Cara Daftar Dan Panduan Lengkap Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Di Lazada sebenarya terdapat cara lain untuk buat duit sampingan selain daripada jual barang iaitu melalui program Affiliate Lazada.

Ya kita sedia maklum, program affiliate ini anda memperoleh pendapatan melalui komisyen yang diperoleh melalui pautan atau link yang anda kongsikan.

Jadi program ini tersedia di Lazada. Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara hatta di Malaysia ini antaranya adalah Lazada. Tidak boleh tidak, setiap hari pasti akan ada jual beli berlaku di dalam sistem Lazada.

Baca Juga : Earphone Wireless Alternatif Kepada 'Airpods' Yang Menggunakan Jenis In-Ear

Jika anda tidak berpeluang untuk sambut cabaran dalam menjual di Lazada, apa kata anda sambut pula cabaran melalui program Affiliate ini. Alhamdulillah, setakat beberapa minggu aku sertai ini, sudah ada order yang dibuat melalui link yang aku kongsikan. Tetapi masih sikit.

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Jadi apa salahnya, aku kongsikan sedikit ilmu yang aku ada kepada semua yang berminat untuk sertai program Affiliate Lazada ini.

Lazada Affiliate Program 2022

Setiap pembelian yang dilakukan melalui link yang anda kongsikan, anda akan memperoleh komisyen tanpa mengubah apa-apa harga pada barang tersebut.

Jadi berapa komisyen daripada Lazada?

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Komisyen yang dibayar berbeza mengikut kategori seperti yang ditunjukkan di atas. Ternyata fashion antara kadar komisyen yang paling tinggi.

Sebagai contoh, kalau ada pembelian dalam kategori fashion berharga RM100, anda akan memperoleh 14% iaitu RM14 untuk 1 order dan juga sama seperti kadar komisyen yang lain. 

Anda tidak punyai barang tersebut, tetapi ada yang beli barang melalui link affiliate anda, boleh dapat komisyen.

Itulah cara bagaimana Lazada Affiliate Program ini berfungsi. Kalau berminat untuk sertai. Teruskan pembacaan di bawah.

Cara Daftar Program Affiliate Lazada

Berita baik, pendaftaran program ini adalah PERCUMA. Yang penting kene daftar sahaja.

Ikuti tatara pendaftaran progam affiliate lazada dibawah

 Langkah 1  : Untuk permulaan anda perlu daftar akaun Lazada di pautan ini lazada.com.my

Iaitu akaun peribadi jika anda ingin membeli atau menjual di Lazada

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

 Langkah 2  : Anda perlu daftar di pautan www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program

Klik butang SIGN UP

#1)  Kemudian masukkan email yang anda daftar pada awalnya dan tekan Send verification code

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Anda akan menerima emel yang perlu anda tekan bagi tujuan verifikasi. Pastikan emel itu aktif dan boleh diakses.

Dapatkan verification code dan masukkan di pautan tadi dan tekan submit

#2) Pada bahagian kedua iaitu Sign-up Form

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Pada bahagian ini, anda perlu masukkan butiran peribadi seperti nama, tarikh hari jadi, negara, alamat tempat tinggal dan sebagainya. 

Tanda * merupakan butiran yang wajib anda penuhkan termasuk verification documents.

Pada bahagian ini anda perlu upload gambar IC (depan/belakang) bagi tujuan verifikasi.

Sudah selesai, tekan Next

#3) Bahagian seterusnya adalah berkaitan Bank Info anda 

Disini anda perlu penuhkan butiran bank anda yang aktif bagi tujuan pemindahan komisyen yang diterima nanti.

Segala pembayaran akan melalui bank ini sahaja

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Untuk Swift Number, anda boleh semak disini mengikut bank yang anda daftarkan

Masukkan juga Verification Documents berkaitan bank anda yang ada menunjukkan no akaun bank yang anda daftarkan.

