Kini Bukan Penerima BSH juga layak Memohon mySalam
Pastinya perkhabaran ini baik bagi golongan ini, dimana bukan penerima BSH juga layak untuk memohon mySalam. Jika sebelum ini Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam hanya ditawarkan kepada golongan penerima BSH atau B40, kini ianya dibuka kepada golongan M40 atau bukan penerima BSH yang pastinya memberikan manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020. Inilah mySalam Takaful.
Skim mySalam ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada awal tahun 2019 dimana inya bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada rakyat. Jadi jika korang mengalami komplikasi berkaitan kesihatan dan dimasukkan ke hospital, mySalam Takaful ini sedikit sebanyak akan membantu anda dari segi bebanan kos bil hospital.
Jadi jika korang penerima BSH tetapi belum memohon, sila berbuat demikian. Kepada golongan bukan penerima BSH pula, kini korang dah boleh mula memohon. Mohon sahaja, tiada bayaran dikenakan sebaliknya korang akan dibayar sekirannya sakit dan dimasukkan ke hospital. Ianya percuma.
Yang terbaru, bagi kes COVID-19, Kerajaan umumkan dimana mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus ini boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun. Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan dibawah manfaat Penyakit Kritikal
Syarat Penerima Skim mySalam
Skim mySalam juga mengenakan syarat permohonan, tetapi tidak terlalu rigid. Antara syarat yang disenaraikan adalah seperti berikut:
Golongan Penerima BSH
- Berumur antara 18 - 65 tahun
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Golongan Bukan Penerima BSH
- Berumur antara 18 - 65 tahun
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun
Cara Memohon Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam
Untuk memohon anda perlu pergi ke pautan mySalam yang disediakan dibawah, kemudian masukkan butiran yang diperlukan
Pastikan butiran yang dimasukkan adalah benar seperti nama di dalam kad pengenalan, no kad pengenalan, no telefon, emel, alamat, jantina dan status perkahwinan. Jangan lupa untuk lampirkan sekali salinan kad pengenalan.
Apa Bentuk Bantuan Yang Diberi Melalui Skim mySalam
Bentuk bantuan dan manfaa yang bakal diterima oleh pemegang skim mySalam adalah seperti berikut
#Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
#Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
45 Jenis Penyakit Kritikal Yang Disenaraikan
45 jenis Penyakit Kritikal ini melayakkan anda menerima bantuan melalui Skim mySalam Takaful ini. Jika anda dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit-penyakit ini, anda secara automatik layak menerima bantuan. Antara penyakitnya adalah :
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
- Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam
Jadi kepada penerima BSH dan juga bukan penerima BSH, anda sudah boleh buat permohonan mySalam. Pastinya ia memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah dan juga tiada skim takaful sendiri bagi meringankan kos bil hospital jika kita mengalami masalah kesihatan.
1 comment for "Kini Bukan Penerima BSH juga layak Memohon mySalam"