Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Sudah masuk tahun 2021, perniagaan konvensional mungkin sedikit demi sedikit akan berkurangan kerana wujudnya peluang perniagaan secara online seperti di Shopee yang diuruskan secara online.

Cara daftar dan berniaga di Shopee ini juga tidak lah serumit seperti kita ingin membukan sebuah kedai fizikal yang memerlukan banyak perkara perlu diselesaikan.

Selain itu, melalui data statistik daripada MCMC pada tahun 2018, pengguna Internet di Malaysia berjumlah lebih 28 juta. Cuba bayangkan kalau 1% sahaja daripada jumlah itu membeli barang yang kita niagakan terutamnya di Shopee. Tak 28K ke. Banyak tu.

Baca Juga : Cara Melakukan Proses Refund Dan Withdrawal Di Shopee

Saya taknak terang lebih lebar tentang kelebihan Shopee ni, mungkin ramai dah tahu, atau saya terangkan kemudian.

Saya hanya nak kongsikan cara terkini mendaftar dan mula berniaga di Shopee. Mungkin boleh ikut step ini. Cara ini korang kene guna komputer. Lebih mudah dan banyak benda boleh buat.

BACA : Cara Buat Duit Melalui Affiliate Shopee Ambassador Program 

Cara Mendaftar Di Shopee


Langkah #1 - Untuk permulaan, Sign Up atau daftar dahulu akaun Shopee di www.shopee.com.my

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini


Langkah #2 - Kemudian akan diberi ruang untuk korang masukkan butiran seperti no telefon, username dan password. Pilih username yang nampak menarik. Barulah orang akan datang singgah di kedai Shopee korang. Baru orang ramai datang kan. Gambaran username seperti ini www.shopee.com.my/username

Username dan password jangan lupa pula tau. Korang akan guna sampai bila-bila ni

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Langkah #3 - Setelah selesai verifikasi no telefon dan proses daftar semua. Korang perlu Log In pula buat pertama kali. Sekarang korang sudah boleh membeli di Shopee dan juga menjual atau berniaga di Shopee.


Langkah #4 - Untuk mula menjual, korang perlu tekan Seller Centre di bahagian kiri atas homepage Shopee. Disini segalanya bermula jika korang nak berniaga di Shopee. Tahun 2020, kini terdapat 2 versi home interface iaitu old seller centre dan new seller centre. Dah ada yang baru, kita guna yang baru lah kan.

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini


Order - Disinilah segala urusan jual beli berjalan. Nak tahu pelanggan yang order, maklumat To Ship, Shipping, Return/Refund dan sebagainya.
Product - Korang boleh upload atau muat-naik segala produk yang korang jual disini. Masukkan maklumat produk dan sebagainya
Marketing Centre - Segala pengiklanan, campaign, voucher terletaknya dibahagian ini
Finance - Maklumat bayaran dan jualan akan dipaparkan disini. Berapa ringgit jualan korang, semua kat sini. Macam financial statement la
Data - Nak tengok kedai Shopee korang ada orang tengok ke, ada orang klik ke dan sebagainya. Kat sini korang boleh tengok. Ada pageview iaitu bilangan pengguna yang tengok produk korang.
Shop - Sini nak tengok rating kedai Shopee korang, Shop Setting semua. Nak set up gambar kedai Shopee, kene pergi bahagian sini.

Langkah #5 - Sebelum menjual. Sediakan dan cantikkan kedai Shopee korang terlebih dahulu. Korang pergi bahagian Shop > Shop Setting

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Yang paling penting pada bahagian Shop Profile ini adalah 

Shop Name - masukkan nama kedai 
Profile Photo - upload gambar yang menunjukkan identiti kedai korang seperti logo
Cover Photo - upload latar belakang gambar yang lebih besar.
Images and Videos - letak gambar barangan yang korang jual.
Shop Description - Terangkan sedikit berkaitan kedai shopee korang ni. Jual barang apa, lokasi kedai, kalau ada no SSM dan sebagainya.

Kemudian perkara lain adalah di bahagian Shop Addressees iaitu masukkan alamat kedai korang. Nanti akan terpapar jika korang buat penghantaran (Ship From)

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini


Langkah #6 - Masukkan maklumat akaun bank untuk menerima bayaran daripada pelanggan. Korang pergi Finance > Bank Account. Korang tekan add bank account dan masukkan maklumat bank. Ada pelbagai bank seperti Bank Islam, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, BSN dan sebagainya.

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Cara Masukkan Produk Ke Kedai Shopee Korang

Dah selesai set up kedai Shopee korang. Kini masa untuk masukkan produk yang korang jual ke dalam kedai. Mudah je. Jangan risau. Ikuti langkah di bawah.

