Alhamdulillah Dapat Juga Solat Jumaat Sejak PKP Diumumkan Pada 18 Mac Yang Lepas

solat jumaat di masjid temerloh jaya dalam tempoh pkpp

Siapa sangka, tidak pernah terfikir apabila kita tidak dibenarkan untuk solat jemaah sama-sama solat jumaat disebabkan pandemik COVID-19 melanda Malaysia.

Jika dihitung lebih 10 minggu masjid dan surau ditutup bagi laksanakan apa-apa aktiviti solat jemaah sehinggalah diumumkan dibuka secara beransur-ansur bermula PKPP pada 10 Jun 2020 yang lepas.

Ianya dibuka secara berperingkat dimana, hanya dibenarkan solat jumaat tetapi terhad kepada kapasiti yang ditetapkan. Jadi anda perlu daftar terlebih dahulu jika anda ingin dapat giliran untuk lakukan solat jumaat.

solat jumaat di masjid temerloh jaya dalam tempoh pkpp

Jadi dengan giliran itulah, selepas 15 minggu, barulah aku berkesempatan untuk lakukan Solat Jumaat di Masjid Temerloh Jaya iaitu pada 26 Jun 2020 (Jumaat) yang lepas.

Solat Jumaat Di Masjid Temerloh Jaya

Pelaksanaan solat jumaat atau solat jemaah sebenarnya berbeza mengikut negeri. Jadi perkongsian pengalaman ini hanya mengfokuskan di masjid Pahang sahaja.


Di Pahang, anda perlu mendaftar giliran bagi lakukan solat Jumaat dan bagi solat secara berjemaah lain, hanya dibenarkan pada Solat Subuh sahaja. Tetapi subuh anda hanya perlu walk-in, tanpa perlu mendaftar nama dan giliran.

Kemudian, anda perlu patuhi segala SOP yang ditetapkan dan ianya sama sahaja bagi semua Masjid di seluruh Pahang tetapi dengan kapasiti yang berbeza iaitu mengikut keluasan Masjid.

Solat Jumaat Di Masjid Temerloh Jaya

Jadi pada hari Jumaat tersebut, anda perlu datang setengah jam awal sebelum khutbah dimulakan. Keperluan asas yang anda perlu bawa ketika datang ke Masjid adalah Sejadah Sendiri, siap-siap ambil Wuduk, pakai face mask setiap masa, plastik selipar dan pastikan nama anda sudah diumumkan oleh pihak Masjid.

Kemudian, sebelum memasuki pintu pagar masjid (checkpoint 1), anda perlu semak nama dan juga dapatkan catatan suhu badan. Jika tinggi, anda diarahkan pulang. Sudah masuk kawasan masjid, anda perlu pergi ke satu lagi tempat (checkpoint 2) bagi semakan nama sekali lagi dan dapatkan plastik selipar sekiranya anda lupa untuk bawa.

solat jumaat di masjid temerloh jaya dalam tempoh pkpp

Selepas itu, pergi ke checkpoint 3 untuk dapatkan nombor sejadah beserta cuci tangan dengan hand sanitizer yang ditetapkan. Kemudian anda perlu ikuti tanda anak panah bagi memasuki dewan masjid. Keperluan ini bagi mengelakkan kemungkinan berlaku sentuhan.

Anda akan terus ke nombor sejadah anda, bentang sejadah, dan masukkan selipar di dalam plastik yang disediakan diletakkan di bahagian kiri bagi tujuan seragaman. Kedudukan di dalam masjid adalah jarak 1 meter antara yang lain yang merupakan saranan yang paling penting bagi membendung penularan pandemik iaitu penjarakkan sosial. Sepanjang Solat Jumaat, anda diarahkan untuk memakai face mask.


Solat Jumaat

Ibadah solat Jumaat dilakukan seperti biasa tetapi dengan tempoh masa yang singkat sahaja. Anda boleh lakukan solat sunat tahiyyatul masjid sejurus memasuki dewan masjid jika anda datang awal. 

Tiada solat sunat ba'diah dan qobliah, jadi selepas azan sahaja, terus sesi khutbah dan terus solat Jumaat beramai-ramai. Tiada sesi bersalaman dan tiada tabung bergerak. Selesai sahaja solat, wirid dan doa ringkas dan jemaah perlu keluar terus mengikut barisan yang ditetapkan.

solat jumaat di masjid temerloh jaya dalam tempoh pkpp

Selepas keluar daripada masjid, barulah anda bebas untuk bertegur sapa dengan jemaah yang lain. Sangat tidak digalakkan untuk bersalaman seperti arahan daripada KKM.

Sesi solat jumaat beserta khutbah, mungkin mengambil masa 20 - 25 minit sahaja. Mengelakkan lebih lama berkumpul di dalam ruang tertutup.

Alhamdulillah, pada sesi saya tersebut merupakan jumlah jemaat teramai kerana pihak Masjid telah membuka ruang tambahan iaitu kira-kira lebih 200 jemaah pada hari tersebut. Perjalanan sangat lancar bermula dari pintu masuk hinggalah ke dewan masjid. 

solat jumaat di masjid temerloh jaya dalam tempoh pkpp

solat jumaat di masjid temerloh jaya dalam tempoh pkpp

Ucapan syabas dan tahniah kepada kesemua jawatankuasa masjid yang terlibat bagi memastikan segala SOP yang ditetapkan diikuti. Pastinya mereka telah berada di MTJ tersebut lebih awal daripada jemaah lain bagi menyiapkan segala perkara.

Jika subuh juga, SOP juga sama tetapi anda hanya perlu daftar sahaja. Sekali lagi, jawatankuasa masjid perlu menyiapkan segala perkara asas sebelum menerima jemaah pada solat Subuh.


Mungkin masjid-masjid lain di seluruh negeri telah pun membuka sistem walk-in dan adakan solat jemaah bagi waktu-waktu lain juga. Di Pahang, setakat ini, hanya dibenarkan Solat Jumaat dan Solat Subuh sahaja.

Jadi kepada jemaat lain khususnya qariah Temerloh Jaya, jangan risau, giliran anda akan tiba untuk merasai solat jemaah buat pertama kali sejak PKP diumumkan. Rindu beb! Tapi kalau nak solat jemaah juga, boleh datang pada waktu subuh. 

4/Post a Comment/Comments

  1. Che abang saya pun excited sangat sebab dah dapat solat di masjid semula :)

    follow 380 ya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah 🤲🏻👍🏻

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga keadaan kembali pulih seperti sebelum kedatangan covid19

    ReplyDelete

Post a comment

Recommended