Selepas 80 Hari, Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Akhirnya selepas 80 hari masjid di tutup bagi seluruh Malaysia termasuk di Pahang, akhirnya hari ini (jumaat) Masjid Temerloh Jaya dibenarkan beroperasi bagi melakukan ibadah Solat Jumaat untuk julung kalinya sepanjang PKP dan PKPB.

Sejak 18 Mac 2020, semua rumah ibadah ditutup termasuk masjid kerana penularan COVID-19 berlaku di seluruh Malaysia. Sejurus itulah arahan dikeluarkan bagi lakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kita semua diarahkan untuk duduk di rumah sahaja termasuklah tidak dibenarkan melakukan solat jemaah di Masjid.

Masjid telah dibuka secara berperingkat bagi seluruh Malaysia bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula iaitu sekitar 4 Mei yang lepas. Sejak itulah, setiap negeri dibenarkan beroperasi tetapi dengan syarat dan operating procedure yang ketat telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.


Pelaksanaan Solat Jumaat Di Pahang

Pelaksanaan Solat Jumaat agak menarik sebenarnya berbanding pelaksanaan di negeri lain. Ini kerana jumlah jemaah yang dibenarkan tidak terhad kepada 12, 30 atau 40 orang sebaliknya mereka bebas mengikut kapasiti masjid tetapi SOP mesti dipatuhi. Di Pahang, ianya bermula seawal 15 Mei dahulu dengan tempoh percubaan bermula di Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Indera Mahkota dan Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah dibuka secara berperingkat kepada daerah lain dalam Pahang dan akhirnya termasuklah di Temerloh iaitu Masjid Temerloh Jaya. Kebenaran ini bukanlah sekadar tunggu giliran, tetapi ianya mestilah mendapat kebenaran daripada pihak KKM dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sendiri selepas meneliti semua langkah yang ditetapkan telah dipenuhi dengan baik dan cemerlang.

Panduan SOP Solat Jumaat Bagi Negeri Pahang

Panduan SOP Solat Jumaat ini dikeluarkan oleh pihak JAIP dengan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

1.   Kebenaran hanya diberikan kepada mereka berumur 15-70 tahun sahaja

2.   Dikehendaki mendaftar dan menerima jemputan untuk melakukan Solat Jumaat. Kaedah terserah kepada pihak Masjid sendiri sebagai rekod kehadiran.

3.   Dikehendaki memasuki masjid dalam tempoh 1 jam sebelum azan dilaungkan.

4.   Perlu beratur sebelum masuk ke masjid dan mematuhi penjarakkan sosial. Anda mestilah dalam keadaan sihat tubuh badan dan tiada simptom COVID19

Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

5.   Perlu bawa bukti yang anda telah diterima permohonan bagi tujuan rekod kehadiran.

6.   Perlu memakai face mask serta datang ke masjid dalam keadaan berwuduk dan membawa sejadah sendiri.

7.   Guna hand sanitizer terlebih dahulu selepas pendaftaran

Solat Jumaat Masjid Temerloh Jaya

Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Selepas 11 minggu, penduduk Temerloh Jaya khususnya tidak dapat melakukan Solat Jumaat, akhirnya pada 5 Jun 2020 (Jumaat), Masjid Temerloh Jaya (MTJ) buat pertama kali menyampaikan khutbah di mimbar masjid dan bersama-sama melakukan Solat Jumaat bersama lebih 60 ahli qariah yang menjadi makmum pada hari tersebut.


Jemaah mestilah terdiri daripada ahli qariah MTJ tersebut dan mestilah mendaftar lebih awal bagi mendapat giliran bagi melakukan Solat Jumaat. Selepas mendapat kebenaran, jemaah mesti sampai ke masjid awal satu jam bagi memudahkan segala SOP yang ditetapkan seperti semak suhu badan, dapatkan petak kawasan bagi lakukan solat, pendaftaran dan sebagainya.

Alhamdulillah, pada hari pertama, segala SOP diikuti dengan cemerlang oleh qariah MTJ sendiri. Mereka datang dalam keadaan sihat, bawa sejadah sendiri, ambil wuduk terlebih dahulu di rumah, ikuti segala arahan pergerakan yang ditetapkan dan akhirnya berdedar selepas selesai lakukan Solat Jumaat.

Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Masjid Temerloh Jaya (MTJ) sebelum ini pernah digelar sebagai masjid viral dimana setiap hari para jemaah berpusu-pusu memenuhi setiap ruang di dalam masjid itu untuk melakukan solat fardhu terutamanya solat subuh. 
Dengan keadaan isu pandemik ini dan masjid ditutup, pasti ramai antara ahli jemaah tetap di MTJ berasa rindu untuk solat beramai-ramai di masjid tersebut. Selepas 18 Mac 2020 yang lepas, mereka hanya lakukan solat jemaah di rumah masing-masing sahaja.

Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Pastinya dengan kebenaran awal ini, dapat menghilangkan rindu para jemaah untuk terus melakukan solat jemaah 5 kali sehari di masjid. Inilah antara norma baharu yang perlu kita hadapi selepas ini terutamanya bagi melakukan solat jemaah di masjid

Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa MTJ yang bertungkus lumus bagi menjayakan dan memenuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Apa-apapun, koi dah daftar, nok juga solat jumaat sini. Tunggu giliran la yek. Dah 11 kali kot tak Solat Jumaat ini. Fuhh~ 


3/Post a Comment/Comments

  1. Untung nya dpt bersembahyang berjemaah..moga keadaan akan segera pulih

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Seronok tengok masjid dah dibuka semula 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post