Rasanya hampir semua pengguna internet atau kaki shopping online tahu akan platfom Shopee yang antara terbesar di Malaysia. Ianya telah rasmi bertapak di Malaysia pada 2015 dan sehingga 2017 sahaja dah hampir 14 juta penggunjung yang menggunakan khidmat Shopee ni.
Di Shopee sama ada anda penjual (Seller) atau pembeli (Buyer). Itu sahaja. Jadi disini aku ingin bawa anda jadi sebagai pembeli (Buyer) di Shopee. Perkongsian ini juga mungkin berguna kepada anda sebagai pembeli.
Aku nak kongsikan kepada anda cara melakukan proses refund dan Withdrawal di Shopee. Aku telah berjaya dalam proses refund untuk kali 2 dengan sebab yang berbeza seterusnya membuat pengeluaran terus ke akaun bank.
Anda perlu tahu kenapa anda perlu refund daripada penjual yang anda berurusan sebelum ini. Adakah ada anda melakukan kesilapan atau sebaliknya.
Jika sebelum ini aku telah berjaya dalam proses refund disebabkan 2 sebab iaitu:
- Barang yang dibeli tidak sampai dalam masa yang ditetapkan
- Ingin membuat pembayaran semula (lupa nak guna cashback)
Jadi aku nak kongsikan kepada anda semua, jika berlaku apa-apa seperti barang tak sampai, barang anda sampai berbeza seperti diminta dan sebagainya. Anda boleh untuk refund duit anda daripada penjual.
Sistem Shopee, duit kita akan dilepaskan kepada penjual selepas 3 hari barang kita sampai atau kita boleh lepaskan duit tersebut sendiri kepada penjual.
Jadi disini, keselamatan pembeli agak terjaga sebab itu Shopee sudah menjadi laman e-dagang no 1 di Malaysia berbanding laman-laman e-dagang lain.
Proses ini semua anda boleh lakukan menggunakan aplikasi Shopee sama ada di telefon Android atai iPhone anda sahaja tanpa perlu ke laman web shopee
Cara Refund Dan Withdrawal Di Shopee
Terlebih dahulu jika anda mahu melakukan refund atau return, anda perlulah tekan bahagian Refund/Return di produk yang anda telah berurusan sebelum ini.
Masukkan keterangan sebab kenapa anda mahu refund daripada penjual dan kemudian tekan hantar
Daftar akaun bank anda terlebih dahulu
2. Kemudian pilih account setting
3. Seterusnya anda pilih Bank Accounts / Cards untuk masukkan maklumat bank account anda di sini.
4. Disini anda boleh masukkan maklumat Bank Accounts dan juga Cards. Untuk proses refund dan withdraw anda perlukan bank akaun.
5. Seterusnya anda perlu dapatkan melakukan verfikasi melalui no telefon dan barulah mula daftar akaun bank
6. Terdapat banyak jenis bank yang ditawarkan seperti Maybank, Bank Islam, CIMB dan banyak lagi. Anda boleh pilih
7. Disini juga anda boleh masukkan kad bank anda. Saya menggunakan kad BigPay supaya setiap pembelian anda akan diberi point. Pastinya berbaloi
[Sudah Baca?] APA ITU BIGPAY DAN APA KELEBIHAN YANG ADA PADA BIGPAY?
Daftar E-Wallet Shopee
Kemudian anda perlu daftar pula wallet Shopee dengan masukkan 6 nombor pin yang akan anda gunakan setiap kali menggunakan khidmat e-wallet
1. Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian Me
2. Kemudian pilih Shopee Wallet
3. Disini akan ada jumlah ringgit yang telah berjaya di refund daripada seller Shopee
Selepas anda berjaya daftar barulah boleh mulakan proses refund untuk pindahkan wang ke akaun bank anda.
Proses Refund Shopee Ke Akaun Bank
1. Masuk di wallet Shopee dan pilih Withdrawal
3. Masukkan jumlah pengeluaran yang anda mahu. Pengeluaran minimum adalah RM1 bagi setiap transaksi
4. Dah selesai tekan Confirm
4. Dah selesai tekan Confirm
5. Kemudian anda akan dibawah ke laman confirmation, jika semua sudah betul anda boleh teruskan dengan tekan Confirm
6. Masukkan nombor pin yang anda telah daftar sebelum ini dan tekan confirm7. Selesai. Kemudian akan dipaparkan semua maklumat berkaitan untuk pengetahuan anda sahaja.
