :)

    ReplyDelete
  2. Woww! Macam menarik jer cite nih! Bab2 orang pandai ni..best..kecekalan dalam kehidupan..mesti best! Thanks info~
    Mark dulu.....

    ReplyDelete
  3. Hero saya belakon la . Wajib tengok nie . Nak usya dekat Laksamana tarung la , kot-kot ada update full movie filem nie .

    ReplyDelete
  4. em.. tapi tu lah tu.. jalan cerita dah menarik cuma memang dari dulu akak tak berkenan sket kat HR ni.. hahahaha~ tapi tak pe lah.. akak try, nanti akak buat review kat blog akak plak..

    ReplyDelete
  5. Wow hebat betul Jln cerita dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post