Langkah #1 - Pergi semula ke Seller Centre > Product > Add New Product

Langkah #2 - Masukkan Product Name, pilih kategori produk korang. Dah selesai tekan Next


Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini


Langkah #3 - Basic Information. Tulis kesemua maklumat berkaitan produk korang tersebut. Tanda * adalah ruang yang korang wajib isi.

*Maklumat Disini berbeza mengikut jenis kategori produk. Masukkan sahaja arahan yang diberi. Mudah je

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Product Name : Nama barang korang
Product Description : Huraikan dan terangkan sehabis baik tentang produk korang tu. Masukkan Hashtag(#) supaya produk anda termasuk dalam keyword yang orang cari.
Category : Kategori/Jenis produk korang
Brand : Masukkan nama brand produk korang tersebut. Jika tiada dalam senarai, tekan Click Here To Set You Own untuk masukkan brand korang tersebut.


Langkah #4 - Sales Information. Senaraikan harga dan variasi bagi produk korang tersebut.

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Price : Harga barang
Stock : Bilangan barang yang korang ada
Variation : Jika produk korang itu menawarkan pelbagai variasa seperti warna, bilangan, pakej dan sebagainya. Klik pada variation ini.
Wholesale : Jika korang ada juga menyediakan pembelian secara pukal atau wholesale, korang boleh klik di bahagian ini

Langkah #5 - Disini korang boleh upload gambar produk sehingga 9 gambar di bahagian Media Management

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Langkah #6 - Masukkan butiran tentang saiz, berat dan shipping fee di bahagian Shipping

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Langkah #7 - Dibahagian akhir sekali iaitu bahagian Other. Korang tick sama ada barang atau produk korang itu Pre Order atau tidak. Jika tidak pastikan korang ship dalam masa 2 hari dan pre-order dalam masa 7-30 hari. Juga kene pilih sama ada produk korang tu baru atau used. 

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini


Langkah #8 - Dah selesai semua. Tekan Save and Publish

Selesai!


Korang boleh tengok produk atau barang korang sudah dimasukkan di dalam kedai Shopee sendiri di bahagian Seller Centre > Product > My Product

Jika korang rasa susah untuk dapatkan pelanggan dan mahu tahu lagi pelbagai informasi di Shopee ini, korang boleh dapatkan buku panduan Bisnes Shopee : Bagaimana Menjana 4 Angka Seminggu Berniaga di Shopee



Dalam panduan ini korang boleh dapat pelbagai informasi seperti :

  1. Teknik Promosi semua lebih ramai nampak kedai Shopee anda ni.
  2. 5 tempat yang korang boleh buat dropship
  3. Cari tempat untuk korang boleh dapatkan stock
  4. Kaedah berniaga tanpa menyimpan produk pun
  5. Teknik rahsia dapatkan 1000 followers seminggu. Penting ni tau
  6. Cara selesaikan masalah kalau barang korang pos tak sampai/rosak
  7. Cara bungkus produk korang, borang apa nak print, dan macam-macam lagi. Semua ada dalam ni
  8. Cara pilih gambar yang lebih menarik dan dapat tarik pembeli
  9. Tatacara lebih lengkap untuk jalankan perniagaan di Shopee.
  10. Semua disediakan.

Kelebihan lain daripada pembelian Bisnes Shopee ni :

  1. Korang akan dapat lagi 3 buah ebook bonus iaitu 
    1. Jual Produk Tanpa Pesaing
    2. Cara Promosi Secara Percuma
    3. Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee
  2. Facebook Group Support


shopee

11/Post a Comment/Comments

  1. shopee memang pilihan ramai, dah jadi no.1 dah tahun ni ^_^

    ReplyDelete
  2. dulu dah buat kedai kat shopee tp x laku jual brgnya. terus tutup. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Tuan. Untuk pin wallet tu kenapa susah ya nak masukkan kod tu. Ada cadangan lain x.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya artikel yang baik mengenai Shopee. Tahniah.

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanya kalau shipping mcm mna ya? Kena pilih pos laju semua tu ka?

    ReplyDelete
  7. bos,kenapa tak boleh save ..untuk penghataran J n T x boleh on

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengar shopee ada buat sistem baru sekarang. Kene mohon, seperti yang diberitahu dalam group support bisnes shopee tu.

      Delete
  8. Wahlaupun bermula bisnes kat shopee memang tanpa modal, tapi kalau perlu modal utk invest, boleh cari Pinjaman Wang Berlesen di Malaysia, minta tolongan sini.

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak daftar untuk berniaga di shoppe??

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post