Info Berkaitan Refund Shopee dan Withdrawal
1. Anda bebas untuk refund sebanyak mungkin secara percuma tetapi hanya akan diberi pengeluaran atau withdrawal secara percuma untuk 3 kali sahaja setiap minggu. Selepas itu akan dicaj RM0.11 bagi setiap transaksi
2. Jika 3 kali sudah digunakan, setiap Isnin anda akan diberi kembali 3 kali free withdrawal
3. Anda hanya dibenarkan untuk melakukan withdrawal sekali sehari sahaja.
4. Selepas mendapat pelepasan daripada pihak Shopee, proses untuk transaksi ke akaun bank anda mengambil masa 2-5 hari waktu bekerja.
5. Pihak Shopee akan memberi tarikh jangkaan bila duit akan berjaya dipindahkan ke akaun bank anda.
acc shoppe hanya pandai untuk shopping..hahaha xtau yg lain, btw thanls for the info
ReplyDeleteTerima kasih infonya Aiman 😊
ReplyDeleteTq utk info ini aiman...mmg selalu beli kt shoppee
ReplyDeleteShopee tak boleh buat apa sbb da abis guarantee..hmmm sedih..sy da la 1st time guna shopee..bli 2 item dgn seller lain2..1 item je smpai..
ReplyDeleteTuan slalu brpe lama shopee akan ambik masa untuk masukkan duit yang buyer batalkan pembelian?
ReplyDeleteWithdraw tu dr atm atau camne ? Saya x faham. Camne nk masuk dr acc shopee terus ke acc bank kita tanpa perlu withdraw smua ?
ReplyDeleteSaya dah withdraw dari shopee tapi takde maklumkan apa2 pun.
ReplyDeleteAssalamualaikum aiman...kalau kita tak dapat barang..seller tu masukkan x duit kat kita.. sebab ada saya x dapat barang ni
ReplyDeletejangan risau, biasanya shopee akan menyebelahi buyer. cuba convince pihak shopee betul2. nanti seller kene refund juga
DeleteSaya dah 3 mnggu cancel order tpi tak smpai2 refund ,, dah try tngk kt shopeepay tapi still tamde ,, tolong sy 😢
ReplyDeleteSaya rasa ada masalah sistem daripada shopee sendiri. ramai yang pm saya seperti masalah awak. Cuba contact dengan pihak Shopee. Mereka lebih tahu. Jangan risau, shopee lebih utamakan buyer seperti kita.
DeleteAssalamualaikum bolrh saya tahu kalau saller xde response msg kita selepas kita membrli dah 3hari,cek tracking pun belum ada,boleh x kita refund duit kita,tq
ReplyDeletetolong jawab soalan diatas,saya mengalami masalah yang sama,banyak ratus jugak duit yang terlibat..
DeleteKita boleh refund anytime selepas kita buat bayaran selagi dia belum pos barang kita. Lagipun seller ada tempoh sampai bila sampai dia kene pos barang kita. Kalau betul nak refund sangat, contoct chat shopee terus pada bhgn home bawah kanan. Jangan risau shopee menyebelahi buyer.
DeleteSaya tolong jwb, sb sy pernah jadi kes mcm ni.
DeleteKalau buyer ignore msg kita.. Atau buyer lambat pos.. Awak2 boleh ja klik "cancel order" wlwpon Selepas Awak2 dah buat pembayaran . Tetapi tolong jgn klik "withdraw cancellation request"
Itu adalah pemohonan awak untuk batalkan cancel order.. Cancel order hanya boleh klik sekali saja. Perkara ni jd pda sy. Sy terklik withdraw cancellation request . So melangut la sy tunggu due date pos dri seller..
Okey. Bebalik pada lepas awak klik" cancel order"
Lepas tu awak akan dapat notification cancellation request accepted..
Kemudian dapat lagi notification pemohonan awak untuk refund dah di terima.. Duit akan masuk dalam shopee pay dlm Masa 15minit. Jika Awak2 dah ada acc shopee pay.
Shoppe pay awk kena aktif kan dulu. Nt kena selfie dgn ic.. Lepas tu nk pic ic..
Bg yg baru buat shopee pay. Lmbat jugak la proses. Berhari2..
Kalau dh mg ada shopee pay kejap ja duit tu masuk dlm shopeepay.
Tapi bukan masuk dlm acc bank ya.. Nak masukan dalam acc bank, ada step lain pulak.. Kena isi nama bank dan num acc.. Pon ambik masa berhari2 untuk duit masuk dlm bank.
Lepas dh buat semua tu boleh cek kat shopeepay, sama ada duit dh masuk acc atau belum kalau belum, dia akan tulis in progress. Kalau dah masuk. Dia tulis successful
Saya tolong jwb, sb sy pernah jadi kes mcm ni.
