8 Aneka Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba Termasuk Patin Masak Tempoyak

Anda ingin cuba resepi berasaskan ikan patin tapi tak tahu nak masak apa selain Patin Masak Tempoyak? Anda boleh tengok sini 8 aneka resepi ikan patin yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

8 Aneka Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba

Ikan patin antara ikan sungai yang sedap di makan kerana isinya yang manis dan lembut. Tetapi bukan semua negeri ada ikan patin segar sama seperti yang ada di Pahang dan Perak. Ini merupakan antara negeri yang anda boleh dapatkan ikan patin segar terus daripada sungai lagi-lagi di sungai Pahang di Temerloh kan.

Tetapi jika anda berkesempatan untuk dapatkan ikan patin segar tetapi tak tahu nak masak apa selain daripada Patin Masak Tempoyak, anda boleh lihat sini 8 jenis aneka resepi Ikan Patin yang anda boleh cuba.

Ada resepi wajib cuba kalau pun anda tidak dapat cuba di Temerloh sekali pun antaranya adalah masak tempoyak, masak pais dan masak pais petai ikan patin.

10 Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba

Ini senarai untuk anda

#1.  Patin Masak Tempoyak

Patin Masak Tempoyak

Ini pastinya resepi wajib yang anda kene rasa kalau masak ikan patin iaitu Patin Masak Tempoyak. Resepi ini pastinya terkenal di Temerloh tetapi anda boleh cuba juga walau dimana anda berada.

Mungkin di kawasan lain sukar untuk dapatkan ikan patin segar berbanding di Temerloh sendiri. Ini kerana ikan segar ini adalah salah satu kunci penting bagi memberikan kesedapan Patin Masak Tempoyak. Ikuti perkongsian resepi daripada Julia Aleen Aireish di facebook.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 mangkuk tempoyak **
  • 4 tangkai daun kesum **
  • 12 biji cili api **
  • 1 ketul kunyit hidup **
  • 2 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Sediakan bahan dan bersihkan ikan.
  2. Semua bahan bertanda (**) dikisar bersama dengan sedikit air
  3. Satukan ikan dan bahan kisar, asam keping ke dalam periuk dan tambah air secukupnya
  4. Terus masakkan atas api hingga mendidih
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Ikan sudah masak tutup api

#2.  Masakan Sup Ikan Patin

Masakan Sup Ikan Patin

Resepi seterusnya adalah masakan sup. Mungkin ada yang tak lalu untuk makan tempoyak atau durian ini, anda boleh masak Sup Ikan Patin. Dapatkan ikan segar, pastinya rasa akan lebih enak dengan isi patin yang lembut disediakan. Ikuti perkongsian resepi daripada Sonia Virgin di facebook.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan patin (500 gram), bersikan dari kotoran & cuci bersih
  • 1 buah jeruk limau
  • 2 batang daun bawang, iris kasar
  • 2 batang daun sup, iris kasar
  • 1 ikat kemangi, ambil daunnya
  • 1 buah tomat, potong kasar
  • 3 cm halia, pukul
  • 2 batang serai, pukul
  • 3 keping daun jeruk
  • 5 butir bawang merah, iris ti
  • 3 siung bawang putih, pukul, cincang halus
  • 10 cili, potong kasar (sesuai selera)
  • 1 sdk perisa ayam
  • Secubit garam, gula dan lada bubuk
  • 3 sdb minyak untuk menumis
  • 750 ml air bersih

Cara Memasak

  1. Potong-potong ikan patin. Beri air jeruk limau, diamkan 15 menit, cuci bersih kembali, tiriskan. Panaskan pan, beri 2 sdb minyak, tumis bawang merah & bawang putih sampai harum. Masukkan halia, serai & daun jeruk, tumis sampai harum, tuangi air, biarkan mendidih.
  2. Setelah air mendidih masukkan ikan patin, masak dengan api kecil sampai mendidih kembali, bumbui perisa ayam, garam, gula & merica, gahul sebati
  3. Sebelum diangkat masukkan cili, daun bawang, tomat, daun sup & kemangi, tes rasa bila sudah ngam matikan api, sajikan hangat. Kalau tidak suka pedas atau untuk anak, cabe rawit sebaiknya dipisah dari kuah atau tak usah letak ya.

#3.  Pais Tempoyak Ikan Patin

Pais Tempoyak Ikan Patin

Ini juga antara menu yang wajib cuba bila anda masak bersama ikan patin iaitu Pais Tempoyak Ikan Patin. Pais ni erti kata lain bakar iaitu bersama tempoyak.

Rasanya cukup enak jika cukup bahan dengan sama-sama ikan segar patin tersebut. Anda kena cuba! Nor Hassan ada kongsikan resepi masakan ini di facebook.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan patin
  • 5-6 sudu besar tempoyak
  • 3 helai daun kunyit
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 inci kunyit
  • Seikat daun kesum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar asam jawa untuk mencuci ikan (pilihan)
  • Daun pisang untuk membungkus
  • 2 sudu besar minyak (untuk membakar)

Cara Memasak

  1. Cuci ikan sebersihnya dengan air biasa dahulu kemudian cuci dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau ikan. Kelar ikan supaya bahan yang akan dilumur nanti meresap rasa
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Susun daun pisang dalam magic pan. Lapik sehelai daun kunyit dibawah ikan. Letak daun kesum dan sehelai daun kunyit yang dihiris halus bawah ikan, dalam perut ikan dan atas ikan.
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam perut ikan dan lumurkan juga di atas di sekeliling ikan. Bungkus kemas, letakkan minyak dibawah daun pisang untuk dibakar. Bakar menggunakan api yang perlahan sehingga masak.

