Kesan Daripada Tukar Template Blogger - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Friday, 8 November 2019

Kesan Daripada Tukar Template Blogger

Kesan Daripada Tukar Template Blogger
Kesan Daripada Tukar Template Blogger

Apa akan terjadi bila tukar template blog terutanya yang menggunakan blogger atau blogspot sebagai medium? Mengikut pengalaman aku sendiri, terdapat beberapa kesan yang aku peroleh selepas melakukan pertukaran template blogger sebelum ini.

Kesan yang aku dapat lihat lebih kepada buruk dan ada juga kesan baikknya. Inilah berlaku jika template baru yang dipasang sama ada salah pilih, tidak sesuai dengan blog anda atau terdapat faktor-faktor teknikal lain. Aku bukan pakar IT pun.

Jadi disini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku sebelum ini apabila aku tukar template daripada template Blog Way kepada Enside. Kedua-dua template atau theme ini merupakan template percuma yang juga disediakan template premium.


Kesan Tukar Template Blogger


Aku tidaklah tahu akan ilmu HTML ini. Sekadar picisan sahaja. Pada awalnya, aku ambil keputusan untuk tukar template adalah kerana ada beberapa HTML sudah lari dan juga bounce rate aku turun sehingga 1-3% dan mengikut pembacaan jika bawah 5% mungkin ada sesuatu tak kene pada blog itu. Untuk traffik, bagi aku, itulah yang terbaik selama 2 tahun dalam blogging ini.

Kesan Buruk


#1 - Trafik Menurun

Jadi antara kesan buruk yang aku dapat lihat adalah, trafik menurun secara mendadak dalam beberapa hari sahaja. Jika dapat dilihat daripada Search Console dan juga Google Analytics, sejurus aku tukar template baru, nilai pageview aku menurun dan aku perhatikan hampir sebulan ianya sama sahaja. Tiada kenaikkan seperti pada template yang lama.

Kesan Daripada Tukar Template Blogger
Google Analytics

Melalui Search Console, setiap entry yang dapat klik di halaman google sepertinya sudah tiada atau mungkin entry nya sudah berada di halaman yang belakang di halaman Google. Jatuh rank la senang cerita.

Kesan Daripada Tukar Template Blogger
Search Console

#2 - Tidak Sesuai Dengan Content

Sepatutnya setiap template yang ingin di pasang blog utama kita, seharusnya kita pasang dahulu di blog sampingan kita. Kita patut terlebih dahulu mencuba template tersebut supaya ianya sempurna bagi segala keadaa. Jadi disebabkan tidak mengikut peringatan, aku ambil keputusan untuk terus sahaja pasang di blog utama ini. Jadi rupanya terdapat beberapa keadaan tidak sesuai dengan content di blog ini.

Jadi selama menggunakannya, aku terpaksa menerima bagi aku ianya kekurangan yang menyebabkan keadaannya tidak sedap dipandang oleh pembaca. Bagi versi Mobile pun, ianya terlalu rigid dan design nya tidaklah cantik.

#3 - Terpaksa Pasang Semula Kesemua Kod Yang Terlibat
Ini juga antara kesan daripada tukar template blogger. Jika blog anda sebagai medium memperoleh pendapatan, pastinya anda telah membuat blog anda sehabis optimize di carian Google. Jadi bermacam-macam edit dan setting serta kod di pasang di template. 

Jadi jika menukar ke template baru, anda harus edit, pasang dan letak kod nya kembalik satu-persatu seperti yang dibuat pada template lama. Pastinya akan mengambil masa dan menguji kemahiran teknikal kan.

Kesan Baik


#1 - Nilai CTR Lebih Baik

Ini antara kesan positif yang aku peroleh daripada template tersebut. Sepertinya nilai CTR lebih tinggi sedikit. CTR iaitu Click-Through-Rate, dimana pengguna yang nampak iklan Adsense di blog ini, lebih cenderung untuk klik. Jadi jika tinggi CTR, ramai la yang klik Ads tersebut.

Tetapi ianya tidaklah terlalu tinggi berbanding template yang lama. Tetapi ini juga antara kenapa aku masih menggunakannya walaupun dalam tempoh yang lama.


Cara Atasi Dan Kesan


Jadi melalui kesan yang aku terpaksa terima ini, aku buat keputusan untuk tukar template lain pula selepas itu. Perkara pertama yang aku fikir, adalah dapatkan template premium dan pastinya perlukan sedikit pembayaran.

Terdapat terlalu banyak pilihan template premium di ruangan Google. Anda cuma perlu bayar dan pilih sahaja. Disebabkan ianya melibatkan kos, aku kenelah pilih yang berbaloi dari segi semua aspek. Akhirnya aku pilih template premium sekarang iaitu Asal SEO Responsive Blogger Template. Template ini aku tertarik adalah disebabkan minimalise dan simple sahaja.

Selepas seminggu sahaja, sepertinya trafik beransur kepada keadaan sebelum ini iaitu di template Blog Way. Aku yakin yang template Enside itu tidak sesuai untuk blog aku. Paling best, nilai CTR tiada perubahan atau sama dan sepertinya aku menerima nilai CPC yang tinggi ketika itu. Tapi kebiasaanya CPC bergantung kepada keyword kita.

Baca Juga : Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan

Bagi aku template Asal SEO daripada idntheme ini sesuai dengan blog picisan aku ni. Banyak pilihan yang diberikan. Kalau premium pastinya disertakan dengan teknikal assistant daripada pengeluar template tersebut. Untuk review penuh template ini, aku akan keluarkan tidak lama lagi. Jadi itulah antara kesan daripada tukar template blogger. Kepada yang ingin mengubah template anda, carilah template yang terbaik.

Kongsikan Artikel Ini

12 comments

  1. Sy pula jenis suka tukar template.. Pernah mengalami penurunan pv yg teruk sbb salah pilih.. Mungkin lepas nie sy dah x tukar kot.. Byak kesan kalau x pilih template dgn btul..design blog aiman skrg pun nampak lebih simple, lawa dan mesra mobile..

    ReplyDelete
  2. blog ammi takde ads...jadi belasah jelah apa template sekali pun hahaha

    ReplyDelete
  3. Bila tukar template tapi trlupa backup terutama widget2 yg penting tu mmg sedih..kne setup smula baru...

    ReplyDelete
  4. oo macam tu ye effect dia.. mama jarang update template.. template skrg dah suka sgt dah

    ReplyDelete
  5. Kinah pun suka tukar template. Kekadang tu jemu dengan template sama je. Memang betul pun bila selalu tukar template ni pv akan turun. Huhu bertabah je la.

    ReplyDelete
  6. dulu2 memang la suka tukar template tp bila dah tua ni rasanya nak kekal dgn yg ini aje. dah cukup cantik rasanya.

    ReplyDelete
  7. Naim dah lama tak tukar template ini. haha. Sbb nak main coding jika tukar yang baru. Dan effect akan menjadi seperti atas juga

    ReplyDelete
  8. perasan lepas tukar template simple pv Alhamdulillah better

    ReplyDelete
  9. dah lama xtukar template sebab malas nak mengadap coding..hehe

    ReplyDelete
  10. terpaksa edit balik kod tu yang malas tu pasal la template jarang tukar hehe

    ReplyDelete
  11. baru je tukar templet beberapa hari lepas pastu tak berkenan plak tengok. terus tukar kepada yang lebih simple...

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done