Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Perdana Menteri mengumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, PRIHATIN di mana ada beberapa golongan yang akan jadi penerima bantuan one-off daripadanya.

Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Pakej Rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat. Katanya lagi, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind. Ini kerana pasti banyak golongan yang terasa akan krisis COVID-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Daripada jumlah RM250 bilion tersebut, hampir Rm128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.


Antara bentuk bantuan adalah bantuan one-off kepada beberapa golongan yang layak. Bantuan ini dari segi wang tunai yang akan diberi sama ada sekali gus atau secara beransur mengikut bulan. Jadi ikuti golongan penerima bantuan one-off bagi pakej ransangan PRIHATIN.

Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Terdapat beberpa penerima yang akan menerima bantuan one-off kali ini. Suntikan kali ini diberi daripada golongan M40 dan kebawah iaitu B40 juga. Antara penerima adalah seperti dibawah :

Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

#1. RM1600 bagi isi rumah pendapatan bulanan RM4000 dan ke bawah

Bantuan ini akan diberi kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4000 dan ke bawah. Bayaran RM1000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020

#2. RM1000 bagi isi rumah pendapatan bulanan RM4001 hingga RM8000

Bantuan ini kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.


#3. RM800 bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah

Jumlah ini diberi kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020

#4. RM500 bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2001 hingga RM4000

RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

#5. RM200 bagi para pelajar institusi pengajian tinggi

Pelajar juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.


#6. RM500 bagi penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk bekerja secara kontrak

Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020

#7. RM500 bagi pesara Kerajaan

Golongan pesara Kerajaan juga akan diberi bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan pada bulan April 2020

#8. RM500 bagi pemandu e-hailing dan pemandu teksi

Bagi meringankan beban pemandu e-hailing dan pemandu teksi, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dan teksi mulai 1 April 2020.

Internet Percuma

Selain itu, ada juga bentuk lain yang disalurkan kepada rakyat antaranya adalah sambungan internet percuma. Internet percuma ini diberi kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.

Selain daripada bantuan one-off ini, sebenarnya banyak lagi pakej yang disalurkan kepada beberapa komponen seperti bayaran sewa, bayaran PTPTN, golongan KPS dan banyak lagi. Untuk melihat infografik berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ini, anda boleh pergi ke pautan ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post