Permohonan UPUOnline Dibuka Bermula Isnin, 24 Februari 2020
Perhatian kepada lepasan SPM dan STPM khususnya dimana permohonan UPUOnline akan dibuka bermula isnin, 24 Februari 2020. Jadi kepada semua pelajar, korang sudah boleh mula membuat permohonan bagi peringkat awal terlebih dahulu.
Baca Juga : Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020
Peringkat awal ini bermaksud, penuhkan maklumat diri selain daripada keputusan SPM terlebih dahulu. Ini kerana, keputusan SPM masih lagi tidak diumumkan manakala keputusan STPM pula hanya diumumkan pada 25 Februari 2020 ini.
Permohonan UPUOnline 2020
Permohonan UPUOnline kali ini adalah bagi kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam bagi sesi akademik 2020/2021.
Permohonan UPUOnline akan dibuka bermula 24 Februari (Isnin) hingga 31 Mac 2020 (Selasa) bagi lepasan SPM dan 7 April 2020 (Selasa) bagi lepasan STPM/Setaraf. Jadi simpan tarikh ini baik-baik, takut ada yang terlupa nanti.
Permohonan kali ini kalu centrelized dimana kesemua permohonan hanya melalui pautan UPUOnline sahaja. Korang nak masuk IPTA ke Matrikulasi ke Maktab Perguruan Ke kene mohon melalui UPUOnline. Untuk memohon anda klik pautan dibawah ini
Permohonan kali ini kalu centrelized dimana kesemua permohonan hanya melalui pautan UPUOnline sahaja. Korang nak masuk IPTA ke Matrikulasi ke Maktab Perguruan Ke kene mohon melalui UPUOnline. Untuk memohon anda klik pautan dibawah ini
Seperti yang diberitahu pada awal tadi, pemohon lepasan SPM/STPM/Setaraf boleh membuat pemilihan program pengajian selepas 5 hari keputusan SPM/STPM diumumkan kelak. Jadi sekarang korang hanya perlu masukkan butiran peribadi yang diperlukan sahaja. Tetapi untuk berbuat demikian, korang perlu dapatkan Nombor Unik ID terlebih dahulu
Dapatkan No Unik ID Di BSN
Sebelum daftar dan Log In, korang wajib dapatkan Nombor Unik ID terlebih dahulu. Korang boleh beli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 24 Februari 2020 dan akan ditutup juala pada 30 Mac 2020 bagi lepasan SPM dan 6 April 2020 bagi lepasan STPM/Setaraf.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya
No Tel : 03-8870 8200
Email : upu@moe.gov.my
Facebook : Kemasukan BKPK JPT
Twitter : @twt_upu
Instagram : @kemasukanbpkp
2 comments for "Permohonan UPUOnline Dibuka Bermula Isnin, 24 Februari 2020"