5 Tips Pilih Hotel Dengan Betul Untuk Dapatkan Penginapan Yang Terbaik

5 Tips Pilih Hotel Dengan Betul Untuk Dapatkan Penginapan Yang Terbaik

Percutian salah satu cara untuk kita redakan sebentar tekanan kerja. Dengan ini, anda dapat berehat dengan selesa dan pastinya ceria sepanjang percutian.

Bila kita bercuti, pastinya kita mahukan penginapan yang terbaik untuk diri atau keluarga kita. Kita mahukan sebuah tempat penginapan yang terbaik dan selesa. Kalau hotel, kita mahukan hotel yang terbaik seperti yang diidamkan. 

Jadi untuk dapatkan penginapan yang selesa, pastinya kita perlu buat perancangan awal. Jenis penginapan apa yang kita mahu, dimana kita nak stay sepanjang percutian? Cukup ke bajet yang kita peruntukan untuk dapatkan penginapan yang diidamkan tersebut.

Jadi, disini saya kongsikan 5 tips pilih hotel dengan betul seperti apa yang saya lakukan sebelum ini. Buat perancangan awal. Tetapkan bajet dan jika sudah buat keputusan, barulah buat tempahan untuk bermalam.

5 Tips Pilih Hotel Dengan Hotel

Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan tips daripada orang ramai yang selalu bermalam dan bercuti di hotel.

1)  Faedah

Jika tempahan penginapan hotel yang anda tempah, adakah ianya berbaloi dengan apa yang anda bayar. Sebagai contoh, adakah servis yang disediakan efisien? Mungkin ada kemudahan tambahan yang disediakan tanpa ekstra bayaran. Atau pihak pengurusan ada mementingkan aspek keselamatan pengunjung yang bermalam di hotel mereka. 

Pastikan anda beberapa perkara ini supaya bayaran yang anda buat selari dan berbaloi dengan perkhidmatan atau faedah yang disediakan.

2)  Fasiliti

Ini sangat penting ketika ingin bermalam di hotel. jika anda mencari pusat penginapan untuk bercuti dan bermalam, anda perlu tengok dari segi perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan. Sebagai contoh, biasanya kalau saya ingin buat tempahan hotel, saya semak adalah mereka ada sediakan sambungan WiFi secara percuma, ruang parking yang cukup, ada disediakan sarapan pagi percuma, kolam renang dan gimnasium. Atau mungkin beberapa fasiliti yang anda mahukan.

Kalau ada fasiliti seperti ini, barulah rasa berbaloi nak buat tempahan. Barulah berbaloi percutian untuk menghilangkan stress kerja kan. Mungkin fasiliti ini berbeza bagi setiap orang, jadi anda boleh juga buat keputusan based on your decision.

5 Tips Pilih Hotel Dengan Betul Untuk Dapatkan Penginapan Yang Terbaik

3)  Lokasi

Ini juga antara kriteria penting Ketika ingin memilih dan membuat tempahan hotel. Sebagai contoh, jika anda ingin bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan, pasti anda terbayang sebuah pantai yang indah dan bersih. Jadi pastinya anda ingin buat keputusan untuk mencari hotel in Port Dickson yang berdekatan dengan pantai. Disamping menginap di hotel, anda boleh juga turun ke pantai untuk lakukan pelbagai aktiviti.

Jadi cari kedudukan hotel supaya lebih hampir dengan pantai, boleh jalan kaki je untuk mandi laut. Boleh pergi pada waktu pagi untuk nikmati matahari naik dan juga matahari turun di waktu petang. Lagi dekat dengan destinasi menarik tersebut, boleh jimat kos pengangkutan. Tak perlu nak bawa kereta dan boleh jimat masa juga untuk cari parking kan.

5 Tips Pilih Hotel Dengan Betul Untuk Dapatkan Penginapan Yang Terbaik

4)  Mesra Keluarga

Aspek ini pastinya dititikberatkan oleh mereka yang berkeluarga. Cari hotel atau tempat penginapan yang mesra pelanggan dan mesra keluarga. Staff memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan. Ada disediakan khidmat penghantar bagasi terus ke bilik, disediakan fasiliti lif walaupun bangunan tidak terlalu tinggi dan sebagainya.

Selain itu, mungkin hotel tersebut ada sediakan taman permainan kecil untuk anak-anak bermain sambil tunggu proses Check-In atau disediakan dimana-mana ruang di kolam renang. Mungkin ada anak-anak yang lebih suka bermainan permainan berbanding di kolam renang kan.

Pastinya ia memberi nilai tambah kepada hotel tersebut kerana menyediakan perkhidmatan sedemikian yang menyenangkan pengunjung yang datang.

