Cara Buat Blog Sendiri Dengan Mudah Untuk Tahun 2021

Cara Buat Blog Sendiri Dengan Mudah Untuk Tahun 2020

Ikuti panduan lengkap ini cara buat blog sendiri dengan mudah untuk tahun 2021. Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja nak mula untuk hasilkan blog sendiri.

Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan cara buat blog menggunakan platform blogspot yang bagi saya antara platform yang paling mudah untuk dikendalikan terutamanya kepada newbie atau yang baru nak mula. Banyak lagi platform yang anda boleh pakai seperti Wordpress, Wix, tumblr, gator dan banyak lagi.

Platform blogspot atau blogger ini merupakan produk Google sendiri dan ianya 100% percuma. Selain itu, blogspot ini juga tidak memerlukan pengetahun coding pun berbanding platform-platform lain, jadi anda yang tiada ilmu IT pun boleh gunakan, yang penting pandai menaip dan suka menulis artikel.

Untuk tahun 2021, kita sudah masuk ke era digital dimana ramai yang mula menulis di dalam platform digital. Mereka kongsikan pengalaman, review, luahan hati, pengikalanan dan banyak lagi. Antara yang terbaik adalah menggunakan blogger ini. Setiap pencarian atau search di Google, kebarangkalian untuk penulisan anda dijumpai adalah besar. Anda boleh menulis apa sahaja disini dan pastikan ianya bermanfaat tau.

Selain tempat untuk menulis, sebenarnya di blog ni anda juga boleh jana pendapatan melalui perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan penulisan, perkhidmatan review dan macam-macam lagi. Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman selama berkecimpung dalam dunia blog ini mampu jana pendapatan sehingga 4 angka. Selain itu saya kongsikan juga 7 cara buat duit menggunakan blog sahaja. Anda boleh baca.

Jadi untuk permulaan, anda perlu hasilkan blog terlebih dahulu. Jadi jom kita tengok cara buat blog sendiri dengan mudah bagi tahun 2021 ini menggunakan platform blogspot. 

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2021

Untuk permulaan, perkara penting untuk anda mula adalah anda perlu daftar akaun gmail (contoh@gmail.com) terlebih dahulu. Jadi selepas ini, anda hanya perlu Log In sahaja menggunakan gmail tersebut.

Cara ini menggunakan halaman yang terbaru diperkenalkan oleh pihak Blogger untuk tahun 2021. Jadi ianya sama seperti tutorial yang anda ikut selepas ini

Untuk mula anda pergi ke pautan www.blogger.com dan klik pada "Create Your Blog"

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020

Disini anda hanya perlu Sign In sahaja akaun gmail dan masukkan password anda seperti biasa seperti yang anda daftarkan sebelum ini.

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020

Halaman utama blog akan muncul dan anda klik pada "Create Blog"

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020

Masukkan nama blog anda yang akan dipaparkan pada halaman utama selepas ini.

Dalam tutorial dan panduan ini, saya berhajat untuk hasilkan blog dengan niche dunia teknologi. Jadi saya namakan mohgadget

Dah selesai, klik "Next"

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020

Langkah ini sangat penting iaitu URL blog anda. Pautan URL ini tidak boleh diubah selepas anda tetapkan. Jadi pastikan anda sudah fikir URL unik anda yang akan digunakan selama-lamanya. 

Saya namakan url mohgadjet.blogspot.com

Anda masukkan URL sehingga menunjukkan address is available dan akhirnya klik "Save"

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020

Anda akan dibawa ke halaman utama blogger dan akan dipaparkan pelbagai ciri dan fungsi seperti dalam gambar dibawah

Cara Buat Blog Sendiri Untuk Tahun 2020

Setting Blog Supaya Mesra SEO

Langkah seterusnya, saya akan tunjukkan untuk anda tetapkan atau setting blog anda supaya mesra mesin pencarian Google (SEO) dengan erti kata mudah, supaya lebih mudah orang ramai cari blog anda ini secara automatik.

Jadi ada beberapa perkara untuk anda setting kan. Ikut sahaja cara yang ditunjukkan ini.

