30+ Jenis Hadiah Untuk Perempuan Boleh Diberi. Mesti Mereka Suka!


Anda sedang mencari hadiah untuk perempuan atau kaum wanita. Anda boleh tengok senarai hadiah yang anda boleh dapatkan untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Salah satu penghargaan yang boleh dibuat kepada yang tersayang adalah pemberian hadiah. Dengan hadiah ini sedikit sebanyak menunjukkan kita hargai mereka dengan sedikit pengorbanan dari segi wang untuk mereka. Kalau dah sayang, ok je kan.

BACA10+ Jenis Hadiah Untuk Ibubapa Sempena Ramadan

Tetapi hadiah juga mestilah bertetapan dengan keadaan mereka. Jadi anda perlu tahu hadiah apa nak bagi kepada mereka. Anda nak bagi hadiah untuk perempuan yang merupakan kekasih hati atau kawan perempuan atau adik dan kakak perempuan atau ibu anda sendiri.


Kalau anda tidak tahu hadiah apa nak bagi, jangan risau, disini disertakan lebih 30 jenis hadiah untuk perempuan yang boleh diberi. Mesti mereka suka punya. Jika berminat, anda boleh dapatkan terus dan hadiah kepada si dia.

Jom tengok senarai 31 jenis hadiah untuk perempuan sesuai untuk mereka.

1.  Robot Vacuum

Robot Vacuum

Robot vacum ni kalau diberi kepada si dia memang suka la. Ianya akan memudahkan urusan harian di rumah mereka. Seperti ada sebuah robot yang membersihkan lantai rumah. Tak perlu penat-penat. Hadiah untuk ibu atau emak kita juga sesuai ni.


2.  Kasut

Kasut

Ini biasalah antara keperluan seorang wanita iaitu sebuah kasut yang cantik. Hadiahkan kepada mereka sepasang kasut supaya dapat digunakan apabila berada di luar rumah.


3.  Netflix Gift Card

Netflix Gift Card

Kalau rasa kawan anda tu kaki Netflix, boleh la belanja bayaran Netflix untuk sebulan ke atau setahun terus. Kalau berkesempatan, boleh tengok sekali kan siri yang ada di dalam Netflix tu. Hadiah yang menarik kan.


4.  Lampur Bilik LED (Galaxy Light)

Lampur Bilik LED (Galaxy Light)

Ini kalau diletak di dalam bilik dan tutup lampu. Memang bilik jadi seperti gambaran sebuah galaxy la. Memang cantik la, perempuan memang suka la. Lepas tu siap boleh tukar warna, boleh sambungkan dengan phone untuk mainkan lagu. Ada speaker tau.


5.  Casing iPhone

Casing iPhone

Boleh hadiahkan silicon casing untuk si dia jika dia menggunaakan iPhone. Bagi la yang sama warna dengan ada. Baru couple gitu. Baru romantik. Casing ni pun nampak simple tapi menarik kan. Jangan lupa dapatkan dan hadiah kepadanya


6.  Earphone Wireless

Earphone Wireless

Hadiah seterusnya untuk anda boleh beri kepada perempuan adalah wireless earphone. Sekarang dah tak pakai wire atau kabel dah. Semua wireless menggunakan sambungan bluetooth. Lebih mudah, tak perlu selirat dengan kabel dah.


7.  Mi Band 4 (Fitness Tracker)

Mi Band 4

Daptkan fitness tracker seperti Mi Band 4 ni. Sesuai untuk track tahap kesihatan anda. Boleh jadikan kita lebih sihat sebab ada target setiap hari berapa banyak langkah nak kita target. Lagipun jam ni pun cantik

Shopee/Icon/button  Lazada/Icon/button/#367DC4


8.  Smartwatch Fossil Sport

Smartwatch Fossil Sport

Nak lebih advance boleh beri jam pintar terus. Ada wifi, boleh hantar message semua. Lagipun Fossil Sport ini antara smartwatch yang paling murah tau. Lagi pun sangat sesuai untuk perempuan. Saiznya pun kecil je banding dengan smartwatch lain


9.  Bag Galas

Bag Galas

Seterusnya, hadiahkan bag pack supaya mudah kawan anda bawa barang kalau bercuti dengan anda atau keluar seharian kan. Lebih banyak barang yang boleh disimpan berbanding dengan bag tangan yang biasa perempuan bawa


10.  Maybelline Lipstick

Maybelline Lipstick

Ini antara aksesori wanita yang perlu ada iaitu Lipstik. Kalau kekasih anda cantik, anda pun suka kan. Belanja la sekali sekala, untuk anda juga. Kalau suami, beli untuk isteri. Isteri cantik, makin sayang la kan.


11.  Baju Kurung Cotton

Baju Kurung Cotton

Seterusnya boleh hadiahkan pakaian kepada kakak atau adik anda. Bagi mereka pakaian baharu seperti baju kurung cotton. Kurung yang simple sahaja dan nampak cantik.


12.  Tempat Gantung Tudung

Tempat Gantung Tudung

Ini juga barang keperluan terutamanya hijabist kan. Beli tudung banyak-banyak tak tahu nak gantung mana, beli kan je scarf holder ni. Berapa banyak dia boleh gantung tanpa mengkedutkan tudung  tersebut.

13.  Cincin Korea

Cincin Korea

Lagi aksesori yang wanita suka adalah sebuah cincin. Kalau di pakai secara automatik, kekasih anda nampak cantik kan. Lagi best kalau dapatkan sarung cincin perkahwinan nanti kan.