DeleteKalau buyer ignore msg kita.. Atau buyer lambat pos.. Awak2 boleh ja klik "cancel order" wlwpon Selepas Awak2 dah buat pembayaran . Tetapi tolong jgn klik "withdraw cancellation request"
Itu adalah pemohonan awak untuk batalkan cancel order.. Cancel order hanya boleh klik sekali saja. Perkara ni jd pda sy. Sy terklik withdraw cancellation request . So melangut la sy tunggu due date pos dri seller..
Okey. Bebalik pada lepas awak klik" cancel order"
Lepas tu awak akan dapat notification cancellation request accepted..
Kemudian dapat lagi notification pemohonan awak untuk refund dah di terima.. Duit akan masuk dalam shopee pay dlm Masa 15minit. Jika Awak2 dah ada acc shopee pay.
Shoppe pay awk kena aktif kan dulu. Nt kena selfie dgn ic.. Lepas tu nk pic ic..
Bg yg baru buat shopee pay. Lmbat jugak la proses. Berhari2..
Kalau dh mg ada shopee pay kejap ja duit tu masuk dlm shopeepay.
Tapi bukan masuk dlm acc bank ya.. Nak masukan dalam acc bank, ada step lain pulak.. Kena isi nama bank dan num acc.. Pon ambik masa berhari2 untuk duit masuk dlm bank.
Lepas dh buat semua tu boleh cek kat shopeepay, sama ada duit dh masuk acc atau belum kalau belum, dia akan tulis in progress. Kalau dah masuk. Dia tulis successful
Salam. Saya dh cancel order sbb nk apply cashback voucher. Tp voucher tu just valid smpai esok. Jd, saya kena tunggu dulu atau blh buat pembelian yg baru trus?
ReplyDeletevoucer ni rasa kalau dah guna sekali, tak valid dah rasanya kalau dan cancel. cuba baca t&c dah rasanya. untuk wang tersebut plak dalam 1-3 hari bila kita minta refund
DeleteLgpun saya risau, jika tunggu, mungkin voucher tu dh x valid nnti. Dan selewatnya, bila blh dpt smula wang?
ReplyDeleteMcm mna ya mau contact or chat customer service shopee?
ReplyDeletekalau guna apps pergi bahagian me>help centre>chat now. terus tanya pada CS shopee start 9-10pm. kalau guna website ianya pada bahagian kanan bawah ada button chat
DeleteAssalamualaikum, saya mengalami masalah pada top up shopeepay yang mana saya telah berjaya membuat pembayaran pada shopeepay & jumlah wang sudah pun ditolak dari akaun bank tetapi failed pada shopeepay untuk bayaran tersebut. Bagaimana cara untuk dapatkan kembali duit saya?
ReplyDeleteuntuk masalah teknikal, better berhubung dengan Shopee terus. Boleh chat mereka dari 9 hingga 5 petang. Mereka akan bantu, jangan risau.
DeleteBagaimana nak hantar semula barang yg kita terima , ada butang khusus tak di akaun shoppe?
ReplyDeleteSecara formal saya tak pasti, saya pernah return tapi secara manual, contact seller dan seller yang tanggung kos. Saya rasa macam ada.
DeleteHai nak tanya sy ada buat pembeliam dekat shoppe tapi I cancel order sbb nk tukar alamat tapi duit xmasuk dlm shopee pay sbb melebihi had .. so I daftar no acc bank tapi still xde dlm senarai .. mcm mana sy nk dpt kan balik duit sy
ReplyDeletesepatutnya dia akan masuk shopee pay. tiada istilah melebihi had. Cuba contact shopee terus. ini sepertinya masalah teknikal.
DeleteAssalamualaikum. Tumpang tanya. Apa perlu saya lakukan.. Selepas saya klik cancel order.. Saya terklik withdraw cancellation request..
ReplyDeleteSy klik cancel order disebabkan seller mengambil masa yg terlalu lama untuk pos barang. Dekat sebulan, tapi masih belum pos..
Kalau dah clik cancel, seller wajib untuk jawab dalam masa tempoh yang diberikan oleh Shopee (dalam 3 hari rasanya). Kalau tak jawab, secara automatik, duit akan refund kepada anda. Jangan risau.
Deletemacam mana nak buat kalau dh cancel order pastu dia x kluar apa2..then bl tekan cancel lg dia kata blh cancel skali je.tapi status x kuar cancel pun..please help me😢😢😢.dh lama sgt brg x sampai2 juga ni
ReplyDeleteini rasanya masalah teknikal. cuba chat shopee terus. mereka akan bantu. jangan risau.