Sudah selesai tekan Next

#4)  Akhir sekali adalah dibahagian More Info 

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Akhir sekali adalah bahagian tambahan. Disini anda perlu perlu jawab beberapa persoalan. Penuh ruangan yang disediakan.

Pada bahagian “From whom or where did you hear about us?”, anda boleh letak aimanabdullah.com jika tidak keberatan. Saya ucapkan terima kasih.

Jika sudah selesai, akhinya tick pada bahagian Terms And Conditions dan klik Submit.

 Langkah 3  : Jika sudah selesai, anda akan menerima emel yang menunjukkan permohonan anda telah diterima dan anda perlu tunggu maksima 5 hari bekerja untuk di approve oleh pihak Lazada.

Mengikut pengalaman, memang 5 hari waktu bekerja akhirnya permohonan berjaya.

Log In Panel Affiliate Lazada Program

Jika anda sudah diterima oleh pihak Lazada, anda sudah boleh log in di adsense.lazada.com.my

Masukkan emel dan password yang telah didaftarkan sebelum ini

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Beginilah rupa panel yang anda dapat lihat selepas selesai mendaftar

Pada bahagian ini terkandung beberapa tab navigation seperti Offer, Products Linking, Report, Payment, Account, Commission Rate dan Integration.

Bahagian utama bagi membuat link affiliate adalah pada Offer dan Products Linking

Post kali ini lebih fokuskan kepada cara membuat link affiliate anda sendiri, jadi tab navigation yang lain, anda boleh terokai sendiri.

Cara Buat Link Affiliate Lazada Sendiri

Jika sudah selesai pendaftaran dan mengenali secara ringkas berkaitan panel Lazada Affiliate Program yang terbaru. Barulah kita boleh mula untuk buat link affiliate dan kongsikan di tempat yang sesuai.

Anda hanya fokus kepada Offer dan Products Linking

Offer - Pada bahagian ini terkandung Bonus Offer dan Generic Offer. Dimana disinilah kita boleh buat link affiliate kita sendiri mengikut barangan yang kita mahu

Products Linking - Pada bahagian ini terkandung 3 list dan kesemuanya adalah link affiliate yang sudah didaftarkan secara automatik. Anda hanya perlu search dan generate link sahaja.

a)  Bahagian Offer

Pada bahagian ini mengandung 2 pilihan iaitu ::

  • Bonus Offer
  • Generic Offer
Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Sebagai contoh di bahagian Bonus Offer, akan terkandung banyak offer yang sedang berjalan di pautan Lazada sendiri.

Sebagai contoh adalah promosi Maybelline Malaysia

Untuk dapatkan link affiliate, anda tekan Get Link kemudian anda klik Copy

Kemudian anda bebas untuk sebarkan link tersebut supaya orang ramai klik dan membeli barangan tersebut melalui link affiliate anda tersebut.

Barulah dapat komisyen

b)  Bahagian Products Linking

Bahagian ini terkandung 3 bahagian iaitu :

  • Bonus Product Link
  • Products Link
  • Products Promo Link

Pada bahagian Bonus Product Link dan Products Link adalah tempat dimana anda boleh cipta link affiliate anda sendiri berdasarkan barangan yang anda pilih.

Manakala bahagian Products Promo Link adalah tempat menunjukkan kesemua items yang pernah anda dapatkan link affiliates sebelum-sebelum ini

Anda boleh cari terlebih dahulu barangan yang anda ingin kongsikan.

Pergi ke bahagian keyword dan masukkan barangan tersebut dan juga ciri-ciri lain seperti Brand, Store, Kategori dan price range dan tekan Search

Jika sudah jumpa, klik item tersebut dan tekan Get Link

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Kemudian pautan dibawah akan keluar, abaikan dan klik Submit

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Akhirnya akan dikeluarkan item link affiliate. Anda hanya perlu tekan copy sahaja

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Secara amnya, Bonus Product Link dan Products Link adalah perkara sama. Anda dapatkan link daripada items sedia ada di panel affiliate lazada tersebut.

c)  Cara Guna Generic Offer

Pada bahagian Offer ada 1 lagi pilihan iaitu Generic Offer yang belum diterangkan fungsinya.

