Saksikan Kesemua Episod Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Saksikan Kesemua Episod Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Slot Megadrama di Astro Ria diteruskan lagi dengan drama Marry Me Senorita bagi menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan bermula 2 Februari 2021.

Drama lakonan Janna Nick, Dini Schatzman, Shaza Bae dan Meerqeen ini merupakan adaptasi novel bertajuk 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana yang telah diterbitkan pada tahun 2019. Antara karya best seller daripada penulis tersebut dan kini ianya diangkat ke kaca tv pula. Jangan lupa untuk saksikan kesemua episod nanti.

Episod : 20
Siaran : Slot Megadrama Astro Ria
Penerbit : Michael Ang
Terbitan : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pengarah : Nur Ain Sharif
Skrip : Rehal Nuharis dan Dayang Kartinah
Pelakon : Janna Nick, Dini Azan Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Acha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin dan ramai lagi

Saksikan Kesemua Episod Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Sinopsis Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. 

Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Azan Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya.

Saksikan Kesemua Episod Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin. Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya.

Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. 

Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Saksikan Kesemua Episod Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Waktu Siaran

Saksikan kesemua 20 episod drama Marry Me Senorita yang mula bersiaran pada 2 Februari dan juga ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam melalui slot Megadrama di Astro Ria (CH124) dan Ria HD (CH104). Anda juga boleh tonton melalui secara On Demand atau strim di Astro Go.

BACA : Senarai Nombor Channel Astro Yang Baru Bermula 1 April 2020

Tonton Drama Marry Me Senorita (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. boleh tengok ni nanti... lama tak layan drama melayu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post