Penggemar Kari, Nasi Kari Atuk KFC Ini Boleh Jadi Juadah Berbuka Puasa Anda Hari Ini

Nasi Kari Atuk KFC Boleh Bawa Berbuka Puasa

Kalau anda nak cari juada berbuka puasa hari ni, mungkin boleh consider untuk cuba menu baharu daripada KFC, Nasi Kari Atuk. Menu yang telah diperkenalkan bermula awal Ramadan baru-baru ini.

Sekarang pun, kita tidak digalakkan untuk keluar sehinggalah PKP ditamatkan. Tapi untuk dapatkan KFC ni jangan risau, mereka ada sediakan perkhidmatan hantaran makanan sama ada melalui KFC Delivery ataupun melalui FoodPanda atau GrabFood. Anda hanya perlu tempah melalui aplikasi KFC atau melalui perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan.

Nasi Kari Atuk KFC Boleh Bawa Berbuka Puasa

Jadi aku sempat la rasa Nasi Kari Atuk KFC ini untuk berbuka baru-baru ini dan secara awalnya aku boleh bagi tahu, menu baharu Nasi Kari Atuk ini not bad... Penggemar kari rasanya, patut cuba menu baharu KFC ini.

Baca Juga : Nak Cuba Kopi Viral Juga. Ikuti Resepi Mudah Cara Buat Dalgona Coffee

Nasi Kari Atuk Menu Baharu KFC

Jadi kat sini, aku nak kongsilah sikit rasa nasi ni untuk anda juga cuba untuk rasa dan bersama-sama. Jangan risau, ianya tidak dibayar melainkan KFC lepas ni nak sponser lagi 😁

Nasi Kari Atuk KFC Boleh Bawa Berbuka Puasa

Musim PKP ni, anda hanya dibenarkan bawa-pulang atau pandu-lalu sahaja di KFC dan tidak dibenarkan untuk makan di sana. Jadi jika anda ingin tempah menu ini, dia menyediakan 2 pilihan set iaitu Nasi Kari Atuk dengan 2 kombo (2 ketul ayam) dan juga set Nasi Kari Atuk dengan 3 kombo (3 ketul ayam) dengan masing-masing berharga RM16.30 dan RM19.90.

Bagi aku, untuk seorang, cukup dengan 2 kombo sahaja. Masing-masing akan diberikan Nasi, kari, sambal, ayam goreng, coleslaw dan air bikarbonat. Jadi ianya lengkap sebagai juadah untuk berbuka dengan kuantiti yang disediakan.

Nasi Kari Atuk KFC Boleh Bawa Berbuka Puasa

Nasi yang diberi akan dibungkus seakan di dalam daun pisang (tapi kertas) dengan rasa seperti nasi ayam, kari bersama isi kentang dan sambal atuk yang cukup rasanya. Ditambah lagi dengan ayam goreng dan coleslaw. Memang kombo yang cukup.

Dari segi rasa, gabungan ini semua lengkap lebih-lebih lagi jika anda campur bersama sambal atuk yang diberi. Rasa kari pedas gitu. Lagi-lagi kalau dapat makan ketika panas. Rasa kari yang cukup baik serta rasa sambal atuk yang sedap dan sedikit pedas. Rasanya macam nak tambah je bila dah habis makan semalam.


Bagi aku, Nasi Kari Atuk KFC dengan harga yang disediakan, cukup berbaloi untuk beli dan dijadikan juada berbuka puasa. Yes, aku rasa menu ni boleh repeat.

Jadi jika sedang mencari juadah berbuka puasa pada hari ni, mungkin boleh consider untuk cuba Nasi Kari Atuk KFC.

9/Post a Comment/Comments

  1. Dah lama x masuk kfc sbb harganya semakin mahal.

    ReplyDelete
  2. Adui sempurna KFC atuk ya..sedap nya tu

    ReplyDelete
  3. hari tu dah terasa nak beli tapi belum ada review, lately since menu kfc kerap juga failure, agak teragak agak juga nak try menu baru diorang.

    ReplyDelete
  4. belum cuba try test rasa lagi.

    ReplyDelete
  5. waaaaa.. kfc pun dah wat keluar nasik camni te.. kari dia tu nampak cm best jerk

    ReplyDelete
  6. nasi lemak kfc pun sedap. Yang kari ni Dina tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak rasa lagi yang nih

    ReplyDelete
  8. uit sedapnyaaa atuk punya nasi kari ni. haha. x dan lagi nak merasa. kfc x leh nak dekat sekarang. ramai sangat orang.

    followed. mind to exchange bloglist. thanks sir.

    ReplyDelete
  9. sedap ye.. mama tak tau la dan ke x nak cuba

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post