Disinilah terdapat ciri yang penting untuk anda generate link melalui item yang ada di platform Lazada tanpa menggunakan item sedia ada seperti pada bahagian Bonus Product Link dan Products Link

Untuk lebih faham, anda cari mana-mana items di lazada.com.my dan generate link affiliate

Caranya : Pergi bahagian Generic Offer kemudian dalam kotak Keyword tekan Deeplink

Kemudian tekan Get Link

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Bahagian ini akan diberikan deeplink affiliate anda iaitu https://c.lazada.com.my/XXX

Ianya unik dan berbeza bagi setiap mereka yang menerima deeplink affiliate ini. Sila simpan

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Kemudian pada link tersebut tambah ?url= pada belakang seperti contoh

https://c.lazada.com.my/XXX?url=

Sila simpan link ini kerana anda akan menggunakannya berulang kali selepas ini.

d)  Dapatkan link item affiliate menggunakan deeplink

Sudah dapat link diatas, kini anda perlu dapatkan link barangan yang anda rasa anda nak kongsikan melalui platform lazada.com.my

Pergi ke lazada.com.my dan search item yang anda mahu contoh Samsung Galaxy S20

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Copy kesemua URL tersebut

'https://www.lazada.com.my/products/samsung-galaxy-s20-8gb-128gb-i832752774-s1981330905.html?spm=a2o4k.searchlist.list.17.21a9850aEfHg3Y&search=1'

Kemudian, lakukan ‘url encoding‘ melalui pautan meyerweb.com

Paste URL tersebut dan tekan Encode

URL tersebut akan bertukar seperti dibawah

'https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fsamsung-galaxy-s20-8gb-128gb-i832752774-s1981330905.html%3Fspm%3Da2o4k.searchlist.list.17.21a9850aEfHg3Y%26search%3D1'

Kini anda boleh gabung URL ini dengan deeplink yang awal dan menjadi seperti ini

'https://c.lazada.com.my/XXX?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fsamsung-galaxy-s20-8gb-128gb-i832752774-s1981330905.html%3Fspm%3Da2o4k.searchlist.list.17.21a9850aEfHg3Y%26search%3D1'

Kini deeplink anda telah sempurna dan boleh digunakan

Tips : Anda boleh cuba klik link anda sendiri, tengok ianya berfungsi ataupun tidak

Cara Guna Deeplink

Anda boleh sahaja paste link tersebut dimana-mana media sosial supaya orang ramai klik, tetapi anda boleh pendekkan link tersebut di bitly supaya link tersebut menjadi pendek.

Ataupun jika anda mempunyai blog, anda boleh kongsikan link tersebut sebagai link URL seperti yang dibuat di blog ini.

Buat Duit Melalui Affiliate Lazada Malaysia 2022

Dalam pautan tersebut, saya senaraikan earphone TWS yang boleh dibeli dan disediakan link pembelian melalui Lazada. Saya tak paksa pembaca untuk membeli melalui pautan tersebut tetapi sebagai alternatif sahaja

Jadi disitulah saya letakkan deeplink yang saya telah buat seperti tatacara yang diajar seperti diatas.

Program Affiliate Lazada 2022

Jadi begitulah cara untuk dapatkan pendapatan sampingan dan buat duit melalui affiliate Lazada. Ianya hanya perlukan usaha dan kerajinan sahaja.

Anda bagi informasi, anda selitkan deeplink affiliate anda. Pembelian mereka tidak terjejas, dan dengan setiap pembelian ada komisyen untuk anda.

Harap perkongsian ini bermanfaat dan mudah difahami.

Jangan lupa kongsikan panduan lengkap buat duit melalui affiliate lazada Malaysia 2022 ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post