Cara Redeem Reward Daripada Aplikasi JAG Malaysia

Cara Redeem Reward Daripada Aplikasi JAG Malaysia

Jika anda menggunakan aplikasi JAG Malaysia dan tak tahu cara nak redeem rewards, anda boleh ikuti langkah dan perkongsian caranya disini.

Sebelum ini, saya ada kongsikan cara jana pendapatan dari rumah dengan menggunakan 5 aplikasi. Antara aplikasi yang saya kongsikan dan saya guna adalah aplikasi JAG Malaysia.

BACACara Buat Duit Online Secara Santai Menggunakan 5 Aplikasi

Aplikasi ini secara asasnya, anda perlu membuat beberapa task untuk melayakkan anda mendapat hadiah berupa wang tunai yang merupakan salah satu hadiah yang disenaraikan. Sekali gus, boleh juga membantu anda jana pendapatan tambahan kan.

Dalam aplikasi ini, anda hanya perlu kongsikan post yang berkaitan di laman sosial dan akan dihadiahkan point bagi setiap kerja yang dibuat. Dari point inilah anda boleh tebus beberapa hadiah seperti wang tunai, voucer dan banyak lagi. Pastinya sebuah aplikasi sah disisi undang-undang Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok di perkongsian aplikasi JAG Malaysia ini. 

Yang pastinya, ianya PERCUMA. Kalau ada orang suruh bayar, jangan bayar!

Jadi ada yang contact saya, mereka sudah mempunyai point, tapi bagaimana cara nak tebus hadiah atau rewards tersebut? Ada syarat-syarat tambahan lain ke? Jom saya kongsikan cara redeem rewards daripada aplikasi JAG Malaysia dengan mudah dan pantas.

Cara Redeem Rewards Daripada Aplikasi JAG Malaysia

Anda boleh tebus semua rewards dengan menggunakan points yang diperoleh sahaja. Sebenarnya tiada syarat khusus bagi melayakkan anda untuk tebus reward di aplikasi ini. Tiada juga nilai minimum atau maksimum point. 

Ini kerana setiap hadiah yang ditawarkan adalah berbeza-beza point yang diperlukan. Sebagai contoh seperti di dalam gambar dibawah.

cara tebus duit di jag malaysia

Jika dilihat ada beberapa jenis hadiah yang ditawarkan seperti wang tunai, e-voucer, reload pin, topup dan sebagainya. Padanya juga ditetapkan nilai points yang diperlukan untuk anda tebus rewards tersebut. 

Setakat ini, saya hanya tebus wang tunai sahaja dan ianya boleh terus masuk ke akaun bank.

Nak tahu caranya, ikuti langkah dibawah...

Langkah 1 : Buka aplikasi JAG Malaysia dan tekan ikon voucer (yang kedua)

Langkah 2 : Kemudian pilih sahaja mana-mana hadiah yang ingin ditebus. Sebagai contoh, saya nak tebus wang tunai RM50 dengan menggunakan 5750 point. Anda tekan butang "tambah" dan klik "Submit"

Langkah 3 : Kemudian anda tekan "Next". Pada bahagian ini, anda masukkan maklumat akaun bank supaya duit tersebut boleh dimasukkan terus ke akaun bank anda. Terdapat banyak pilihan bank yang disediakan; MAYBANK, CIMB, BSN, CIMB, CITIBANK dan banyak lagi. Jangan lupa nombor akaun bank. Dah selesai semua, klik "Confirm"

Kali terakhir untuk anda semak sebelum permohonan redeem diteruskan. Semak dahulu, jika sudah betul kesemua info tersebut, klik "Confirm". Proses penebusan ambil masa 30 hari. Dari pengalaman, biasanya dalam seminggu dah masuk bank.

Cara Redeem Reward Daripada Aplikasi JAG Malaysia

Selesai!

Itulah cara redeem reward daripada alikias JAG Malaysia. Mudah je kan. Sedikit sebanyak, boleh tambah pendapatan dimusim ekonomi tidak menentu ni dengan buat task yang diberi. Harap perkongsian ini bermanfaat.

2/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post