(Akhir) Saksikan Drama Terbaru Hati Yang Tersakiti Di TV3 (Slot Samarinda)

tonton drama hati yang tersakiti di tv3 dan viu

Jangan lupa untuk saksikan drama terbaru Hati Yang Tersakiti di saluran TV3 melalui slot samarinda atau strim percuma di platform VIU.

Selepas kejayaan Bicara Cinta 2020 sebelum ini, TV3 sekali lagi mengeluarkan sebuah drama hebat dengan gandingan mantap daripada barisan pelakon hebat. Katanya, drama ini merupakan karya asal walaupun pada awalnya ianya dikaitkan dengan dram Korea ‘The World Of The Married’.

Tapi hakikatnya drama ini merupakan idea asal daripada penulis skrip Azril Hamzah bersama-sama dengan pengarah Feroz Kadir. Biasanya hasil drama original ini pastinya mendapat sambutan yang hebat daripada peminat drama tempatan. Tambahan lagi, drama ini selain boleh ditonton di TV3, anda juga boleh strim secara percuma eksklusif di VIU.

Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan VIU
Pengarah : Feroz Kadir
Pelakon : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin, Husna Mustaffa, Fad Anuar, Ainina Ahmad dan ramai lagi 

tonton drama hati yang tersakiti di tv3 dan viu

Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

tonton drama hati yang tersakiti di tv3 dan viu

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

BACASaksikan Semua Episod Drama Perempuan Tanpa Dosa Di Astro RIA (Slot MegaDrama)

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Waktu Tayangan

Hati Yang Tersakiti akan ditayangkan sebanyak 15 episod di TV3 melalui slot samarinda iaitu pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Jika anda terlepas tonton di tv, anda boleh strim secara online di www.viu.com dan ianya percuma untuk semua. Anda juga boleh tonton di smartphone melalui aplikasi VIU.

Jika anda daftar, anda berpeluang untuk nikmati akaun premium selama 7 hari.

Tonton Semua Episod Drama Hati Yang Tersakiti

*link akan dikemaskini dari hari ke hari

Hati Yang Tersakiti - Episod 1

Hati Yang Tersakiti - Episod 2

3/Post a Comment/Comments

  1. Auch,, ini ... memang hati tersakiti. Aku buat baik dengan kau, kau rampas bahagia aku. T^T

    ReplyDelete
  2. sakit hati jugaklah tengok gambar tiga orang atas kerusi tu haha

    ReplyDelete
  3. tengok poster pun rasa sakit hati.

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post