Mohon Segera! Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah membuka permohonan bagi program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada mereka yang berminat.
Tawaran bagi tier 1 ini terbuka kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sahaja. Antara program atau pengajian yang layak untuk memohon adalah program peringkat Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma Akademik di Universiti Awam dan Swasta di dalam Negara.
Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) YBR ini merupakan pembiayaan tajaan pendidikan. Disebabkan ianya boleh ubah, pembayaran semula adalah bergantung kepada keputusan akhir semester. Ianya juga boleh tukar kepada biasiswa jika memenuhi syarat seperti di dalam jadual dibawah:
CGPA | Diskaun | % Bayaran Balik |
---|---|---|
3.50 – 4.00
|
100
|
0 (Biasiswa)
|
3.00 – 3.49
|
70
|
30
|
2.75 – 2.99
|
50
|
50
|
2.50 – 2.74
|
30
|
70
|
2.50 dan kebawah
|
0
|
100
|
Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka
Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat boleh dibuat bermula 1 Jun hingga 15 Julai 2020 dan dibuat secara online. Anda boleh memohon di pautan YBR dibawah:
Pengajian Yang Layak Memohon PPBU YBR
Bagi permohonan kali ini, ianya dibuka hanya kepada 3 peringkat pengajian di universiti awam dan swasta iaitu Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran dan Diploma bagi dalam negara sahaja. Ianya juga ditawarkan kepada semua program pengajian kecuali kursus Perubatan dan Aviation (Lisen). Tetapi keutamaan diberi kepada:
- Accounting
- Banking
- Business Management
- Human Resources
- Economy
- Media Communication
- Law
- Actuarial Science
BACA : Senarai Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan Bagi Tahun 2020
Syarat Permohonan PPBU YBR
Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat yang disenaraikan bagi syarat umum dan syarat akademik:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 30 tahun
- Bagi lepasan SPM yang berada dalam semester pertama
- Pemohon perlu buka akaun Bank Rakyat sekurang-kurangnya RM100 ada di dalam akaun tersebut.
Syarat Akademik
- Pelajar yang belajar sepenuh masa di universiti awam dan swasta
- Sekurang-kurangnya peroleh 5A dalam SPM 2019 atau
- PNGK 3.0 bagi peringkat STPM, STAM atau peringkat Diploma
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebaran permasalahan dan persoalan, anda boleh hubungi seperti yang tertera dibawah:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: +603 2612 9600
Fax: +603 2260 1050
Email: yayasan@bankrakyat.com.my
5 comments for "Mohon Segera! Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat"
https://www.perkeso.gov.my/images/pengumuman/penjana/program_insentif/HIRING_INCENTIVE_FAQ_-PMO.latest.pdf