Pada halaman blogger, pergi ke "Setting"

Setting Blog Supaya Mesra SEO

Pada bahagian setting ini terdapat 16 bahagian antaranya :

Basic - Pada bahagian ini anda perlu masukkan tajuk blog, description dan upload Favicon blog anda. Anda boleh lihat dalam gambar sebagai rujukan. Dah selesai, klik "Save"

Setting Blog Supaya Mesra SEO

Privacy - Pada bahagian ini biar ianya ON supaya orang ramai boleh cari blog anda ini

Publishing - Pada bahagian ini anda tidak perlu ubah apa-apa. Biarkan sahaja

HTTPS - Biarkan HTTPS redirect dalam keadaan ON supaya blog anda lebih selamat atau secure

Permissions - Disini anda boleh masukkan beberapa penulis lain untuk menulis bagi blog anda. Jika tiada, biarkan sahaja

Posts - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Comments - Disini anda boleh tetapkan siapa yang boleh komen pada artikel anda. Anda tetapkan pada bahagian "Who can comment?". Jika tidak, biarkan sahaja

Email - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Fomatting - Anda perlu ubah pada Time zone kepada Malaysia Time - Kuala Lumpur (GMT+08:00)

Setting Blog Supaya Mesra SEO

Meta tags - Anda perlu tik untuk "ON" kan Enable search description. Klik pada "Search desciption" dan masukkan perihal blog anda dalam 150 patah perkataan sahaja. Ringkas! Ini memudahkan mesin pencarian mencari keyword pada blog anda.

BACAApakah Fungsi Search Description Pada Blogger? Boleh Tingkatkan SEO ke?

Setting Blog Supaya Mesra SEO

Errors and redirects - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Crawlers and indexing - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Monetization - Jika anda sudah berjaya dapatkan akaun Adsense, anda boleh masukkan ads.txt pada bahagian ini. Jika tidak, biarkan sahaja

Manage Blog - Disini anda boleh backup kandungan blog atau anda boleh padam sepenuhnya blog anda ini.

Site feed - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

General - Anda boleh tetapkan profile blog anda dengan klik pada "User Profile". Masukkan semua maklumat yang diperlukan terutamanya URL blog dan gambar anda. Yang lain nak skip pun boleh.

Cara Mula Post Artikel Di Blog

Jika kesemua setting SEO tersebut sudah selesai. Barulah boleh mula untuk post artikel anda di blog.

Pada halaman utama atau halaman Post, klik pada "NEW POST"

Cara Mula Post Artikel Di Blog

Masukkan tajuk post atau artikal anda pada ruangan "Title"

Anda boleh mula menulis pada bahagian ruang yang disediakan. Terdapat pelbagai menu pada bahagian tab di atas bagi mencantikkan lagi artikel anda. 

Anda boleh tukar jenis, saiz dan warna font. Anda juga boleh tetapkan heading, subheading, paragraph dan lain-lain. 

Untuk masukkan gambar, klik pada icon image (insert image) dan kemudian klik "Upload from computer"

Cara Mula Post Artikel Di Blog

Pada bahagian "Post setting", perkara paling penting untuk anda tetapkan setiap kali untuk buat post atau artikel adalah pada bahagian Labels, Permalink dan Search Description.

Labels - masukkan keyword berkaitan post anda tersebut (1-2 perkataan sahaja)

Permalink - tetapkan URL post anda seringkas yang boleh. Jangan terlalu panjang.

Search Description - ceritakan secara ringkas berkaitan post anda tersebut dalam 150 perkataan sahaja

Cara Mula Post Artikel Di Blog

Jika sudah selesai semua, anda boleh previu terlebih dahulu. Jika sudah puas hati boleh klik pada "Publish"

Untuk anda ubah template blog anda, anda boleh tetapkan pada bahagian "Theme". Selain itu, anda juga boleh ubah URL anda dari blogspot.com kepada .com sahaja menggunakan custome domain. Anda boleh baca perkongsian dibawah

BACA : Perkongsian aimanabdullah.com, template dan domain yang digunakan

Itu sahaja. Mudah je kan. Kini anda boleh memiliki blog sendiri. Semoga perkongsian cara buat blog sendiri untuk tahun 2021 ini anda boleh faham dan memberi manfaat kepada semua.

7/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post