DeleteSalam tuan. Kalau penjual dah pos barang. Tp barang tak sampai2.. tarikh gurante pon dah nak tamat. Boleh ke sy nak refund... ?Sepatotnya barang kne sampai sblom 9/5. Perlu ke saya lanjutkan tarikh gurante?
ReplyDeleteboleh. saya pernah minta refund bila barang tersekat di pos laju dan melebihi tempoh yang ditetapkan dan sampai sudah tak sampai. tapi better talk dengan buyer dulu. Kalau dia taknak tolong, boleh proceed refund. Selagi barang belum sampai, adalah tanggungjawab buyer.
DeleteSaya ada order barang tapi belum sampai sejak 8/5/20 jadi saya refund balik then persoalanya adakah shoppe saya akan automatik refund balik? Sebab barang saya tak sampai² sekarang.
ReplyDeleteSalam tuan aiman..tlong bg pendapat..sy ade beli 3 brang yg berlainan pd 1 seller nie.. Brang yg smpai hanye 2..chat seller mmg x blas..sy hanye nak seller byar balik duit brang yg x sampai..2 brang yg sampai sy nak guna..ape perlu sy buat..
ReplyDeleteSelagi awak tak klik received. Duit tidak akan sampai ke seller. Jadi nasihat saya kalau tak berjaya juga melalui seller. contact terus pihak Shopee. Jangan risau boleh dapat duit tu semula
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanye. Kalau macam saya, saya dh cancel order tapi waktu tu saya tak de shopee pay.. sbb saya igt shopee akan refund balik ke dlm akaun bank.. sbb shopee mintak nombor akaun bank je.. mcm mana ye ? sbb duit banyak tp tak masuk akaun lagii tuu berderau darah saya..
ReplyDeletewasalam. kalau macam tu saya tak pasti. Ada yang bagi tahu boleh masuk terus ke akau bank kalau belum daftar shopeepay. Nasihat saya daftar dulu shopeepay macam biasa semua. dan tunggu 1-3 hari. PKP ni mungkin lambat sikit. Ataupun terus hubungi pihak Shopee. Jangan risau, mereka boleh bantu
Deletehi..sy nak tnya..barang yg saya order hari tu tak sampai2..lepas report sy dah dpt refund..tp selepas beberapa hari barang yg sy order tu sampai..sy tnya seller, dia ckp boleh bayar balik pada dia pakai no acc dia terus...soalan sy betul ke saya perlu bayar semula kpd seller duit yg telah di refund tu? atau macammana ye?
ReplyDeleteBos,klau brg tak smpai² jgak mcm mna ye,sbb seller ada suruh sy reorder brg tp mcm mna ye cra nk reorder brg tu.
ReplyDeleteSalam tuan,nak Tanya ni klu shopee yg cancel barang Kita order tu mcm mana pula?sebab barang yg saya order tu seller tk shipping lg lepas dah 3hari.lepas tu dpt msg shopee cancel order
ReplyDeleteSaya first time cancel oder, klik je ok sbb dia cakap transfer ke acc bank. Dah klik baru fikir tak pernah update bank details dkt shoppe, terus update dan buat juga shoppepay la tu jugak... Huhu. Dekat notification refund is pending... Agak-agak akan ada masalah nak masuk balik duit tak, sbb cancel dulu baru update details bank... Huhuhu...
ReplyDeleteUpdate, 3 hari dah masuk akaun bank.
Deletehai sy nk tanya . sy ad beli brg dkt shopee and brg tu mmg preorder tapi sy mintak seller pos cepat skit and seller pun setuju . tapi dh dkt seminggu brg tu masih lagi tak di pos kan . jadi sy cancel kan order . bila sy cancel kan order, sy dpt notification yg brg tu dh diposkan. dgn tiba tiba nya sdgkan sy dh cancel. bila sy cancel sekali lagi, sy dpt notification yg seller reject sy punya cancel order tu. tapi bila sy chat seller, seller tak reply . boleh sy tahu mcm mn ya kes mcm ni? adakah seller akan refund balik duit sy?
ReplyDeleteSalam Aiman
ReplyDeleteSaya nak tya..td saya ada buat payment untuk pembelian shopee.pastu dlm proses tue tiba2 ada error kata nya.bila saya semak duit dlm akaun dah tolak.bila saya semak item barang kata nya telah dibatalkan oleh sistem shopee sbb saya xbuat bayaran on time.mcm mana saya nak dapatkan semula duit saya
Sy pun kena macamni, macam mana nak refund balik? 1st time kena mmg amount tak bnyk tp kalau refund boleh beli brg lain juga huhu.
