Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Sebenarnya ada cara lain untuk buat duit dari Shopee selain menjual iaitu melalui program Affiliate Shopee. Jika berminat, jom tengok cara daftar dan langkah seterusnya.

Sebelum ini saya ada kongsikan cara buat duit melalui Affiliate Lazada. Jika anda lihat cara tersebut, ianya memang betul dibawah kendalian Lazada sendiri. Ini bermakna, setiap pembelian dibawah link affiliate anda, Lazada sendiri akan memberi komisyen. Berbeza dengan Shopee.

Ini kerana Shopee sendiri tidak menyediakan perkhidmatan atau program affiliate ini tetapi ianya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga iaitu melalui Involve Asia.

Masih menggunakan sistem yang sama. Setiap pembelian menggunakan link affiliate anda, anda akan dibayar komisyen. Tetapi kali ini bukan dari Shopee tetapi daripada Involve Asia sendiri. Disebabkan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, bayaran yang diperoleh pastinya akan dibahagi kepada anda sebagai affiliate dan juga platform Involve Asia itu sendiri.

Jadi untuk bermula buat duit daripada Affiliate Shopee untuk tahun 2020, anda perlu daftar terlebih akaun terlebih dahulu di Involve Asia.

BACA : 7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020

Sebelum itu, saya nak kongsikan komisyen yang saya perolehi untuk bulan-bulan sebelum ini hasil sejak berkecimpung dalam dunia Affiliate Shopee ini. Tidak lah banyak, tapi masih dapat buat duit secara online terutamanya diwaktu pandemik tambahan lagi saya sudah ada platform seperti blogger ini.

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Jika dilihat ada juga daripada platform Lazada dan Adidas. Akan diterangkan kemudian

Cara Daftar Involve Asia Tahun 2020

Untuk mula, anda perlu daftar di pautan Involve Asia

Akan dipaparkan halaman seperti dibawah bagi bahagian "Property Information"

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Anda perlu lengkapkan kesemua butiran yang diperlukan bagi melayakkan anda sertai program Affiliate Involve Asia ini.

Property URL - masukkan link blog, facebook, twitter atau mana-mana platform yang anda bercadangan untuk promote link affiliate anda kelak.

Name of Property - masukkan sahaja nama sesuai dengan URL anda

Channel - anda boleh pilih mengikut strategi anda bagi mempromosikan link anda kelak

Property description - masukkan sedikit penerangan tentang blog atau website anda tentang apa. Mungkin facebook pagi anda bercerita tentang apa. 

Akhir sekali, jika sudah tekan "Next"

Kemudian pergi pada bahagian "Property Categorization"

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Pada bahagian ini anda masukkan segala butiran yang bersesuai, sebagai contoh type of advertizer anda masukkan "Pay Per Click", Property Category anda boleh pilih ikut niche blog anda seperti "Shopping" atau "Travel". Kemudian pada Traffic Method, mungkin boleh pilih "Display Network" dan akhir sekali Ad Format, pilih "banner" dan "email marketing".

Masukkan sahaja maklumat yang berkaitan, ianya boleh diubah kemudian. Pastinya semua penuh sahaja dahulu. Akhir sekali klik "Next"

Seterusnya pada bahagian "Premium Inventory"

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Anda tandakan pada "No" dan klik "Next"

Akhir sekali pada bahagian "Personal Information"

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Pada bahagian ini, anda masukkan butiran bagi memudahkan anda Log In pada kemudian hari. Gunakan emel yang aktif dan masukkan password yang mudah diingati oleh sendiri. Jangan bagi tahu pada sesiapa.

Jika sudah selesai, klik butang "submit"

Kemudian anda akan menerima emel bagi tujuan verifikasi. Anda klik sahaja pada link yang diberi untuk mengesahkan pendaftara akaun bersama Involve Asia. Kini anda sah sebagai publisher!

Cara Sertai Program Affiliate Shopee

Jika akaun Involve Asia sudah berjaya daftar, masih belum lagi layak untuk buat affiliate Shopee. Anda perlu mohon pula untuk sertai program Affiliate Shopee. Jangan risau, mudah sahaja!

Log In akaun anda di app.involve.asia  menggunakan emel dan password yang di daftarkan sebelum ini.

Berikut merupakan interface halaman utama terbaru bagi tahun 2020 pada Involve Asia

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Untuk mula sertai program Shopee Affiliate, anda pergi pada tab Partner > Advertise Directory

Kemudian akan dipaparkan halaman seperti dibawah

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Jika dilihat banyak program Affiliate yang anda boleh join selain Shopee. Ada Malaysia Airlines, Alibaba, Adidas, Nike, Photobook, Zalora, Essay Edge, Shopee, Lazada dan banyak lagi. 

BACACara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

Untuk program Affiliate Shopee, anda search sahaja "Shopee" pada bahagian search advertiser

Klik pada butang "Apply"

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Selepas anda klik butang apply, paparan dibawah akan keluar.

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Anda perlu penuhkan butiran yang diperlukan. Jawab dengan ringkas dan tepat. Tak perlu panjang berjela-jela. Jika sudah siap, klik butang "Save". Permohonan akan mengambil masa 1-3 hari sahaja. Biasanya permohonan mudah diluluskan bagi program Shopee ini. 

Jika sudah berjaya! Anda anda sah sebagai affiliator bagi program Affiliate Shopee di Involve Asia. Anda juga boleh apply untuk syarikat lain yang berkaitan.

Cara Promosi Link Affiliate Shopee

Jika anda ada pengalaman menggunakan produk daripada Shopee, anda boleh kongsikan review kepada orang ramai dan jika mereka berminat untuk beli produk tersebut, anda boleh bagi link affiliate anda. Jika dia membuat pembelian menggunakan link anda, dapatlah komisyen sikit. Mudah kan.

Program ini sangat bermanfaat kepada mereka yang mempunyai blog terutamanya bagi buat duit secara online ni. Tapi jangan risau, mereka yang tiada blog masih lagi boleh promosikan link affiliate di facebook, twitter atau di instagram sekali pun

Cara Buat Link Affiliate Shopee

Sebelum anda promosi link Shopee, anda perlu buat link affiliate terlebih dahulu.

Pada bahagian homepage Involve Asia, klik pada Partner > Advertise Directory dan cari Shopee. Kemudian klik Promote. Paparan dibawah akan keluar

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Sebelum itu, anda perlu dapatkan URL barangan atau produk yang anda mahu promosikan di laman Shopee. Sebaga contoh saya mahu promosikan Microsoft Surface Laptop 3 ini. Saya ambil URL pada bahagian atas iaitu 

https://shopee.com.my/Microsoft-Surface-Laptop-3-13-Black-i.74429489.5110227123

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Anda perlu Copy URL tersebut dan Paste pada ruangan URL seperti dibawah dan klik butang "Generate"

Akhir sekali akan dipaparkan Generated Link iaitu link produk Affiliate Shopee anda. Setiap kali ada pembelian daripada link tersebut, anda akan dapat komisyen sehingga 9.1%

https://invol.co/cl1yss4

Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2020

Promosi Link Affiliate Shopee

Dah dapat link, jom kita promosi pula supaya orang ramai beli menggunakan link Affiliate Shopee kita. 

Cara 1

Jika anda menggunakan blog, anda boleh tanam link anda dalam bentuk teks. Sepert contoh :

"5 kelebihan yang anda boleh peroleh apabila menggunakan laptop Microsoft Surface Laptop 3 ini iaitu..."

Saya letakkan link di dalam teks Microsoft Surface Laptop 3 tersebut.

Cara 2

Cara 1 tidak boleh digunakan di facebook atau twitter. Hanya di blog sahaja. Jadi untuk promosi di media laman sosial pun mudah sahaja. Selepas anda buat keterangan produk beserta gambar anda paste sahaja link affiliate tersebut.

... itulah merupakan 5 kelebihan yang ada pada laptop Microsoft Surface Laptop 3. Jika berminat, anda boleh dapatkan di sini https://invol.co/cl1yss4

Kesimpulan

Itulah panduan lengkap untuk anda daftar dan buat duit daripada Affiliate Shopee untuk tahun 2020. Anda tidak perlu jual produk atau menjadi seller di Shopee. Anda perlu promosi produk mereka sahaja sehingga ada pembeli menggunakan link affiliate anda sahaja. Anda akan dapat komisyen.

Harap bermanfaat...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post