5)  Review Penggunjung

Jika semua perkara diatas sudah anda kenal pasti secara overview. Akhir sekali, anda boleh dapatkan pandangan daripada review dan komen pengunjung yang pernah menginap di hotel atau di tempat penginapan tersebut. Ia sangat penting. Mungkin apa yang kita baca seperti yang ditulis, sebenarnya tiada pun di hotel tersebut. Dengan review pengunjung tersebut, sedikit sebanyak lebih meyakinkan kita lagi.

Jika percutian anda di Port Dickson, Aanda boleh baca review di internet seperti di facebook, blog travel, portal travel agent dan dengan membuat carian hotel in Port Dickson. Mudah sahaja!

5 Tips Pilih Hotel Dengan Betul Untuk Dapatkan Penginapan Yang Terbaik

Mungkin sedikit sebanyak tips dan perkongsian untuk pilih hotel terbaik ini akan memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari penginapan dan hotel untuk bercuti Bersama keluarga. Pastikan bayaran yang kita keluarkan, berbaloi dengan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel.

20/Post a Comment/Comments

  1. Terasa lama tak pergi bercuti

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Semoga covid cepat reda... boleh laa kita bercuti lagi..

    ReplyDelete
  3. jadi teringin plak nak tido hotel. review tu sangat penting before booking hotel

    ReplyDelete
  4. Banyak aspek kene check sebelum buat booking. Lama tak pi PD. Musim covid takut nak travel mana2. Yg penting kena ngam termasukla harga baru best bercuti.

    ReplyDelete
  5. Bagi saya sebagai budget traveler, saya utamakan harga dan kebersihan dulu. Janji murah dan bersih. Yg lain2 tu secondary.

    ReplyDelete
  6. haish, bilalah dapat travel & review hotel lagi. kalau nak pilih hotel, banyak juga perkara yg kita kena check dulu.

    ReplyDelete
  7. Rawlins akan tengok review pengunjung dan diikuti kemudahan serta yang lain-lain.

    Yang penting, ongkosnya kena menarik gak

    ReplyDelete
  8. Betul sangat.. 5 tips tu memang perlu ada kalau nak booking penginapan.. paling utama tu haa review dr pegunjung.. then harga berbaloi dengan semua fasiliti yang di sediakan..

    ReplyDelete
  9. Rindunya nk pergi bercuti. Kitorg mmg jenis suka bercuti ke hotel wlpun dlm KL je. Haha janji dpt rehat2 bg anak2 main pool. Haishh bila nk abes covid ni

    ReplyDelete
  10. Ishh rindunya nak travel bebas macam dulu, apalagi time CNY ni mesti dah ready packing things untuk travel. Hopefully this pandemic will gone soon.

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing your tips. nak travel sangat lepas tengok gambar gambar yang you shared. rindu sangat! nak bawa anak i pergi travel!

    ReplyDelete
  12. perkara yg saya tengok sblm menempah bilik hotel selalunya lokasi dan review pelanggan lain. tp yg paling penting harganya...

    ReplyDelete
  13. Very true la! skrg if i book hotel i memang akan baca review dulu after tengok gambar2 yang hotel ni share dalam booking apps.. kadang2 apa yang mereka share tak sama dengan reality.. the most reliable source is the review from customers...

    ReplyDelete
  14. Lamanya tak pi bercuti. Huhuuu...
    Sian anak-anak lama sangat dah terperuk jer kat rumah. Family anak ramai cam kak nina biasanya more fokus part bajet dulu. Harga paling utama. Kemudahan dan lokasi pilihan seterusnya. Kat memana pun ok janji bercuti sebab kita yang cipta kenangan jadi manis dan penuh bermakna. Walaupun tempat tersebut sebenarnya biasa-biasa jer

    ReplyDelete
  15. Untuk saya masa bujang, saya pilih kebersihan dan murah. Sekarang dah berkeluarga, saya pilih kebersihan, murah dan pantai. Hehehehe.

    ReplyDelete
  16. i agree with your article. you have listed down five of the most important factors in choosing the best hotel to stay in!

    ReplyDelete
  17. Bab review dari pengunjung tu paling saya akan tengok. Kadang hotel nampak best, bila baca review tak berapa nak best. Tu yang kita tak nak.

    ReplyDelete
  18. Semua tips yang dikongsikan memang saya setuju. Terutama lokasi dan mesra keluarga

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yang bermanfaat..tips yang bagus..kalau iena yang masih bujang ni kalau travel dengan kawan kawan iena akan cari yang murah , lokasi berdekatan dengan tempat iena nak pergi dan paling penting kene baca review..kalau bawa mak ayah pula yang ni kene choosy siket sebab bawak keluarga..semua aspek kene tengok

    ReplyDelete
  20. Memang pun kalau nak menginap di hotel kita kena tgk semua aspek tmsklah harga dia. Dah lama xpg cuti2 malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post