Deletekalau seller yg cancel kn order kite, blh ke nk dptkn voucher balik?
ReplyDeletecamne pula klo nk dapatkan duit cash sbb saya bayar melalui seven-E
ReplyDeletepastikan masuk dalam shopeepay. aktifkan dulu. nanti dah masuk dalam shopeepay. boleh transfer ke akaun bank dan boleh keluarkan cash
DeleteSalam.. Tlg jwb ye..Saye nak tanye,, knape sy transfer duit ke akaun bank, dia tulis sedang dijalankan,, adakah sama sedang dijalankan dengan dalam proses
ReplyDeleteSalam aiman....baru sebentar td akak beli food cat xtau pasal apa dia mcm hang....so stay la sekejap sekali dia kuar 504 comment apabenda ntah akak tekan leave lah rupanya x unpaid lagi tp cek acc maybank dh tolal rm94 ....tp kat shoppee unpaid ...tu macamana ye nak buat ?selalu guna elok je mlm ni pulak buat hal aduhh
ReplyDeletecuba biar dulu, mungkin akan di refund semula ke akaun bank. Jika tidak terus lapor pada Shopee. Screenshot jumlah yang ditolak di bank dan status unpaid. Tunjuk pada shopee, insya allah mereka boleh tolong.
Deletekalau barang smpai tapi barang tu ada kerosakan. and seller pulak suruh return semula and ikut process return. boleh ke kalau tknak return sbb susah la nk kena g pos semula etc, pos laju pon jauh padahal ni salah seller. boleh ke nk tekan refund je tanpa return smula brg??
ReplyDeleteSamala..masalah sy..dh return satu shja mmg asal nk returm 2 tp anak nk jgk 1 papan rehal tu bwla perbaiki sdiri apa..lpas tu seller tu pertikai..return xckup papan rehal..sy dh ckp byr utk 1 papan rehal.je.sudah..kalau.shoopee byr sy.utk 2 rehal sklipun sy akn byr pda dia blik.scara prsonal..dia stuju.ckp ok.tp pertikaian dia tu dia xtekan.batal lg😅..jdi kes blum.selesai..katanya..xtaula nk dpt ke x? Kita xkisah seller nk hntr brg gnti.pun boleh ja..hrap nk cpat selesai ja
Deletenk tnya mcm mne kalau brg blum sampai tapi dh tertekan brg diterima mcm mne ek😔ðŸ˜
ReplyDeletecuba chat dulu dengan seller. slow talk baik2. kalau tak dapat chat dengan shopee pula. Kalau betul tak sampai, kita boleh dapat semua refund. tapi kena ada bukti semua la
Deletemaaf nak tanya tentang tokenization shoppe..macamna saya nk refund duit saya yg dh terasuk ke situ..
ReplyDeleteAssalammualaikum nak tanya macam mana kalau barang seller dah pos tapi time courier nak hantar saya tak jawab panggilan dia, dan skg barang tu dah return semula... Kalau saya tekan refund seller akan refund balek tak duit tu?
ReplyDeletekalau betul barang tu dah return dan sampai pada seller semula. encik boleh refund. kalau tiada masalah, shopee akan pulang balik duit. sebab en tak terima barang pun. boleh je tekan refund dan bagi tahu sebab apa.
DeleteMcm mn nak buat refund semulanduit utk barang yg dah klik terimaan dlm sistem shoppee.sbbnye brgnye dah dipulgkan semula.
ReplyDeleteKalau dah klik order recieved, cik tak boleh guna sistem shopee dah. kena slow talk dengan seller elok2. minta seller refund secara manual
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteNak tanya..macam mana nak buat kalau seller dh pos barang tapi xsmpai2 lg..mntk refund sller xnk refund sbb brg dh pos..ade solution?
ReplyDeleteKalau barang dah pos, memang tak boleh refund.
DeleteMcm mne nk batal kn pengeluaran duit dary shopeepay kew bank yek . Sye silap buat
ReplyDeletesaya ada masalah dgn shopee pay ic sy tak boleh nak disahkan sebab sy dah pakai ic tu, nak sah indetiti tak boleh sy ada call shopee dia sruh sy buat msuk dkat tetapan akaun msuk dkat akaun bank msuk smua maklumat bank dia ckp duit akan transfer ke akaun bank tapi duit msuk dkat akaun shopee pay tak msuk dkat akaun bank dah call bnyak kali tapi dia ckp bagi masa dua tiga hari dia akan buat semakan ada cara lain tak nak transfer ke akaun bank😔
ReplyDeletePost a Comment