SMI Cars Rai Pelanggan-Pelanggan Di Majlis Perasmian Ruang Pameran Baharu

SMI Cars Rai Pelanggan-Pelanggan Di Majlis Perasmian Ruang Pameran Baharu

  • Hampir 1,000 tetamu hadiri majlis perasmian ruang pameran baharu milik SMI Cars di Jalan Ampang.
  • Nikmati diskaun harga dan potongan 50% ke atas cukai jualan sempena tawaran Jualan Merdeka.


Kuala Lumpur, 20 Julai 2020 – Majlis perasmian ruang pameran milik SMI Cars Sdn. Bhd. disambut meriah Sabtu lalu di Kuala Lumpur, dengan kehadiran hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada jemputan kenamaan, barisan media perdana, digital, blogger, selebriti media sosial, artis-artis tempatan serta peminat-peminat automotif. Sebagai acara automotif pertama yang diadakan setelah perintah kawalan pergerakan tamat, SMI Cars komited mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) kebiasaan normal sepanjang acara berlangsung seperti pemeriksaan suhu badan, pembersihan dan sanitasi ruang makan dan kenderaan yang dipamerkan, penyediaan pelitup muka, pendaftaran dengan aplikasi mySejahtera dan penjarakkan fizikal.


Kehadiran tetamu yang datang seawal jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang, dijamu dengan pelbagai sajian juadah, sambil dihiburkan dengan persembahan kugiran, tarian Bangra, nyanyian karaoke dan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hadir seperti Dato’ Jamal Abdillah dan kumpulan rap lagenda, NICO G. Ramai tetamu tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan memandu-uji kenderaan mewah yang dipamerkan. Terdapat juga segelintir tetamu yang membuat keputusan untuk membeli kenderaan impot pilihan mereka pada hari yang bermakna itu.

SMI Cars Rai Pelanggan-Pelanggan Di Majlis Perasmian Ruang Pameran Baharu

SMI Cars Rai Pelanggan-Pelanggan Di Majlis Perasmian Ruang Pameran Baharu

Terletak strategik di Jalan Ampang, ruang pameran satu tingkat seluas satu ekar ini telah direka oleh seorang pelajar seni bina berumur 19 tahun bernama Asyraaf Khan. Menampilkan seni bina moden berkonsep minimalis, susun atur ruang pameran adalah mesra pelanggan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan. SMI Cars, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah ditubuhkan pada tahun 2012, menawarkan hampir 150 model kenderaan yang diimpot daripada Eropah dan Jepun seperti Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

SMI Cars Rai Pelanggan-Pelanggan Di Majlis Perasmian Ruang Pameran Baharu

Mengulas mengenai keadaan ekonomi sejak perintah kawalan pergerakkan berakhir, pengarah urusan SMI Cars, Irene Deanna binti Dato Haji Marof Khan mengakui dengan adanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan impot, kadar pengunjung dan pembeli kenderaan impot mula menunjukkan pertumbuhan positif. Irene Deanna telah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas insentif tersebut dan menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan yang sepatutnya tamat pada 31 Disember nanti, sehingga ke satu atau dua tahun bagi memulihkan ekonomi sektor automotif yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakkan berkuatkuasa.

Meskipun memahami sentimen pengguna yang lebih berhati-hati demi meneruskan kelangsungan hidup berikutan cabaran ekonomi ketika ini, namun Irene Deanna berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk membeli kenderaan impot pada harga yang lebih rendah. SMI Cars berazam untuk memberi perkhidmatan peribadi eksklusif untuk setiap pelanggan bagi memastikan mereka berpuas hati dengan pengalaman yang dilalui sepanjang proses pembelian berjalan. Tambahan Irene Deanna, pelanggan yang gembira dengan pembelian mereka, akan turut membuatkan SMI Cars berasa gembira.


Sempena dengan bulan kemerdekaan, SMI Cars menawarkan diskaun tambahan ke atas kenderaan terpilih selain potongan cukai jualan 50 peratus sedia ada, kepada semua pelanggan yang membuat pembelian bermula 18 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020. (*Tertakluk kepada terma dan syarat). Dapatkan informasi terkini mengenai koleksi kenderaan impot terbaharu dan tawaran-tawaran hebat daripada SMI Cars di akaun media sosial berikut:

Facebook: @SMI_Cars | Instagram: @smi_cars

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post