Tahniah PUTEH Memenangi Maharaja Lawak Mega 2019


Akhirnya dengan percaturan terbaru membawa Man masuk ke kumpulan PUTEH telah membawa hasil dimana kumpulan mereka, PUTEH telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2019 selepas beraksi selama 11 minggu.

Setelah bebeberapa siri Maharaja Lawak Mega sebelum ini dimenangi oleh peserta yang sama, kini kita mempunyai juara yang berlainan iaitu kumpulan PUTEH. Kumpulan pada asalnya hanya disertai oleh 2 ahli iaitu Ali dan Mamak, tetapi untuk tahun 2019, mereka membuat percaturan berbeza membawa ahli baru iaitu Man Rajaklawak dan ianya membuahkan hasil.

Baca Juga : Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Dengan kemenangan ini, PUTEH telah membawa hadiah kemenangan RM500,000 beserta trofi. Pelbagai rintangan yang dilalui oleh mereka sehingga dinobatkan sebagai juara dan antaranya adalah dimana Ali telah kehilangan anakanda tercintanya, Ainul Mardiah ketika pertandingan ini masih lagi berlangsung. Mungkin ini juga rezeki untuk Ali dan kumpulan PUTEH


Apa-apapun tahniah kepada kesemua 14 peserta Maharaja Lawak Mega 2019 yang telah mewarnai malam jumaat dengan lawak anda. Antara peserta yang terlibat adalah BOCEY, ZERO, RARE, PUTEH, STONE, JAMBUS, J-BORN, ROJAK, CALI, ONXON, SMART, HALUS, POPON, RAHMET

Senarai Penuh Pemenang Maharaja Lawak Emga 2019



Kini telah terjawab siapakan yang menjuarai Mahara Lawak Mega 2019 sehingga ke minggu ke 11. Terima kasih untuk lawak jenaka yang anda sampaikan

Juara
PUTEH

Naib Juara
ZERO

Tempat Ketiga
BOCEY

Tempat Keempat
JBORN

Tempat Kelima
Rare


1/Post a Comment/Comments

  1. tahniah puteh. japgi lunch hour nak layan jap final ni. tak sempat tengok sampai habis. anak nak tidoq, sekali dengan kak tertidoq. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post