Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Akhirnya, selepas 152 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, Pekan Sari atau Pekan Sehari Temerloh kini kembali beroperasi dalam waktu yang sama dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Ini lah antara daya tarikan yang menarik yang ada di Temerloh iaitu sebuah pasar pagi yang menjual pelbagai barangan dan makanan yang juga merupakan pasar pagi terpanjang di Malaysia. Lebih daripada 1 kilometer juga lah kalau bergerak dari hujung ke hujung.

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Pekan Sari yang sentiasa beroperasi setiap pagi Ahad bermula seawal 7 pagi sehingga 11 ke 12 tengah hari yang bertempat di Lurah Semantan, tepi Sungai Pahang. Jadi disini anda boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan dan makanan seperti kuih muih, makanan tradisional, air minuman, ikan mentah, sayur-sayuran, tanaman pokok, ayam dan banyak lagi lah.


Pekan Sari Mula Beroperasi Pada 16 Ogos 2020

Pekan Sari ini tidak beroperasi sejak mula PKP iaitu pada 18 Mac 2020 yang lepas. Ini bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 khususnya bagi warga Temerloh. Ini kerana pasar merupakan tempat antara yang susah untuk berlaku penjarakan fizikal yang mungkin boleh berlakunya penularan virus ini kepada orang lain.

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Oleh itu pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) telah membuat keputusan untuk memberhentikan seketika Pekan Sari ini buat seketika sehingga keadaan kembali selamat untuk beroperasi.

Selepas beberapa minggu PKPP diperkenalkan barulah MPT telah membuat keputusan untuk membenarkan kembali Pekan Sari beroperasi. Jadi bermula 16 Ogos 2020, peniaga akan mula pacak khemah untuk berniaga di tapak dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak PBT, MKN dan KKM.

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Setakat hari ini dibuka, orang ramai hanya dibenarkan memasuki kawasan pasar dengan 5 jalan masuk sahaja. Ini bermakna, anda perlu daftar nama dan semak suhu badan sebelum memasuki kawasan jualan. Kod QR MySejahtera juga disediakan. Anda juga perlu sentiasa memakai pelitup muka atau face mask.

Selain itu, jumlah peniaga nampaknya tidak ramai dan kesemua tapak tidak penuh. Masih ada lagi peniaga yang belum mulakan jualan pada hari pertama dibuka. Jumlah orang awam yang datang pun tidaklah seramai pada hari-hari biasa sebelum PKP. Oleh itu, penjarakan fizikal kendiri boleh dilakukan dalam beberapa keadaan. Dapat lakukan sentiasa lagi bagus kan.


Tapi kedai sate padang tu tak buka lagi. Tempat makan pun belum beroperasi lagi. Jadi anda datang, beli dan bawa balik rumah la. Cuba seminima boleh untuk berada di tempat yang sesak ini. Ingat, perang melawan COVID-19 masih lagi belum tamat.

Pekan Sari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan

Kalau aokme nak datang, ikutlah SOP deh. Pakai face mask dan bawa hand sanitizer dengan cuci tangan sokmo la ek!

2/Post a Comment/Comments

  1. rindu nya pasar sehari temerloh nih... kalau pergi sana tak puas pusing rasa nak beli semua yang ada heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post