Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Sebelum tu nak bagi tahu, ini adalah pengalaman sendiri dan cara ini aku buat untuk aku tingkatkan earning adsense dengan platform mobile di blog aku ni. Jika korang seorang blogger pemula, mungkin ini antara tips yang korang boleh pakai untuk lebih berjaya dalam dunia blog ini dan juga menjana pendapatan daripada pengiklanan Google Adsense.

Tips ini sebenarnya dah ramai blogger cadangkan dan kali ini aku betul-betul terkesan dan aku boleh katakan tips ini sangat baik. Ya, korang boleh peroleh earning atau pendapatan lebih baik jika blog korang itu mobile-friendly. Erti kata lain, kalau orang buka blog korang di smartphone, tatapannya sesuai dengan phone milik mereka dan bukannya sama seperti apa yang kita lihat jika buka blog korang itu di desktop atau komputer.


Sebagai contoh jika korang lihat blog aku aimanabdullah.com ini dalam 2 platform yang berbeza iaitu versi desktop dan versi mobile-smartphone. Takkan kita nak paparkan paparan penuh di versi desktop ke dalam skrin yang lebih kecil seperti di smartphone atau tablet kan. Jadi blog kita kene jadi mobile-friendly.

Baca Juga : Akhirnya! Akaun Adsense Sudah Verified

Aku sebagai pembaca blog juga tak suka kalau aku scroll blog di smartphone tapi content blognya bersaiz kecil kerana tiada versi mobile yang disediakan. Nak tengok, kene zoom, jenuh weh! Terus aku keluar dan cari blog lain. Kan korang dah rugi visitor disitu.
Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Aktifkan Versi Mobile Di Blog Anda


Cara seperti aktifkan versi mobile ini bukan sahaja meninggikan earning Adsense tetapi ianya juga salah satu keperluan SEO (Search Engine Optimization) dengan erti kata pendeknya, Google suka akan blog korang tersebut. Bila Google suka blog tersebut, ramailah orang ramai cari. Itu yang penting. Banyaklah pengunjung yang datang dan baca di blog korang nanti.

Berbalik kepada earning Google Adsense ini semula, korang boleh lihat data yang adsense yang aku kongsi sendiri bagi bulan Disember 2019 dan juga data sepanjang Google Adsense di hidupkan di blog ini.

Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Tengok di bahagian piechart lebih mudah, bulan Disember 2019 sahaja, earning Adsense yang aku peroleh setakat ini lebih 90% datangnya dariapda High-end mobile device atau versi mobile dan 9% je yang aku dapat menerusi iklan di Desktop. Kalau tengok sepanjang masa tu pun, 80% datang daripada versi mobile dan 17% je dalam versi Desktop. Perbezaan yang ketara kan!


Dari data yang diambil daripada Dashboard Google Adsense banyak kesimpulan boleh buat antaranya :
  1. Earning Adsense majoriti datang daripada pengguna smartphone (Terima kasih!)
  2. Ramainya pengguna smartphone daripada desktop yang singgah di blog aku
  3. Pengguna suka scroll blog aku di smartphone kerana versi mobile tersedia

Jadi versi desktop pastinya kita sudah sediakan untuk pengguna desktop, untuk pengguna smartphone pula, dah sediakan belum? Mudah amat caranya

Blog Versi Mobile


Ada 2 cara yang aku tahu caranya kalau korang nak aktifkan versi mobile di blog. Keutamaan ini diberikan kepada pengguna blogger/blogspot sahaja. 

Cara Pertama

Setiap blog mesti disediakan template supaya aturan blog nampak lebih menarik dan disukai ramai pengunjung. Jika korang dapatkan template third-party daripada pengeluar di mana-mana website, perkara kalau nak dapatkan versi mobile ini adalah korang perlu tengok 2 perkara apa yang disediakan oleh pengeluar tersebut iaitu Responsive dan Mobile Friendly

Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Sebagai contoh pada blog aku ni, aku gunakan template Asal SEO daripada IDNTheme. Disini disertakan tempate ini adalah Responsive dan juga Mobile Friendly. Jadi tak perlu risau dengan versi mobile yang aku bagi tahu sebelum ini. Ianya disediakan. Selamat! Boleh pakai


Cara Kedua

Untuk cara kedua pula, jika sudah dapatkan template, hidupkan atau aktifkan versi blog di Dashboard Blogger korang, iaitu dengan cara
  1. Pergi dashboard Blogger
  2. Pilih Theme
  3. Pergi bahagian mobile dan tekan butang 'gear'
  4. Tick Yes. Show mobile theme on mobile devices
  5. Klik Save Selesai! Versi mobile sudah dihidupkan. Korang boleh cek di smartphone sekarang
Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Jadi, harap dengan perkongsian pengalaman dan tips yang tidak seberapa ini, dapat membantu korang untuk dapatkan lebih earning Adsense dan pastinya dapatkn menambahkan pendapatan sampingan dengan menggunakan blog. Harap tips tingkatkan earning adsense dengan platform mobile di blog ini serba sedikit memberi menfaat untuk semua. 

8/Post a Comment/Comments

  1. Terima kasih Aiman. Tips yang berguna untuk mereka yang nak cuba apply adsense nanti dan bagi mereka yang masih belum ke mobile friendly

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk tips ni Aiman.

    ReplyDelete
  3. Betul majoriti skrg ramai guna mobile view je.

    ReplyDelete
  4. sangat menarik tips ini. nak cuba la nanti..

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kalau tgok statistik lebih ramai guna smartphone dr desktop.. nice sharing..

    ReplyDelete
  6. betul tu, sekarang lagi ramai orang view pakai phone daripada guna desktop. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  7. Dah buat sekarang nak naik kan pv pulak mencabar betul

    ReplyDelete
  8. terima kasih. tips ni sangat bermanfaat untuk kak ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Recommended