14.  iPad Stand

iPad Stand

Kalau kekasih anda suka buat kerja menggunakan iPad. Anda boleh la hadiahkan stand iPad ni. Barulah selesa untuk lakukan kerja di atas meja. iPad pun boleh berdiri dan bersandar dengan baik di atas. Boleh jug anda adjust. 


15.  Dust Mites Vacuum

Dust Mites Vacuum

Sebuah produk viral dimana boleh sedut habuk dan pepijat yang ada di atas tilam kita. Kita mungkin tak nampak pepijat ni, tapi vacuum ni boleh sedut semuanya. Barulah selamat untuk anda tidur malam. Boleh hadiahkan pada mak anda, kawan, kekasih dan semua orang la.


16.  Casing Laptop

Casing Laptop

Cantikkan laptop, boleh pakai casing laptop ni. Selain daripada mencatikkan, boleh protect supaya tercalar jika disimpan di dalam bag kan.

Shopee/Icon/button  Lazada/Icon/button/#367DC4


17.  Purse

Purse

Bagilah kekasih anda purse yang baru. Lagi-lagi kalau nampak purse dia dah lusuh ke, atau dah koyak. Bagi hadiah ni je. Boleh tengok di Shopee atau Lazada, banyak pilihan


18. Xeralife Face Mask (Macam YDP Agong)

Xeralife Face Mask

Musim COVID-19 ni face mask antara barang yang perlu sangat. Daripada anda hadiahkan face mask yang biasa tu, boleh la juga anda belanja face mask yang mahal sikit. Katanya bentuk face mask ni seperti YDP Agong pakai kan.


19.  Headphone

Headphone

Mungkin dia bertudung, susah sikit nak pakai earphone kalau sarung kain tudung. Jadi anda hadiahkan headphone je. Boleh pakai bila-bila sekali pun tengah sarung kain tudung. Bagi yang wireless la kan.



20.  Aroma Humidifier

Aroma Humidifier

Barang seterusnya adalah aroma humidifier. Fungsinya melembabkan udara bilik dan memberikan aroma wangi setiap masa. Selesa nak tidur malam, tidur nyenyak je tau.

21.  Tudung Naelofar

Tudung Naelofar

Tudung Naelofar pun sesuai untuk hadiahkan kepada perempuan. Lagi pun tudung Neelofa ni tawarkan harga berpatutan banding dengan brand lain kan. Kot kalau hadiah pada kekasih anda, terus cantik macam Neelofa kan.


22.  Kad Spotify

Kad Spotify

Tadi dah bagi Netflix, kalau dia suka dengar lagu, belanja pula Spotify. Boleh strim lagu bila-bila masa sahaja kalau beli yang premium. Siap boleh download dan dengar secara offline tau.


23.  Contactless Thermometer

Contactless Thermometer

Penyukat suhu badan ini sangat penting ketika ini. Anda belikan kepada kawan perempuan anda supaya dia boleh tahu keadaan badan, yang mungkin demam ke ataupun tidak. Boleh cek dulu suhu badan, kalau ok baru boleh keluar. Sekarang kan tengah musim COVID-19 ni.

Shopee/Icon/button  Lazada/Icon/button/#367DC4


24.  Wireless Keyboard

Wireless Keyboard

Wireless Keyboard ni sangat sesuai kalau rakan perempuan anda hanya mempunyai iPad atau tablet dan ingin lakukan kerja menaip. Mungkin susah nak taip di iPad, belanja dia wireless keyboard ni. Mudah kerja nanti


25.  Air Fryer

Air Fryer

Peralatan dapur yang tengah viral sekarang. Semua kerja menggoreng menjadi mudah. Tambahan lagi, makanan menjadi lebih sihat kerana tanpa menggunakan minyak, makanan masih rangup dan sedap.


26.  LED Desk Lamp

 LED Desk Lamp

Jenis hadiah untuk perempuan seterusnya adalah beri lampu meja. Boleh digunakan ketika malam yang mana mungkin tidak mahukan cahaya lampu yang terang. Buka sahaja lampu meja ni kan.


27.  Portable Blender

Portable Blender

Nak buat jus buah lepas ni lebih mudah. Boleh guna je portable blender. Dia guna bateri lagi best, boleh buat dimana-mana sahaja.


28.  Storage Bag Dan Pump

Storage Bag Dan Pump

Ini biasa digunakan kalau nak cukupkan ruang jika barang tersebut tebal seperti selimut atau conforter. Guna beg dan vacuum pump ni je, selimut boleh jadi leper tau. Banyak la boleh simpan di dalam almari.


29.  Bakul Sampai Pintar


Go another step khas untuk yang tersayang. Belikan tong sampah pintar yang menggunakan sensor. Anda lekatkan tangan, barulah ianya akan terbuka. Canggihkan. Harganya berpatutan. Tak mahal sangat.


30.  Food Vacuum Sealer

Food Vacuum Sealer

Seterusnya belikan sealer ni untuk simpan makanan supaya lebih tahan lama. Bungkus makanan kedap udara yang pastinya akan beri ketahanan yang tinggi pada makanan.


31.  Set Pisau Dapur Comel

Set Pisau Dapur Comel

Akhir sekali, hadiah yang anda boleh bagi adalah set pisau dapur yang comel. Perempuan kan suka di dapur, jadi kita belikan barangan yang berkualiti mengikut citarasa wanita. Mahukan yang comel-comel dan cantik-cantik kan.


3/Post a Comment/Comments

  1. Wah! banyak jugak yang Mrs. A suka tu hehehee... memang sah perempuan

    ReplyDelete
  2. unexpected betul barang-barang yg disenaraikan tapi memang banyak yang terminat jugak hahaha

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya perempuan ni, bagi batu pun dia dah suka tau, dia suka rasa dihargai ;)

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post