Big Stage 2020. Tahniah Kepada Azzam Shah Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ketiga

Big Stage 2020. Tahniah Kepada Azzam Shah Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ketiga

Sudah sampai ke pentas akhir, akhirnya Azzam Shah telah dinobatkan sebagai Juara Big Stage 2020 bagi musim ketiga selepas mengalahkan peserta lain dalam konsert final tersebut.

Big Stage 2020 telah disertai oleh 12 peserta dan hanya 5 sahaja berjaya ke pusingan akhir. Mungkin Big Stage kali ini tumpuan kepada Usop yang juga pernah terkenal dengan program realiti nyanyian juga sebelum ini. Jadi kali ini, beliau kembali lagi.

5 peserta yang berjaya ke peringkat akhir tersebut adalah Usop, Fadh Majid, Azzam Sham, Dinie Rashid dan Qody Rany. Mereka kesemua telah berentap sesama mereka untuk 2 buah lagu pada malam pentas akhir tersebut. Seperti biasalah, masing-masing menunjukkan kehebatan untuk meraih gelaran juara. Hadiah pun banyak beb.

Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah ditugaskan sebagai juri manakala Elly Mazlien sebagai presiden nitizen bersama-sama dengan juri jemputan iaitu Misha Omar. Manakala Alif Satar dan Sherry Alhadad ditugaskan sebagai hos rancangan Big Stage 2020

Big Stage 2020. Tahniah Kepada Azzam Shah Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ketiga

Big Stage 2020. Tahniah Kepada Azzam Shah Sebagai Juara Big Stage 2020 Musim Ketiga

Juara akan peroleh RM100,000 beb manakala untuk Naib Juara, RM50,000 dan tempat ketiga sebanyak RM25,000. Cukup lumayan kan.

Big Stage 2020 peringkat akhir telah disiarkan di Astro RIA dan RIA HD dan juga boleh strim secara percuma di Astro GO. Kalau yang tiada Astro, boleh strim di Youtube Astro Gempak. Setiap minggu, pentas konsert disiarkan setiap hari Ahad pada jam 9 malam termasuklah peringkat akhir ini.

Senarai Pemenang Big Stage 2020

Selepas 8 minggu, jadi inilah senarai pemenang program Dominasi BBNU, Big Stage 2020 musim ketiga.

Tempat Ke-5

Fadh Majid (58.80%)

Tempat Ke-4

Dinie Rashid (60.04%)

Tempat Ke-3

Qody Rany (61.85%)

Naib Juara

Usop (66.57%)

Juara Big Stage 2020

Azzam Shah (67.85%)


sumber : astro gempak

1/Post a Comment/Comments

  1. tak pernah tengok big stage nih, lumayan jugak hadiahnya ya

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post