Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat (Tanpa Caj Tambahan)

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat (Tanpa Caj Tambahan)

Pihak Tabung Haji sebelum ini telah memperkenalkan sistem pendeposit Tabung Haji melalui JomPay. Yang paling best, jika anda menggunakan JomPay, anda tidak perlu bayar caj tambahan RM1 seperti transfer bank sebelum ini. 

Sebelum ini saya ada kongsikan cara menggunakan JomPay melalui beberapa bank iaitu Maybank dan Bank Islam. Kali ini saya nak kongsikan untuk menggunakan perbankan internet Bank Rakyat iaitu menggunakan iRakyat. Langkahnya hampir sama sahaja dengan bank-bank lain.

jompay tabung haji tanpa caj rm1
Contoh deposit TH tanpa caj tambahan RM1

Sebab ada yang tanya, saya cuba sediakan tutorial bersama gambar bagi pengguna Bank Rakyat. Jika anda menggunakan bank lain, boleh ikuti tutorial di pilihan Maybank dan Bank Islam ini. Tak perlu ke mesin ATM dah kan. Semua dibuat secara online sahaja.

Cara Guna JomPay Melalui Bank Rakyat Untuk Deposit Duit Ke Tabung Haji

Langkah 1)  Pergi ke portal Bank Rakyat di www.irakyat.com.my kemudian klik Login > Personal Banking

Langkah 2)  Kemudian Login seperti biasa dengan username dan password yang anda telah tetapkan

Langkah 3)  Pada halaman utama, pilih "Payment" 

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Langkah 4)  Kemudian klik pada "JomPay"

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Langkah 5)  Pada bahagian ini, ada 3 perkara penting yang anda perlu masukkan. Butiran adalah seperti berikut :

Biller Code - 60228
Reference 2 (Ref-2) - masukkan nombor akaun Tabung Haji anda (15-digit)
Amount - jumlah yang anda ingin deposit ke TH

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Jika sudah lengkap, klik "Add"

Langkah 6)  Akan terpapar nama "Lembaga Tabung Haji - Tabung haji-Deposit". Jika betul, tanda pada kotak I hereby agree... dan klik "Submit"

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Langkah 7)  Kemudian klik Request TAC, masukkan kod tersebut dan klik "Confirm"

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Langkah 8)  Akan dipaparkan status Successful jika deposit ke Tabung Haji berjaya

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Rakyat

Proses transaksi melalui JomPay akan mengambil masa sehari. Jadi keesokannya baru anda boleh lihat duit anda telah berjaya di depositkan ke akaun Tabung Haji anda.

1/Post a Comment/Comments

  1. sounds great! Boleh la jimat rm1 service charge tu.. thanks

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post