Sedap Ke Sweet Chilli Fish Burger McDonalds?

menu baru sweet chilli fish burger mcdonalds

Sedap Ke Sweet Chilli Fish Burger McDonalds? Inilah yang selalu bermain difikiran bile ingin mencuba sesuatu menu makanan yang belum kita pernah rasa sebelum ini? Sedap ke? Pedas ke, sebab ada chilli tertulis disitu? Berbaloi ke nak rasa?

Jadi selepas mengimbau semula menu baru yang diperkenalkan sebelum ini oleh pihak McDonalds dan pernah cuba pun, rata-rata kurang mengecewakan seperti Ayam Goreng Mcd Spicy 3x, Burger Rio, Nasi McD dan bermacam-macam lagi.


Akhirnya buat keputusan untuk cuba pula menu baru ini iaitu Sweet Chilli Fish Burger McDonalds. Yang pada namanya sudah boleh bayangkan pastinya ada rasa pedas manis dan juga disediakan burger ikan yang pasti berbeza dengan burger ayam atau daging yang biasa kita rasa. 


Menu ini diperkenalkan di semua outlet McDonalds seluruh Malaysia pada pertengahan September. Kepada yang mahu merasakan burger ikan McD, anda boleh pergi ke outlet McDonalds yang berhampiran.

Dalam blog post kali ini, kami sediakan sedikit ulasan berkaitan menu baru McDonalds iaitu Sweet Chilli Fish Burger McDonalds

Ulasan Menu Baru Sweet Chilli Fish Burger McDonalds


Seperti biasa, jika diperkenalkan menu baru sudah pastinya pihak McDonalds akan memberi pilihan kepada pelanggan untuk dapatkan set A la carte atau set lengkap iaitu disertakan Sweet Chilli Fish Burger bersama dengan air minuman berkarbonat dan juga french fries.

menu baru sweet chilli fish burger mcdonalds

Jika anda dapatkan burger ikan tersebut, ianya diperbuat dengan 2 roti bun yang cukup lembut ketika dimakan, sayur salad, fillet ikan yang cukup rangkup berserta sos perasa manis dan pedas. 

Bagi kami, sos yang diberikan tidak la terlalu pedas disebabkan campurang manis yang dicampur bersama seakan mayonis. Jadi kepada yang ingin mencuba, rasa burger ini tidak pedas, ianya boleh dinikmati oleh semua orang. Selain itu, fillet ikan yang disediakan cukup garing dan rangkup bila dimakan. 

Jadi bila anda makan Sweet Chilli Fish Burger McDonalds, anda akan dengar kerangupan fillet ikan dan merasakan rasa manis dan pedas dengan hadirnya sos istimewa yang diletakkan di atas fillet ikan tersebut. 

menu baru sweet chilli fish burger mcdonalds

Tetapi bagi kami, kepedasannya agak kurang, kalau diberi lagi sedikit pedas pasti akan jadi lagi sedap. Selain itu, fillet ikan ini seakan tidak mengenyangkan bagi kami, sepertinya, anda makan, tiba-tiba habis. Tapi itulah sifat fillet iaitu lembut dan mudah dikunyah. Tambahan lagi, aku dapat sosnya sikit je. Adakah ia memang bagi sedikit sahaja?


Dengan set lengkap ini, anda boleh dapatkan dengan harga RM13.99 dan jika anda tambah lagi RM1 dan membuat pembelian melalui aplikasi McDonalds, anda boleh dapatkan Salted Caramel. Dengan ulasan yang diberi, harga itu sedikit mahal. Dengan harga yang sama, anda boleh dapatkan set lengkap ayam goreng spicy 3x. Jadi cukuplah sekali mencuba.

Sepertinya di media sosial McDonalds sendiri iaitu di Twitter dan Facebook, rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap menu baru ini. Jadi kepada yang sudah mencuba menu Sweet Chilli Burger McDonalds ni, apa pula perasaan dan ulasan anda? Tulis di bahagian komen

8/Post a Comment/Comments

  1. tak berapa suka kalau pedas2 manis ni so a big no no lah nak try menu ni. Thanks for your honest review

    ReplyDelete
  2. Tak try lagi ni... Kenapa org lain review gambaq burger tu sodeyhhh hehehe. Aiman punya gambaq cantik laaa. Will try soon!

    ReplyDelete
  3. rasanya mama boleh tahan lagi ni.. nampak sedap dgn salad dan cheese dia tu

    ReplyDelete
  4. Teringin pulak nak cuba burger ni

    ReplyDelete
  5. nak kena cuba cepat sebab selalu miss tau... br weekend lepas rs ayam mcd 3x pedas tu.. nasib masih ada lagi klau tak terliur je

    ReplyDelete
  6. Bagi aku mmg kene dgn tekak la... Tp sos nye mmg sikit... X puas

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post