Telefilem Batik Zakiah Di TV9
Saksikan telefilem Batik Zakiah yang akan menemui penonton pada 15 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan bersama Ana Balqis.
Sinopsis Telefilem Batik Zakiah
Telefilem Batik Zakiah menampilkan barisan pelakon seperti Eyka Farhana, Amyza Aznan, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Rusdi Ramli, Noralbaniah, Laila Nasir, Azar Azmi, Asry Azizan dan ramai lagi.
- Eyka Farhana sebagai Zakiah Muda
- Amyza Aznan sebagai Zakiah
- Rusdi Ramli sebagai Azmi
- Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Samad
- Azar Azmi sebagai Hanim
- Laila Nasir sebagai Maimun
- Noralbaniah sebagia Che Tom
Ianya mengisahkan tentang Hidup Zakiah yang penuh dengan dugaan apabila dia terpaksa berkahwin dengan Azmi yang jauh lebih berusia daripadanya. Malah Zakiah juga terpaksa menjadi isteri kedua dan bermadu dengan Maimun.
Zakiah diperlakukan seperti orang gaji oleh Maimun. Maimun telah menggunakan pelbagai rancangan jahat untuk menghancurkan hidup Zakiah walaupun hakikatnya dia yang membenarkan Azmi berkahwin dengan Zakiah.
Zakiah disahkan mengandung. Dia berjaya keluar dari rumah Azmi dan tinggal bersama ibunya Che Tom. Zakiah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Hanim. Masih dalam tempoh berpantang, Zakiah sekali lagi diuji apabila anaknya diculik oleh Azmi dan Maimun atas bantuan ayah tirinya Samad.
Azmi dan Maimun telah berpindah supaya Zakiah tidak dapat mengesan Hanim. Sejak itu hidup Zakiah menjadi semakin tidak tentu arah. Atas nasihat Mus, rakan baiknya Zakiah belajar semula dan berjaya menjadi seorang guru dan bernikah dengan Mus.
Namun dia masih tidak dapat melupakan kejadian lalu. Zakiah selalu bercakap dengan kain batik yang menjadi alas anaknya tidur dulu.
Sering bercakap sendirian, Zakiah akhirnya dicertaikan buat kali kedua. Sehinggalah Zakiah dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Nasib Zakiah seperti dibela apabila beliau berkenalan dengan seorang jururawat yang dikenali sebagai Liyana.
Dengan bantuan Liyana, Zakiah cuba untuk menjejak anaknya Hanim, namun malangnya nasib apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan itu malu mahu mengaku bahawa Zakiah itu adalah ibu kandungnya.
Post a Comment for "Telefilem Batik Zakiah Di TV9"
Post a Comment