Tahniah Bunga Raya (Aina Abdul) Memenangi The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Tahniah Bunga Raya (Aina Abdul) Memenangi The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Selesai sudah program The Masked Singer Malaysia untuk musim pertama apabila Bunga Raya atau identiti sebenarnya ialah Aina Abdul digelar juara untuk tahun 2020.

Program The Masked Singer Malaysia merupakan program adaptasi daripada program hiburan Korea Selatan "King Of Mask Singer" dan beberapa lagi program dilain negara. Disebabkan ianya menjadi fonemena, Astro membuat keputusan untuk jadikan ianya versi Malaysia untuk tahun 2020 ini. 

Program The Masked Singer Malaysia merupakan program nyanyian yang penyanyinya dirahsiakan identiti disebalik topeng. dan para juri harus meneka berdasarkan klu yang disampaikan.

Tahniah Bunga Raya (Aina Abdul) Memenangi The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Kali ini seramai 12 peserta yang daripada pelbagai bidang dan latarbelakang. Ada ahli sukan, penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan sebagainya. Antara 12 peserta tersebut adalah Nasi Lemak, Orang Utan, Bunga raya, Musang King, Rajah Brooke, Wau, ABC, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Refflesia dan Rimau.

Manakala bagi barisan juri terdapat 8 kesemuanya iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Remy Ishak, Zizan Razak, Nabila Huda, Michael Ang, Raja Azura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak. Setiap minggu mereka perlu memberikan markah serta meneka siapakan disebalik topeng tersebut.

Tahniah Bunga Raya (Aina Abdul) Memenangi The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Untuk musim pertama, The Masked Singer Malaysia ditayangkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna, Warna HD dan Astro GO. Ianya juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Dato AC Mizal sebagai pengacara.

Selepas 8 minggu dan setiap minggu di dedahkan identiti, kini sampai ke minggu akhir. Akhirnya kita ketahui kesemua 12 identiti peserta selepas Bunga Raya dinobatkan sebagai juara. Jom kita lihat identiti disebalik topeng dan senarai pemenang bagi program The Masked Singer Malaysia 2020.

Minggu 1 - Nasi Lemak (Dato Mirnawan Nawawi)

Minggu 2 - Rimau (Ebby Saiful)

Minggu 3 - ABC (Yana Samsudin)

Minggu 4 - Musang King (Zain Ruffedge)

Minggu 5 - Ayam Jantan (Hairul Azreen)

Minggu 6 - Reno (Chiwan)

Minggu 7 (Separuh Akhir) - Refflesia (Datin Paduka Eina Azman)

Minggu 8 (Akhir) 

Juara : Bunga Raya (Aina Abdul)
Naib Juara : Rajah Brooke (Vannesa Reynauld)
Tempat Ke-3 : Orang Utan (Tuju K-Clique)
Tempat Ke-4 : Wau (Datin Alyah)
Tempat Ke-5 : Enggang (Vince AF)

Tahniah Bunga Raya (Aina Abdul) Memenangi The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

2/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post