5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

Malaysia kaya dengan makanan tak kira la berada di negeri atau daerah mana pun. Temerloh pun apa kurangnya. Macam biasalah, kenal Temerloh, tahu akan ikan patin. Tapi nak tahu korang boleh baca sini tempat best untuk makan ikan patin di Temerloh. Tolak itu, kita cari Cendol pula sekitar Temerloh yang boleh korang cuba.

Baca Juga : Datang Temerloh Nak Bercuti Dimana? Ikuti Senarai Tempat Menarik Di Temerloh

Cendol ini antara makan istimewa yang hanya ada di Malaysia. Negeri lain mana anda, kalau ada pun tak semenarik di Malaysia kan. Di Temerloh juga terdapat banyak kedai dan premis perniagaan yang menyediakan menu cendol. Jadi dalam banyak-banyak yang ada, aku pilih 5 cendol terbaik sekitar temerloh yang korang boleh cuba bila datang Temerloh.

Macam biasa, demi menyahut seruan Kerajaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2020, datang la ke Temerloh. Ini bukan sponser tau. Tapi kalau dapat sponser lepas ni pun, syukur Alhamdulillah!


5 Tempat Makan Cendol Sekitar Temerloh


Pilihan ini mungkin berbeza bagi setiap penduduk di Malaysia. Jadi ini mengikut citarasa aku la sebab ni blog aku. haha Tapi apa-apapun kalau korang datang Temerloh, boleh cuba antara 5 tempat makan cendol yang disenaraikan di bawah. (Susunan tidak mengikut tahap sedap sesebuah cendol)

#1 - Talib Cendol


Cendol ini milik india muslim yang sudah menapak di Temerloh agak lama. Kalau tak silap, pada awalnya Talib Cendol ini hanya beroperasi dengan menggunakan kereta sorong di tepi-tepi jalan. Kini mereka sudah mempunyai 2 premis utama iaitu di bandar Mentakab dan bandar Temerloh. Jangan risau rasanya sama sahaja. Talib Cendol antara cendol yang diminati oleh penduduk Temerloh. Cendolnya yang lembut dan santannya juga cukup dan sedap.

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

Dengan harga RM2, korang boleh dapatkan cendol biasa bersama campuran jelly merah. Juga terdapat menu lain seperti ABC, cendol aiskrim, cendol jagung dan banyak lagi. Jadi korang boleh datang ke Talib Cendol di Mentakab dan bandar Temerloh. 

#2 - Cendol@Rojak Abdul


Antara tempat yang paling santai di antara 5 tersenarai ini. Lokasinya adalah di bawah sebuah pokok besar di bandar Temerloh berdekatan dengan Plaza Temerloh. Disitulah terletakkan Cendol@Rojak Abdul. Aku rasa, Cendol Abdul ini antara yang paling sedap antara 5 ni. Walaupun menunya simple sahaja, iaitu kacang dan cendol tetapi rasanya cukup sedap, tidak terlalu manis tidak terlalu tawar. Just perfect!

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

Juga dengan harga RM2, korang boleh dapatkan cendol biasa disini. Terdapat juga menu lain dan kebiasaanya orang akan tambah dan makan rojak disini. Kene cuba juga rojak dan cendol Abdul di sini.

Baca Juga : Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

#3 - Cendol Tok Gajah @ Go'Bang Maju


Antara cendol yang banyak inti tambahan adalah Cendol Tok Gajah iaitu di Go'Bang Maju. Jadi kalau korang datang sini, korang boleh makan patin gulai tempoyak dan juga cendol tok gajah. Sebenarnya antara cendol hot-sale adalah cendol buah durian. Aku pernah rasa, serius sedap. Tapi harga keras sikit lah iaitu RM15.

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

Harga cendol biasa adalah RM5 dan anda boleh dapat campuran cendol, cincau, aiskrim, kacang merah dan jagung. Berbaloi rasanya dengan RM5 tu. Rasanya juga sedap dan puaslah bila nak makan. Datang Go'Bang Maju makan patin, makan cendol juga.


#4 - Cendol Sheikh


Cendol Sheikh juga apa kurangnya. Jika sebelum ini mereka beroperasi berdekat dengan masjid Abu Bakar Temerloh, kini mereka berpindah ke tepi sungai Pahang iaitu di kedai esplanade Temerloh. Sambil nikmati cendol, boleh tengok sungai Pahang. Rasanya juga sedap dan manis. Cukup santannya.

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

Dengan harga RM2, juga anda boleh dapatkan cendol biasa campuran jelly merah. Sama seperti kedai lain, terdapat juga menu-menu lain yang korang boleh cuba. Boleh cuba cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang dan sebagainya. Pisang goreng pun ada tau.

#5 - Ustaz Cendoi


Lokasinya adalah betul-betul seberang jalan menghadap PPD Temerloh. Kedainya pula ditepi jalan. Mudah kalau korang nak cari kedai Ustaz Cendoi ni. Ustaz Cendoi ini mereka lebih fokus kepada cendol tambah buah-buahan. Sedap juga rupanya. Cendol dan santannya juga best.

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

Dengan harga RM3.50 korang boleh dapatkan cendol biasa. Tapi aku cuba cendol aneka buah dengan harga RM4.50. Ada buah naga, tembikai susu, pelam dan betik. Sedapnya. Nak merasa cendol dengan buah-buahan boleh datang Ustaz Cendoi disini.

5/Post a Comment/Comments

  1. yang last tu nampak menarik haha :p

    ReplyDelete
  2. sedapnya cendolllll... terliuq tengok.. nak pi temerloh jauh jugaklahhh haha

    ReplyDelete
  3. Adoiii meleleh ayaq liur malam2 ni tengok cendol. Haha

    ReplyDelete
  4. kat temerloh memang style cendol ada tambah agar-agar merah yek...
    kalau akak, akak suka cuba cendok biasa je dulu... kalau yg biasa sedap baru nk try yg ada perisa tambahan...

    ReplyDelete
  5. Tengok Gambar dah nampak sedap, kalau dah depan mata mesti bertambah sedap ni..

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended