10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan COVID-19

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan COVID-19

Mungkin berita ini kurang enak didengar apabila 10 masjid dan surau di sekitar Temerloh terpaksa ditutup sementara bermula 28 Januari 2021 berikutan kes jangkitan COVID-19 yang terus meningkat disekitar daerah ini.

Arahan ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) setelah diperkenankan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang bagi mengarahkan masjid dan surau seperti yang disenaraikan ditutup. Ini tidak bermakna kes ini dicatatkan di dalam masjid tetapi ianya melibatkan di kawasan sekitar sahaja.

BACAPKP 2.0: Pahang Membenarkan Solat Jumaat Dan Solat Fardhu Di Masjid Dan Surau

Jadi bermula Khamis, segala aktiviti kegamaan di masjid dan surau ditangguhkan sehingga dibenarkan beroperasi semula untuk melaksanakan aktiviti dekontaminasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Masjid Temerloh Jaya (MTJ) juga telah mengeluarkan siaran media melalui facebook rasmi berkenaan penutupan masjid tersebut.

Senarai Masjid Dan Surau Ditutup Di Kawasan Temerloh

Penutupan ini tidaklah melibatkan semua masjid dan surau di kawasan Temerloh, sebaliknya hanya 10 sahaja yang terlibat iaitu:

  1. Masjid Taman Temerloh Jaya
  2. Masjid Muthmainnah Taman Bunga Raya, Jalan Bahagia
  3. Masjid As-Syakirin Kg Rantau Panjang, Lanchang
  4. Surau Kebenaran Jumaat An-Najah Taman Temerloh Jaya
  5. Surau Damai Court
  6. Surau Taman Temerloh Jaya Indah
  7. Surau Taman Temerloh Makmur
  8. Surau Kuarters Pdrm Taman Temerloh Jaya
  9. Surau Kg Tualang
  10. Surau Taman Pinggiran Taman Temerloh Jaya

Untuk rekod, sehingga 27 Januari 2021, Temerloh mencatatkan pertambahan 16 kes baru COVID-19 dan menjadikan 89 kes aktif setakat ini sekali gus menjadikan Temerloh berada di dalam Zon Merah.

Jadi penduduk Temerloh, jangan terus leka. Patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sentiasa memakai face mask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. 

Moga selamat la semuanya yaa... katanya ada dawai berduri (PKPD) dalam Taman Temerloh Jaya...

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan COVID-19

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan COVID-19

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan COVID-19

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post