Senarai Top 5 e-Wallet Di Malaysia. Korang Selalu Guna Yang Mana? - Aiman Abdullah
News Update
Loading...

Monday, 4 November 2019

Senarai Top 5 e-Wallet Di Malaysia. Korang Selalu Guna Yang Mana?

Senarai Top 5 e-Wallet Di Malaysia. Korang Selalu Guna Yang Mana?
top 5 e-wallet malaysia 2019

e-Wallet atau e-Dompet dalam bahasa Malaysia merupakan suatu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai yang dibayar hanya menggunakan secara online dengan menggunakan sistem bar code. Setiap kali ingin membuat pembayaran, anda cari bar code akaun tersebut, scan menggunakan telefon pintar dan secara automatik pembayaran berjaya.

Inilah sistem yang sedang giat membangun di Malaysia khususnya bagi mengurangkan transaksi secara tunai. Zaman serba canggih sekarang, dengan setiap orang pasti ada telefon pintar dipoket, perkhidmatan e-wallet boleh digunakan oleh mereka. Sehingga Kerajaan dah umumkan peruntukan dalam Belanjawan 2020 baru berkaitan e-wallet ini.

Budak sekolah pun boleh ada e-wallet kalau ada telefon pintar sebaliknya mereka tidak layak lagi untuk memohon kad debit kan.


Justeru itu, banyaklah syarikah berlumba-lumba mewujudkan e-wallet mereka itu sendiri. Sebagai contoh antara e-wallet yang ada di Malaysia seperti Maybank Pay, WeChat Pay, Boost, Touch 'N Go, BigPay, Fave Pay, AliPay, Grab Pay dan banyak lagi.

Dengan lambakan e-wallet yang ada ini, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi timbul juga masalah, iaitu mana antara premis yang banyak disediakan perkhidmatan bayaran daripada e-wallet ni? Berbeza dengan China sebagai contoh, disana kuasa besar e-wallet ini hanya ada pada AliPay dan juga WeChat Pay. Sehingga kedai tepi jalan pun sedia terima pembayaran WeChat Pay.

Top 5 e-Wallet Di Malaysia Paling Banyak Digunakan


Jadi melalui kajian daripada iPrice Group dan App Annie, mereka senaraikan top 5 e-wallet yang banyak digunakan di Malaysia bermula tahun 2017 hingga 2019. Mereka mengeluarkan data seperti dibawah dengan membuat perbandingan pengguna aktif setiap bulan dan juga e-wallet yang paling banyak dimuat turun bagi Android dan iOS

top 5 e-wallet malaysia 2019

top 5 e-wallet malaysia 2019

Menurut infografik yang ditunjukkan antara e-wallet yang tersenarai adalah Boost, Touch 'N Go, Fave, Razer Pay, AliPay, BigPay, Grab Pay, dan Maybank Pay.

Menerusi data itu juga, boleh disimpulkan Grab Pay menduduki tangga pertama aplikasi e-wallet yang banyak dimuat-turun dan digunkan setiap bulan diikuti Touch 'N Go ditempat kedua, manakala Boost, Fave dan BigPay masing-masing di tempat ke 3, 4 dan 5.


Sebenarnya Grab Pay mempunyai kelebihan yang lebih berbanding e-wallet lain iaitu dalam aplikasi Grab itu sendiri terkandung bermacam-macam ciri seperti Grab Car, Grab Food dan sebagainya. Mungkin ini memberi kesan kepada ramainya pengguna yang muat turun. Malaysia ni, Grab Car je banyak dan aktif.

Baca Juga : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?

Sejujurnya, aku hanya menggunakan 3 sahaja e-wallet setakat ini iaitu Boost, Touch 'N Go dan BigPay. Aku tak gunakan Grab Pay tapi guna perkhidmatan Grab Car.

Untuk Boost pada awalnya aku gunakan untuk pembayaran parking DBKL kerana ada diskaun, Touch 'N Go aku gunakan bila beli tiket wayang dan juga beli jika ada promosi seperti Tealive, KFC dan sebagainya. BigPay paling aku kerap guna lagi-lagi bila perbelanjaan lebih RM20 sebab dapat point BIG AirAsia. Boleh terbang free nanti. Guna biasa isi minyak petrol.

Masing-masing mempunyai kelebihan, pandai-pandai gunalah kan. Jadi antara top 5 e-wallet yang ada ni, korang guna yang mana? atau ada senarai lain? Kongsikan diruangan komen.


sumber : iPrice dan soyacincau

Kongsikan Artikel Ini

10 comments

  1. Saya guna TnG e-wallet jer buat masa ni dan guna utk bayar tol semata-mata. Banyak sangat e-wallet kat malaysia ni, sepatutnye tak banyak dan boleh digunakan secara menyeluruh..

    ReplyDelete
  2. setakat ni ammi rasa Grablah yg paling byk ammi guna. For car, for food, for delivery.... Touch N Go tu guna utk toll je. Yang lain ammi tak download pun.

    ReplyDelete
  3. Pernah psl ni tapi kurang fhm...nice info aiman

    ReplyDelete
  4. Mam gak penah guna yg lain. Lazada ewallet pun baru 2 Kali pakai

    ReplyDelete
  5. Kak Feni hanya reti guna Touch n Go e-wallet. Haha yang lain tu belum study lagi. Shopee Pay tu pun nak guna kena google caranya dulu baru reti. Hurmmm zaman dah berubah bila dah banyak guna cashless ni.

    ReplyDelete
  6. Ada Boost je tapi belum pernah guna.
    Grab Pay nampak bagus tapi memang tak guna Grab.
    Debit card je la guna kadang-kadang kalau dah malas sangat nak cucuk duit.
    Senang Cashless ni tapi kena educate lebih la dan ramai lagi yang tak berani guna especially mak pak kita sebab takut duit hilang.

    ReplyDelete
  7. jarang guna, masih lagi biasa guna kan cash... tapi menarik jugak gunakan cara cashless ini..

    ReplyDelete
  8. KSarie nih old school, memang agak terkelembap bab apps ni ha tapi nak kena belajar la juga nanti kalau semua venue dah guna cashless kan

    ReplyDelete
  9. selalu guna big pay esp kalau nk travel. grab pay guna pn kdg2...

    ReplyDelete
  10. jarangla guna e-wallet ni kalau ada pun rasanya kat lazada je..hehe

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done