#4.  Ikan Patin Masak Asam Pedas

Ikan Patin Masak Asam Pedas

Menu ni mungkin orang Melaka ke Orang Negeri Sembilan memang mahirlah dengan masak asam pedas. Menu ini juga boleh menggunakan ikan patin bersamanya.

Pasti gabungan isi ikan yang lembut bersama dengan kuah asam pedas akan memberi lebih keenakan kepada anda bagi mencuba resepi ini. ha.lim39 ada kongsikan resepi ini facebook untuk anda cuba.

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ikan patin (1 bahagian kepala + isi,1 bahagian isi)
  • 4-5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 2 batang lada merah besar
  • 2 batang cili padi hijau (boleh tambah)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 camca besar garam bukit
  • 1 camca besar gula merah

Bahan tambahan:

  • 4 kuntum bunga kantan saiz kecil
  • 1 mangkuk daun kesom

Cara Memasak

  1. Lumur ikan patin dengan serbuk kunyit dan 1/4 camca besar garam.Perap sebentar,ketepikan...
  2. Masukkan bawang merah,lengkuas dan halia
  3. Masukkan bawang putih,lada merah dan cili padi
  4. Masukkan serbuk kunyit dan air.Kisar kesemua bahan hingga hancur
  5. Masukkan bahan kisar dan baki air,asam keping,daun pandan dan serai.Masak hingga menggelegak
  6. Masukkan ikan,biarkan menggelegak lagi,masukkan baki garam bukit,gula merah
  7. Masukkan bunga kantan dan daun kesom,masak sebentar lagi.Seimbangkan rasa,angkat. Siap.

#5.  Ikan Patin Bakar

Ikan Patin Bakar

Patin juga boleh dibuat bakar seperti biasa tanpa menggunakan tempoyak. Seperti resepi sebelum ini, mungkin ada yang tidak suka akan tempoyak atau durian ini, jadi mereka boleh bakar sahaja ikan patin seperti biasa menggunakan pan yang menjadikan ianya lebih mudah. Ikuti perkongsian resepi daripada Akak PhoP di facebook untuk anda cuba.

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan pati
  • Pes ikan bakar
  • 2-3 helai daun kunyit

Cara Memasak

  1. Ikan di bersihkan
  2. Ikan di lumurkan dengan pes ikan bakar
  3. Balutkan dengan daun kunyit
  4. Bakar di atas pan sehingga masak sempurna
  5. Siap di hidang bersama nasi panas

#6.  Ikan Patin Sambal Cili Api

Ikan Patin Sambal Cili Api

Masak ikan patin sambal cili api pun anda boleh cuba apabila berada di rumah. Masakan ini mungkin sedikit mudah berbanding masakan lain tetapi dengan kehadiran ikan patin segar dan lembut pastinya menjadikan ianya lebih sedap. Jadi resepi sambal cili api ini anda boleh cuba bersama-sama ikan patin.

Bahan-Bahan

  • 1 kg ikan patin dipotong kecil
  • 3 sudu serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 10 biji cili hijau besar
  • 20 biji cili api
  • 3 biji bawang besar di blend
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar di mayang
  • 1 sudu gula

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan patin. Boleh rujuk next post sy untuk cara saya bersihkan ikan patin.
  2. Gaul kan ikan patin dengan serbuk kunyit dan garam
  3. Kemudian gorengkan ikan patin dan ketepikan
  4. Blend kan cili, bawang besar, bawang putih dan halia
  5. Panaskan minyak, tumis bahan blend tadi
  6. Kemudian, tambahkan sedikit sos tiram, garam, dan gula
  7. Apabila sambal sudah masak, masukkan ikan patin yang telah digoreng dan juga bawang yang telah di mayang
  8. Gaul dengan perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur. Dah siap.

#7.  Singgang Pedas Kesom

Singgang pedas kesom

Resepi seterusnya adalah masak singgap pedas kesom. Pastinya anda mesti menggunakan daun kesom baru jadi. Masak singgang pastinya masakan kesihatan bagi beberapa individu yang jaga pemakanan. Jadi anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Natasha Embong di facebook.

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan patin
  • Daun kesom
  • Garam ajinomoto

Tumbuk Kasar / Blend Kasar

  • Lada besar dan cili padi
  • Bawang putih
  • Bawang besar

Cara Memasak

  1. Blend bahan di atas, panaskan air
  2. Setelah mendidih masukkan garam ajinomoto, daun kesom dan ikan
  3. Siap!

#8.  Pais Tempoyak Petai

Pais Tempoyak Petai

Sedikit extra daripada pais tempoyak sebentar tadi iaitu masak Pais Tempoyak Petai Ikan Patin. Ini juga kene cuba jika melibatkan ikan patin. Gabungan isi patin yang lembut bersama-sama rasa tempoyak dan petai. Perghh sedap! Anda kene cuba juga resepi ini.

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg ikan kembung/ikan patin
  • 3@4 sudu besar tempoyak
  • 10 tangkai cili padi kampung
  • Isi petai ikut kesukaan
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil Kunyit
  • Daun kunyit (untuk membalut ikan)

Cara Memasak

  1. Cuci ikan kembung hingga bersih. Ikut resepi asal guna ikan patin tapi patin di Kedah tak sedap macam dekat Pahang jadi guna ikan kembung je
  2. Tumbuk cili padi hingga hancur kemudian gaul bersama tempoyak,gula,garam,serbuk perasa,kunyit dan petai
  3. Letakkan sedikt bahan-bahan yang telah digaul di atas daun kunyit. Kemudian letakkan ikan dan letakkan sedikit lagi bahan tadi di atas ikan serta ratakan.

Selamat mencuba...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post